RSS

Sunday, January 31, 2010

Nyl Collection Giveaway

Sempena pembukaan Nyl Collection...tuan punya blogshop bermurah hati nak anjurkan



Syarat-syaratnya :

1) Menjadi follower NYL COLLECTION

2) Membuat entry tentang contest nih dan memberi comment membina dlm usaha nil memperbaiki kelemahan blogshop nil serta di link kan ke entry ini

3) Copy Image diatas dan diletak kan di side bar blog korang dan di link kan ke NYL COLLECTION. 1 lg.. Image diatas mestilah dimasukkan juga kedalam entry korang.

4) Meletakkan NYL COLLECTION dan BUNGA-BUNGA KEHIDUPAN (nk glemer jgk!,hehe) di blog list korang

5) Then, antar link entry korang ke ruangan komen ataupun ke flerida_haliza@yahoo.com dengan tajuk 'NYLCOLLECTION GIVEAWAY'
V
V
V
V
V
V

Ok..ni kira bukan komenla....tapi cadangan akak kepada Nyl tentang blogshop dia..

1.Banner tu akak rasa besau sangat....kalau kecik sikit rasanya lagi kiut kot...

2. Tulisan kat side bar tu kasik kaler sikit....baru nampak lebih jelas...senang pelanggan nak tahu info klu diorang minat nak beli di blogshop Nyl.

3. Tukar layout yang ada sekarang dengan layout yang lebih cantik....banyak tau layout yang menarik + cantik....

Itu aje yang nak dicadangkan....mekasih! All the best to Nyl!

Lycra Hairband Giveaway



 
Kawan-kawan....marilah kita sertai giveaway yang dianjurkan oleh


yang memang berbakat! Bukan setakat menjahit tudung, tapi Ummi juga boleh buat lycra hairband ni!
Hairband ni ada yang sesuai untuk anak-anak dan ada juga untuk dewasa



A- Printed lycra

B - lycra with buttons

C - lycra with bling-bling

D & E - flower girl

F & G - Love, love, love


(WAHHH...CANTIK BUKAN HAIRBAND TU!! kalau menang Ayu nak hairband yang F tu ye....)

Kata Pn Ummi....


Ummi akan pilih 8 (LAPAN) pemenang bertuah

Setiap seorang akan mendapat dua hairband


Pemilihan pemenang bertuah dan hairband yang dimenangi akan dipilih secara rawak


Tarikh tutup : 26 Feb 2010 (11.59 pm)


Pemenang akan dimaklumkan selewatnya pada 28 Feb 2010.

So kengkawan, berminat tak nak join giveaway ni??
Bagaimana nak sertai?


Senang sahaja:
1. Jadi follower Ummi -DONE
2. Bagi yang ada blog,


2(a) buatkan satu entry tentang giveaway ini di blog anda, tinggalkan komen anda di entry ini beserta link kepada entry ttg giveaway yang anda dah buat di blog anda - DONE


2(b) dan linkkan blog anda dengan blog ummi - DONE


ATAU

3. Bagi yang tiada blog, tinggalkan komen di entry ini dan emailkan tentang giveaway ini kepada lima orang kenalan anda (cckan kepada sentuhan_jemari_ummi@yahoo.com) - pastikan anda masukkan link giveaway ini didalam email tersebut

 
(kalau anda gunakan kedua-dua cara - penyertaan akan dikira sebagai dua)

Maklumat Tambahan


# Sebaiknya dalam komen anda nyatakan hairband yang anda suka ... mana tau ada rezeki boleh dipertimbangkan...


# Ummi benarkan gambar hairband untuk digunakan dalam entry anda


# jika ada pertanyaan boleh hubungi ummi tentang giveaway ini..

Delicate Fingers Giveaway

Salam pagi Ahad....Cik Ayu di tempat keje,sempat jugak menjengah blog. Hati meronta-ronta untuk buat entry berkaitan giveaway yang dianjurkan oleh
V
V
V
V

sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke 9


SELAMAT ULANG TAHUN! SEMOGA KEKAL BAHAGIA SELAMANYA....AMIN

Cubalah kengkawan tengok apakah hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang yang sememangnya bertuah kerana dapat memiliki hasil kerja tangan dari Delicate Fingers ni...jeng...jeng...jeng...jom layankan gambar-gambar ni

 

 

Kata Pn Aimila, tu hanya contoh beg yang akan dimenangi....beliau akan buat beg menggunakan fabrik yang lain ye.....(tu pun dah sooooo comel!)

So kengkawan,ada yang berminat nak cuba nasib menang beg kat atas tu jom kita pakat-pakat jengah dan join blog Pn Aimila

Saturday, January 30, 2010

Noir Jewelry Giveaway!!


Edisi menerjah blog lagi....dan lagi....aha! Ada peluang nak menang lagi nih....

Giveaway by Noir Jewelry 

Blogshop Noir Jewelry ni merupakan pembekal aksesori kristal dan mutiara yang menawarkan harga berpatutan terutama kepada reseller.....Design yang cantik bangat dan terlaris di pasaran.....Cepat!!Cepat dapatkan sementara stok masih ada! Kalau tak caya,cuba tengok ini

 
Alahai...kalaulah terpilih sebagai pemenang giveaway ni,sure cantikkkk aje 
aku time melawa dengan set ni!hihihihihihiih

Sedikit info tentang giveaway ni : 

1)JADI FOLLOWER NOIR JEWELRY -SIAP
2)BUAT ENTRY TENTANG GIVEAWAY NOIR JEWELRY DALAM BLOG ANDA -PROMOTE LA SIKIT HEHE-SIAP
3)ADD NOIR JEWELRY DALAM BLOG LIST ANDA - SIAP
4)TINGGALKAN KOMEN DAN LINK BLOG & EMAIL ANDA - SIAP

JOM JOIN...BOLEHLA MELARAM DGN SET RANTAI BARU NANTI

TARIKH GIVEAWAY 26 JANUARI - 26 FEBRUARI 2010 (ADA MASA LAGI KENGKAWAN YG NAK JOIN TU!)

Juaimurah Big January Giveaway!!!!!


Petang Sabtu yang cerah.....berblogwalking sementara tunggu En Hubby balik.....terpesona kat sini
V
V
V
V
V

Go through blog ni, memang murah giler barang-barang yang dijual..ada yang baru, ada yang used item tapi still in good condition...kalau tak caya, meh tengok barang-barang ini...

Float Mat ni still look new kan....dijual dgn harga RM63 aje...

Lagi satu...

 
Fisher Price bouncer yang dijual RM80....minat??? dapatkanlah kat sini 

So tuan kedai bermurah hati nak bagi ini pada sesiapa yang bertuah itu.....ada 2 tau!


 
 Ala cutenya....dengan ikan-ikan yg dok berenang-renang tu...sure ralit baby Damia tengok benda ni!


 
Harganya RM95....tapi semuanya dapat FREE!! (sape tak nak weeyyyyy!!)

So kengkawan, joinlah ye giveaway ni!

Keranamu.........SMM!

Salam pagi Sabtu yang terang benderang.....keringlah kain yang berada di jemuran hendaknya....pagi Sabtu yang weng....terpaksa ku korbankan masa tido aku yang dah lama aku nantikan....semata-mata keranamu 

SMM!!

Apakah itu SMM? Adussss....kalau cikgu cikgi seMalaysia ni sure tau apakah yang bernama SMM itu. SMM adalah singkatan bagi Sistem Maklumat Murid...segala data/maklumat pelajar-pelajar sekolah dimasukkan dalam sistem ni. Aku dah pegang jawatan Guru Data SMM ni sejak tahun 2005 lagi. Tu pun gara-gara menggantikan kawan aku yang cuti untuk ke taklimat pasal SMM ni. Balik aje ke sekolah, tak pasal-pasal aku dapat jawatan free ni...dengan penuh redha/rela aku pun terima ajela...

Pagi ni tido aku kena kacau lagi....aku kena update data pelajar-pelajar.Due date dah dekat...kena hantar sebelum/pada 5 Feb...hadooiii....dengan sistem baru yang lebih detail...Tak pe, tak pe...aku wat slow-slow...sesekali ngelat ngulor gak gi blogwalking...mata dah berpinar dok nengok huruf-huruf...nombor-nombor...jangan bertambah power spek aku udahle!Kepala pun dah mula terasa peningpening lalat....tolong!tolong!


 
Ni dia SMM baru versi 4.0

 
 Ni lah yang aku kena isi dengan data pelajar-pelajar aku..tak tido dibuatnya!


Ce kengkawan tengok waktu aku update data ni??Panazzz lagi kan??huhuhuh
Kelas ada 33....pelajar 955 orang...dalam sistem baru 786..yang lelainnya mana?huhuhu...tunggu esok untuk dikey in..especially pelajar-pelajar Form 1

Relaks Ayu....wat slow-slow....itu dah tugas dan amanah yang aku kena pikul....tapi sampai bila ek? Dah kusuarakan pada sekolah untuk cari pengganti, tapi tak diterima......huhuhuh...caya cayang sangatlah kat aku ni! Ada sesape nak ganti tempat aku ni???

* pesanan mesra kpd pelajar-pelajar ku : isi leklok borang tu ye...lengkap tau!tak lengkap tcer cari u ols!

ADIELLA COLLECTION 1ST GIVEAWAY

Walaupun ini bukan kali pertama aku join contest/lucky draw/giveaway...u ols pun boleh tengok brape byk n3 aku pasal giveaway kan!


kali ni anjuran Adiella Collection


hadiah yang ditawarkan...menarik you.....


 
Cabutan pertama : Lace flowery box heart shape


 
Cabutan kedua : Fleece blanket (Jean Perry)

Jom kengkawan kita sama-sama join giveaway ni!

KAMERA DIGITAL UNTUK DIMENANGI!


 
Peluang untuk memenangi sebuah kamera digital hadiah 


Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya : 

- saya suka bergambar, dapatlah saya mengabadikan kenangan kat mana-mana aje saya pegi...

- kamera saya dah lama rosak....
- dah benda free...sape tak nak ye tak? 

- saya nak, nak, nak jugak....


kpd kengkawan yang nak memeriahkan giveaway ni dan mana tau ada rezeki, klik aje sini okey!

Free Voucher Lost World Of Tambun!


Bismillahirrahmanirrahim.....cuba nasib sekali lagi....kot-kot menang voucher ni plak kan...

V
V
V
V
V
V
V

yang disponsor oleh Deena Awanis yang baik hati

Kalau dapat voucher ni, Mama konpom anak-anak dara Mama akan tersangatlah hepinya sebab dapat bergaya dengan swimsuit yang baru dibeli tu....semoga ada rezeki kalian!

CHOMEL

Giveaway lagi...lagi-lagi giveaway!!!Yeeehaaaa....
 
Anjuran Puan Anas Fadilah

dari


Menarik hadiah yang ditawarkan....sedang eloklah ada baby kan!hehehhe....


Dengan ini,jikalah saya ada rezeki dan terpilih sebagai pemenangnya, maka saya nak sangat hadiah ni


V
V
V
V
V
V
 
CHOMEL PACI CLIP
untuk digayakan oleh si kecik Damia

Kenapa nak sangat Paci Clip ni ye??

1. Tersangaaaaatlah hendaknya clip ni untuk buat sangkut pacifier baby Damia yang  dah berapa kali asyik hilang! Maklumlah benda kecik, lepas hisap aje pacifier tu, tak taulah ke mana peginya!Kiranya amatlah praktikal kalau dapat Paci Clip ni untuk sangkut pacifier Damia agar tidak lagi hilang/missing in action!hehehehe....Mama dah tak larat nak beli puting Damia!

2. Tengoklah coraknya yang very the cute kan!Flowery gitew! Sesuailah untuk baby girl (Damia le tu..hihihi) so bila disangkutkan kat baju, sure orang lain terpegun tengok clip ni tak macam yang ada kat pasaran....boleh gak tolong promo kalau ada orang tanya....

*harap-harap adale rezeki Damia.....amin...

My-Alia.com Giveaway Special!

Tak terlambat nak join giveaway yang dianjurkan oleh


My Alia.com 

Tengoklah hadiahnya....best ni...


 
Dok imagine kalau dapat ni, boleh letak baby Damia...hehehe...


Hadiah yang ditaja oleh Mama Danial dan Eva 

dan ada lagi hadiah-hadiah lain....


Berminat?? Nak tahu lebih lanjut klik aje kat sini

I Care , You Care, We Care!

 

Tengah-tengah dok blogwalking, aku asyik ternampak banner kat atas tu....aku pun jengahla ke blog Puan Azmaniza.Hati jadi begitu tersentuh dan sayu melihatkan ujian dan dugaan yang Allah berikan padanya sekeluarga. Minda berfikir, macamanalah agaknya kalau aku yang berada di tempatnya? Maka aku merasakan sumbangan sekecil ini mungkin dapat membantu Puan Asmaniza sekeluarga untuk mengumpul dana bagi pembedahan anaknya yang masih lagi kecil,Ammar....

Terima kasih pada Ir Hydir yang begitu prihatin terhadap kesusahan Puan Asmaniza ini...semoga usaha murni ini mendapat kerahmatan daripada Allah....

Pada yang ingin menyalurkan sumbangan,bolehlah dermakan sumbangan anda ke akaun ini : 

Azmaniza Mohamad Kamal - 514093114912 (Maybank)
(ibu adik Ammar)

Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menjana RM1 kepada adik Ammar

Friday, January 29, 2010

Giveaway Sempoi Oya 2010

Join contest lagi...lagi dan lagi....kali ni anjuran 


 

Ni hadiah-hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang yang bertuah (doa2 aku le antara yang bertuah tu!)
 
Alas peti sejuk

 
Tabung duit
 
Selimut lembut....sure nyenyak aje tidooo....

More info...korang klik sini ye....

Thursday, January 28, 2010

Yeyeyeye..saya menang!Hihihihihi....

Buat pertama kalinya...setelah tak tau berapa kali join lucky draw/contest/giveaway...

Akhirnya rezeki menyebelahi diri ku ini....

Tersenarai jugak sebagai Top 3 Winner giveaway anjuran

Blog With Yan

Mekasih sis Yan!!

Ayu suka sgt dapat hadiah ni sebab macam tau-tau aje Ayu on diet now...hihihihi...

Petikan entry dari blog sis Yan :


Wednesday, January 27, 2010


Keputusan Lucky Draw by CY4.0 - Kurus Cara Sihat

Macam biasa, kita tak payah cakap banyak :P

Dengan lafaz Bismillah, berikut adalah keputusannya.

First 3 lucky bloggers yang akan menerima 2 keping "Detox Slimming Patch" ialah


Pemegang no 26 -- Siti Zaiton

Pemegang no 38 -- Echa @ Syaz1601

Pemegang no 45 -- AYU IDRIS ( aku le tue! hihihihi)


Mekasih daun keladi to sis Yan...kalau boleh silalah anjurkan contest lagi!!

P/S: Dok tunggu result lucky draw/contest/giveaway lain plak...mudah-mudahan ada rezeki...amin.....

Tuesday, January 26, 2010

Merayau-rayau di WCY


Kisah berlaku hari Jumaat malam Sabtu...tak de plan nak ke mana-mana....ajak En Hubby ke WCY. Apakah itu WCY?? Hehehehe...tu singkatan bagi Wakaf Che Yeh. Sesape yang biasa datang Kelantan ni, WCY mesti ada dalam agenda selain daripada Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor - syurga membeli belah especially bagi kaum ibu! So aku hanya bertiga - En Hubby dan Nana aje yang pegi. Syasya tinggal umah nenek, tolong jaga baby Damia. Kesian plak kalau ikut. Penat nak keliling WCY tu. 


Muka Nana yang mengantuk! Suruh tinggal nak ikut gak...sempat terlelap dalam keta!



Apa yang best sangat kat WCY tu? Haaa..kalau pada yang suka bershopping, silalah datang ke sini. Banyak benda menarik yang boleh anda tontoni/beli/jenguk-jenguk....dari sayur sampailah ke kain baju..semua pun ada! Pendek kata, kalau nak datang sini, silalah bawa RM lebih ye! Takut menyesal plak tak dapat beli barang yang dihajati!


 

En Hubby tengah mengusha torch light

 

 Macam-macam bendalah ada jual kat sini!


Aku jalan-jalan tak beli apa sangat pun...lama tak datang situ aje sebenarnya. Saje nak meround memalam..sudahnya banyak beli makanan! Nak beli tudung tapi tak de yang berkenan...balik-balik tudung, tudung balik-balik! Sudahnya ini aje yang kami bawa balik...




Jam tangan Nana


 
Haaa...ni timbunan makanan ye kawan-kawan dalam plastik ni (klu kat sini plastik dipanggil supit tau!)

Dah puas meronda,laparlah plak...Jumpa satu kedai, apa lagi terus lepak dan startlah makan makanan yang dibeli tadi sekali dengan order ni....nyum..nyum...sedap gak!




MEE UDANG! besau udang dia....


dan aku minum air ni...(kunun tgh berpantang air batu....mmg pun aku pantang lagi!)


 
TEH O LIMAU PANAS!


Pas makan, perut dah kenyang....mata pun dah berat...kaki mulalah melangkah ke kereta....nanti nak datang lagi...hihihihi....tak puas berjalan sebenarnya! Tak larat nak perabis satu pusingan,asyik kena pegi 2-3 kali baru complete!


P/S : Buat Kak Azieazah....jgn lupa masukkan WCY dlm agenda bila dtg ke sini tau!

Monday, January 25, 2010

Lama tak datang sini!

Petang Jumaat......aku dan En Hubby bawa anak-anak ke Taman Perbandaran Tengku Anis di Pengkalan Chepa. Lama betul tak singgah sini...so dah janji dengan anak-anak nak datang, ditambah pulak masing-masing ada swimsuit baru...haaa..mulalau nak try! Maka, pas Asar kami lima beranak pun bertolaklah ke sana.....mujur masa tu tak ramai sangat orang datang. Kalau lambat sikit aje, sure penuhlah parking lot!

 

  
Antara tarikan di Tmn Tg Anis


Anak-anak dah overexcited nak mandi kolam...so aku pun tak tunggu lama, terus beli tiket .Kat sini tak mahalpun bayaran yang dikenakan, cuma RM 2.00 untuk seorang kanak-kanak. Mak ayah masuk free....kena tengok-tengokkan keselamatan anak-anak. Sudahnya aku dok perati ajelah anak-anak mandi manda dengan jayanya....siap berposing dengan swimsuit baru!


 

  

  

  

  

Wajah anak-anak aku yang riang ria kerana permintaan mereka berjaya kami tunaikan!

Kau Tetap Di Hatiku!

Hari ni...25 Januari...hari lahir Ayah

Aku tak dapat bersama-sama kakak dan adik

meraikan hari lahir Ayah

Hanya Ayah yang aku ada

Setelah Mak pergi meninggalkan aku 6 tahun yang lalu....

Kasihku kini tertumpah hanya untuk Ayah...





SELAMAT HARI LAHIR AYAH!

SEMOGA AYAH PANJANG UMUR, DIBERIKAN KESIHATAN YG BAIK, DIRAHMATI & DILINDUNGI ALLAH HENDAKNYA....

P/S : Orang kata kalau anak perempuan ikut muka ayah, sejuk.....hehheehe....tu pasal aku ni sejuk kot pasal ikut muka ayah!

Sunday, January 24, 2010

Wahhh...semuanya baru!!!!

Ni kisah yang berlaku pada 20/1 lalu.....lepas aje aku habis kelas pukul 2.10 ptgtu, terus aku memecut kereta ambik anak-anak kat sekolah. Destinasi seterusnya--> PASAR LAMA MPKB! Kalau siapa yang biasa dan pernah datang ke Kelantan ni, pasar lama ni mesti antara tempat yang wajib singgah selain daripada Pasar Besar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh-pasar yang tak pernah sunyi dari acara jual beli! Kiranya kalau kat KL tu, Wakaf Che Yeh ni macam Uptownlah!

Tujuan aku ke sana....nak usha-usha beli-belah habiskan duit beli tudung. Dah habis ke koleksi tudung aku yang sedia ada lagi berlambak-lambak tu sampai kena beli yang baru? Hahahahah.....bukannya dah tak de tudung, tapi aku nak survey harga tudung yang saaaangaaaaatttt aku berkenan- tudung jenama HAWA. Rasa-rasanya kalau kat KL dah jemu kot orang pakai tudung itew....aku baru nak beli setelah mula berjinak-jinak dengan pemakaian tudung yang ada awning tu....tu pun berapa kali aku dok try pakai takut orang gelakkan muka aku yang penuh bak bulan purnama ni!

Maka dengan penuh perasaan dan perasan aku pun sampaile ke tempat yang dituju. Sampai aje aku dok pusing-pusing kalah orang dok tawaf kat Mekah tu! cari kedai yang menjadi idaman hati. Ahaaa...dah jumpa,dah jumpa! Kedai tu memang jual tudung awning tu aje...dan yang paling banyaknya, jenama Hawa ni lah! Macam-macam namala diorang ni kasik kat tudung....ni sure gara-gara cite Sumpah Bunian...gamaknya orang yang buat tudung tu berkenan kot tengok si Hawa (lakonan Nora Danish) tu pakai tudung cenggitu....dah namapun orang lawa ye tak?? Tapi yang tak lawa pun aku tengok jadi lawa jugak bila pakai tudung tu..Maka,inilah hasil usaha aku mengusha menghabiskan duit aku tudung jenama Hawa itew......check it out!


Kaler oren....



Kaler pink



Kaler merah
Sampai umah dekat pukul 5.00 jugak...Mata tetiba tertancap pada bungkusan ini.....apakah ia???Oh lupa plak. Tentunya bungkusan yang aku tunggu-tunggu itew.....inilah dia isi di dalamnya...




Swimsuit baru untuk puteri-puteriku yang dua orang tu! Kemain suka seraya menyengihkan diri  bila diorang tengok swimsuit yang aku tempah dah pun sampai. Bukan senang nak jumpa swimsuit yang menutup aurat ni...kalau kat shopping complex yang seksi meksi tu banyakle....tapi aku memang cukup tak berapa berkenan pesen camtu! Kredit to House of Muslimah Swimsuit atas servis yang da bomb! Pas ni aku plak nak beli untuk diri aku sendiri walaupun aku tergolong dalam kategori kayu berenang! Tapi aku kena kecikkan le sikit body aku ni, barulah sajak nak pakai swimsuit camtu...Sedang eloklah swimsuit sampai...tak lama lagi cuti raya cina seminggu jugak yahooo....tapi Sabtu ni dah start kena ganti! jadi kena sangatlah nak try bila pegi holiday nanti..

Semuanya puas hati...aku dengan citer tudung Hawa aku...anak-anak dengan swimsuit seorang sehelai....aku tengok senyuman tak lekang di bibir anak-anak aku tu...nasib baiklah dah dapat,kalau tidak maunya diorang akan kuarkan dialog camni...

"Mama tu tak de keje lainlah tu,asyik tudung..tudung...tudung!"

Eleh...itulah ayat-ayat tak puas hati sebab aku tak beli apa-apa kat diorang tadi...tapi terus senyap bila tengok diorang pun dapat barang baru...hihihihi...selamat aku....

Friday, January 22, 2010

Apabila Nana demam...

Nana tak sedap badan....erti kata mudah..DEMAM! Hai....demamlah plak anak dara sulung Mama ni...tekak tu memang dah banyak hari on and off batuk. Disuruh minum ubat batuk, mulalah macam-macam alasan yang dia bagi. Kekadang geram jugak dengan taktik tak nak makan ubat yang dia buat. Nak titikkan mnyak habbatus sauda kat lidah, mulalah komplen tak sedapla...pahit laa....anak...anak...

Bila tengah demam, demand boleh tahan jugak. Nak makan pizza la Mama! Tetiba dia mintak bawak ke Pizza Hut. Hamboi....dok demam pun ada selera jugak ye....tingat kalau zaman aku dolu-dolu, time demam paling habis kuat pun mintak KFC dengan ayah aku....dah tu aje yang ada...bukan macam zaman sekarang, serba serbi ada..24/7 plak tu!




Ni le rupa orang tengah demam!

Maka, aku dan hubby turutkanlah permintaan orang tengah demam tengok muka sihat aje bila setuju bawak pi Pizza Hut so bergeraklah kami ke PH Taman Bendahara, Pengkalan Chepa. Maleh nak masuk bandar...kat sini pun boleh tahan gakla ramai orang. Tapi tak la sekalut kat KB....Ni yang dimakan oleh kami 4 beranak....Damia tengok aje....kesian dia!hihihihihi



Lupa lak nama pizza ni...belasah ajelah!



Ni ayam apa tah...aku mintak lain, dapat lain...geram btl dgn waiter tu bila tanya angguk aje....seb baekla aku tak terbalikkan meja...hehehehehe....


Gaya orang demam nak serang pizza!

Proses makan memakan ni tak ambik masa lama...kang lama-lama berembun makin demam plak anak aku ni...Dia ni memang senang sangat nak sakit....risau jugak dibuatnya mula-mula tu. Tapi alhamdulillah keadaan tak lah teruk...cuma aku memang berhati-hati kalau dia start demam, alamat tak senang duduklah jawabnya!

Buat anak Mama, Nana.....permintaan Nana dah pun Mama dan Papa tunaikan. Harapnya Nana berpuas hati dengan layanan Mama dan Papa malam ni.....Luv you!

Thursday, January 21, 2010

Giveaway Barang Deko English Style

Bagi peminat-peminat English Deko....silalah join giveaway ni yang dianjurkan oleh




Cantik, menarik, tertarik da bomb! kan hadiahnya....hehehehhe...

Sesiapa yang berminat, silalah lawat blog Mrs Nor

Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat (16/1 - 24/1 )

Lucky draw yang paling sempoi pernah aku jumpa.....tersangatttlah ezy....mekasihlah pada yang menganjurkan lucky draw seezy ini iaitu....


Apa yang diperlukan untuk sertai lucky draw ini ??

Check this out!

"Dengan ini, saya/I/aku (potong mana yg tak berkenan) nak join Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat yang CY4.0 buat kat blog dia.



Tak payah create slogan. Tak payah perah otak nak buat karangan. Tak payah jadi follower pun.


Simple & easy mcm alif ba ta kaedahnya.." -SEMPOI KAN FWENZ???

More about this lucky draw:



* Lucky draw ini bermula dari 16/01/2010 sampai 12 midnite 24/01/2010.

* Terbuka kpd blogger yg beralamat di Malaysia sahaja


* Pemenang akan ditentukan oleh random.org. Kalau rajin, mungkin anak2 teruna saya akan buat cabutan.

* Pastikan sebarang link yang terkandung dalam kandungan entry adalah betul.


* First 3 lucky bloggers akan dapat 2 keping Detox Slimming Patch manakala 4 org lagi akan dapat 1 keping Detox Slimming Patch.

* Keputusan adalah muktamad kaedahnya.

Wednesday, January 20, 2010

Ada apa dengan M.E.R.A.J.U.K???


Salam kawan-kawan....n3 hari ni bunyinya macam serius aje aku aje yang perasan serius,padahal biasa aje! saje nak kupas persoalan ni-merajuk....bila tanya pendapat ramai, mesti akan kuar ayat-ayat macam ni...

Dialog si lelaki : "Ala..orang pompuan sikit2 nak merajuk,sikit2 nak merajuk..tak kose dahle nak mujuk!"

Dialog si wanita : " Kita tengah merajuk ni...bukannya reti nak pujuk!" sambil mengharapkan sang suami pujuk dia....ala2...kesian....

Kisah pertama :

Seorang kawan sekolah aku mahukan seutas jam tangan GUESS sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke tut...tak plak disebutkan berapa...maka dibagilah hint2 kat suami...ajak pegi shopping complex dan bila sampai kat depan kedai jam, si kawan ni pun bagilah isyarat nak jam tu...tapi malangnya,si suami buat donno aje....tak pahamla plak kehendak si isteri...si isteri harapkan si suami sendiri pahamle...takkan tu pun nak kena bagitau memang pun suami dia spesies tak tahu kalau tak dibagitahu! maka baliklah mereka dengan perasaan si isteri yang kacau bilau ditambah dengan mulut moncong 18! Si isteri bersikap dingin...pening lak si suami tak tau hujung pangkal tengokkan keadaan isteri yang tetiba melancarkan perang dingin ala-ala lagu Akak Zianalah plak!



Kisah kedua :

Anak yang berkehendakkan sebuah kamu Bahasa Melayu....balik aje sekolah terus mintak dibelikan kamus tu. Mak kata...tunggu malam nanti lepas kelas mengaji pegi kedai buku belilah kamus tu...tapi anak tetap berkeras, nak jugak kamus tu on the spot macamle tak sempat nak tunggu hari...kot iye pun pagi esoknya baru nak guna kamus tu Maka anak pun memulakan adegan seperti biasa-MERAJUK le apa lagi! Mulut macam kebiasaannya dimoncongkan 18 panjang moncong tu siap blh buat penyangkut baju!



Persoalannya....perlu kah kita merajuk? Agak-agak kalau kita merajuk ada ke orang nak tolong pujuk?? Itu kena tanya pengalaman masing-masinglah kan...Tapi bagi aku, merajuk ni ada baik dan buruknya....tapi banyak yang buruk laa...adakalanya orang pompuan suka merajuk sebab nak dimanjakan...tapi bukan semua lelaki punya daya memujuk yang baik. Kalau dapat suami yang pandai memujuk, beruntunglah si isteri. Tapi kalau dapat suami yang buat tak tau aje, rasanya tak de pekdah kita merajuk, ye tak?

Ada sesetengah tu suka merajuk mengada-ngada. Yang ni aku tak suka. Benda kecik lagi sempoi pun nak dimerajukkan. Taktik nak suh pujukla tu....Bukan apa, kalau perkara kecik yang boleh diselesaikan elok-elok, tak payahlah buat perangai merajuk ni...takut kang meluat plak orang lain. Lagipun kalau merajuk lama-lama, bukannya dapat apa pun. Buat penat diri aje...harapkan kena pujuk, sudahnya pujuk diri sendiri!

Bukannya tak boleh nak merajuk, tapi biarlah berpada-pada ye tak?? Benda yang kecik tak payahlah dipanjang-panjangkan....Memang kita ada ego masing-masing tapi dalam beberapa perkara, kita kena ketepikan jugak rasa ego ni. Jangan diturutkan sangat rasa ego tu, nanti kelak binasa diri.Belajarlah untuk memaafkan kesilapan orang lain (kalau pihak tu buat salah la kan)

Kepada yang sedang merajuk tika ini, tak payahlah merajuk lama-lama...nanti yang penat kita jugak...tak berbaloi rasanya..tapi apapun, hak individu untuk merajuk ke tak bergantung kepada situasi ........seelok-eloknya, merajuk kejap aje dan cubalah senyum kembali.Buruk bebenau rasanya tengok rupa dok moncong sedepa gitu!Hehehehhee....

Tuesday, January 19, 2010

Happy Faces At Playground Contest



dengan kerjasama



menganjurkan




Syarat-syarat penyertaan:



Mesti menjadi follower kepada Mama Syafi & Little World Gallery. -DONE


Letakkan link Mama Syafi & Little World Gallery di dalam bloglist anda. -DONE


Letakkan banner “Happy Faces at Playground Contest” Mama Syafi & Little World Gallery beserta link di side bar blog anda. -DONE


Pastu, letakkan gambar kanak-kanak di playground. Pastikan hanya satu gambar sahaja yg dimasukkan. -DONE


Mention nama kanak-kanak, pertalian dgn kanak-kanak, umur dan tarikh lahir di bawah gambar.


Sila tinggalkan link contest anda di bahagian comment. Link yg ditinggalkan di shoutbox tidak akan dilayan ok.

Perhatian:


Gambar mestilah menunjukkan suasana di playground, sama ada di shopping complex, kat playground luar, atau permainan berbayar pun ok. Permainan mesti yg stand still. So, basikal tak boleh ok.


Umur kanak-kanak yg layak ialah antara 1-4 tahun.


Kanak-kanak itu mestilah ada pertalian saudara tak kisah lah sama ada anak, anak sedara, adik atau cucu pun boleh (kalau ada la kan..). Anak jiran, anak kucing, anak tekak tu sume tak boleh ok.


Calon yg tak memenuhi syarat akan disqualified. So, sila pastikan semua syarat dipenuhi.


Tarikh akhir contest adalah pada tarikh birthday anak aku, Syafi yg ke-2 tahun iaitu 19/2/2010 pukul 10.10pm.


Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yg paling happy di playground.


Keputusan adalah muktamad. Sebarang komplen dan surat menyurat tidak akan dilayan.

INILAH GAMBARNYA....

NAMA : WAN ADRIANA BATRISYIA BT WAN FARID
PERTALIAN : ANAK
UMUR : 4 THN 4 BLN
TARIKH LAHIR : 15.9.2005