RSS

Tuesday, March 30, 2010

Cuti Sekolah Punya Cerita - Part 1

Kisah kejadian ni berlaku pada 13.3 2010, masa cuti sekolah baru-baru ni.Alkisahnya,aku ada jemputan kahwin kat Tanah Merah dan kat Kubang Kerian. Yang kat Tanah Merah tu jemputan kahwin pelajar UPSI yang pernah praktikal kat sekolah aku,Ya nama dia. Yang kat KK tu plak jemputan kahwin bekas student aku.So bila dah mendapat persetujuan En Hubby, maka kami anak beranak pun dengan penuh bersungguh-sungguh dan muka ceria aje bersiap-siaplah nak bertolak ke Tanah Merah. Pastu kalau sempat nak ke KK lah pulak.Masatu jam dah pun pukul 1.00 ptg. Tengok cuaca kat luar pun dah mendung. Tak pelah, redah ajelah.

Nak dijadikan cerita....bila sampai aje kat Tanah Merah, kami melilau cari alamat umah  si Ya tu. Dahla aku tengok map umah dia kat FB aje...kononnya boleh ingatlah. Siap tunjuk kat En Hubby sebab dia biasa bab-bab jalan kat Tanah Merah ni. Lebih malangnya, sebelum nak bertolak tu kunun nak tengok balikla map tu tapi tenet kat umah plak buat hal.Hadoiii....sudah jatuh ditimpa tangga....Aku plak lupa bawak henpon,so ingat-ingat gitu ajelah. Bila sampai sana, tak jugak jumpa taman perumahan umah si Ya ni. Yang peliknya, bila tanya kat orang-orang yang kami jumpa, semua macam tak tau aje. Tak wujud ke tempat tu? Pelik gak kan! Dahla perut tengah lapar...pusing-pusing aku dah naik hangin! Takkanle seorang manusia pun tak tau tempat tu! Pelik bin ajaib ni...Sudahnya selepas berapa kali kami sekeluarga dok tawaf dalam keta, maka dengan hati yang sebal lagi tension kami pun bertolak balikle ke KB...tak de la merasa makan nasi kenduri...

En Hubby yang dah kelaparan dan kebengangan walaupun tak cakap kat aku terus ajak pi makan. Hahahah...apa sudah jadi?? Hajat nak makan nasi kenduri sudahnya bertukar menu! Hiihihii...tak pelah, dah tak de rezeki kami kan nak wat camne. Maka, dalam kedaan hujan lebat tu, kami pun singgahle kat New Horizon Garden Reastaurant...ala yang kat tepi Highway Tendong tu..jalan nak pi Wakaf Che Yeh...di situlah kami makan...mengisi perut yang dah lapar sejak tadi lagi....hahahahha....

Marilah kita layankan gambar-gambar kami anak beranak kat restoran tu...

Hahaha..gambar coaster pun nak snap jugak ke? Tunggu makanan tak sampai, so segala objek yg boleh dijadikan cerita aku snap!

Syasya dan En Hubby...muka tgh lapor!

Kak Nana yg tersengih paksa rela

Aku dan si bulat Damia...seb baik Damia tak byk ragam hari tu...

Selepas makan dengan jayanya, kami pun balikla ke rumah. Hajat nak pegi umah ex student aku tu sudahnya tak jadi. Time kami dah habis makan, hujan masih lagi lebat menyiram bumi.....Tak de rezeki kami nak ke kenduri kahwin, tapi jadi rezeki New Horizon terima duit dari kami!

Moral of the story, jgn lupa bawak henpon!

Goreng pun sodap!

Jam di lappy kepunyaan Cik A telahpun menunjukkan ke angka 1.00 ptg. Alamak,dah tengah hari rupanya! Dengan menggelabahnya Cik A pun masukla ke dapur,nak start memasak apa-apa menu yang patut...Tetiba terdengar deringan henpon..sapa plak ni?? Oh,En Hubby rupanya...

Dialog antara Cik A dengan En Hubby :

En Hubby : Hello Yang,u dok buat apa?


Cik A : I baru nak masak ni...nape?


En Hubby : Ic, I lapar ni....u masak apa ari ni?


Cik A : (tgh dok memikir nak masak menda) Aa.....I masak siakap cili padi boleh?


En Hubby : Sodap tu! Tak pe, I pun jauh lagi ni, baru kat Lembah Bidong...kul 2.30 ptg kang I sampai le...


Cik A : Wokeh...wokeh...

En Hubby ni macam tetau aje aku nak start masak.Mujur dia call dulu bagitau, kalau dah dekat sampai baru call kata nak makan, alamatnya makan ajelah junk food yang berlambak-lambak beli kat Jom Heboh aritu!Hehehe.... Oleh kerana hari ni aku bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan,maka dapatlah aku masak untuk lunch ..Oleh kerana yang ada dalam fridge cuma ikan siakap dan udang aje, so dapatlah aku applykan  resepi  dari blog Cik Min yang ramai peminat tu,I pun peminat setia u tau Cik Min! Ayu kopipes resepi ni ye Cik Min!

Kat atas tu rupa siakap cili padi Cik Min....

Yang atas ni rupa siakap cili padi aku....buruk aje rupanya...terlebih sudah kuah....eheheheh....

Sesape yang berminat nak try,cubalah resepi yang dah aku kopipes kat bawah ni ye...Cik Min, mintak halal ye!

 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap

5 tangkai cli padi-dipotong halus

3 tangkai cili merah-dipotong halus

1 biji bawang merah-dipotong halus

2 sudu makan sos ikan

1 sudu makan sos tiram

2 sudu cili kering yang sudah dikisar

Sedikit hirisan daun bawang

Karet-dihiris

Tomato-dihiris

Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
Goreng ikan hingga garing dan ketepikan

Panaskan minyak dan tumis cili kering diikuti bahan-bahan yang telah dipotong halus biarkan hingga garing dan naik bau

Tuangkan sos ikan dan kacau rata

Kemudian masukkan sos tiram ,garam dan gula

Taburkan hirisan karet,tomato dan daun bawang

Biarkan masak seketika dan tuangkan ke atas ikan

Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas

Kemenangan ke 8~Hadiah dari Ida

Nak hapdate kisah kemenangan aku menjerumuskan diri dengan contest/lucky draw/giveaway...Kemenangan yang ke 8 aku dapat selepas join contest anjuran Wansenaribiz...boleh klik sini untuk tengok entry lama tu...Contest menamakan baby pertama Ida...Ida minta cadangkan 2 nama- nama baby girl dan baby boy. Keputusan contest diketahui selepas Ida selamat melahirkan seorang baby boy. Alhamdulillah, aku tak sangka pulak cadangan nama baby boy aku diterima oleh Ida dan En Husben. Jadi, seperti yang telah dijanjikan, aku dapat sekeping CD yang mana kaler CD tu aku pilih sendiri...TQ banyak-banyak Ida...Lain kali buat giveaway lagi ye...mana tahu lepas ni Ida nak buat sempena 1st birthday Adi Naufal ke...hehehe...sure akak join!

So...jom layan hadiah kemenangan aku tu....


Macam biasa tunjuk dulu parcel yang diterima....Ida,dah selamat sampai ye hadiah tu!

Nilah namanya CD (cloth diaper) dgn 2 inserts...boleh bagi baby Damia try guna pas ni!

Terima kasih banyak-banyak untuk Ida yang sudi anjurkan giveaway ni dan pilih akak sebagai pemenang...Semoga biz Ida sentiasa maju ye!

Hadiah daripada Eyya

Salam dan samat petang kengkawan!Lama betul Ayu tak hapdate blog ni.Bila bukak pagi ni,dah penuh sawang rupanya blog ni.Hari tu sempat wat entry seciput aje kasik tau nak kembali bersiaran,pastu sonyap terus. Nak wat camne,keadaan tak mengizinkan. So pas ni akan berjela-jelalah entry ye kengkawan!Dah basi pun basi lah,nak jugak Ayu bagitau kat sini...

So perkara pertama nak kasik tau...nak hapdate hadiah yang menang dari blog contest Eyya...hari tu ingatkan dapat hadiah book mark aje dari Eyya,rupa-rupanya dapat jugak kad.Comel betul!Tertarik menarik tengok hasil kraftangan Eyya ni. akak keras tangan aje dik oi! Siap anak-anak dah chop nak kad tu lagi. Pasrah ajelah maknya bagi kad kemenangan kat anak-anak...

Eyya,,,dah selamat sampai hadiah tu...berzaman dah pun!

Meh kita tengok apa yang ada dalam envelope tu!

Pas bukak envelope,ada satu lagi rupanya...so kena unwrapped ni dulu...

Tadaaa...nilah 3 keping handmade card dari Eyya yang aku menang tu...sudahnya Nana berkenan,aku kasik kat dia...takpelah,kasi kat anak aje,bukan org lain.....

TQ banyak-banyak ye Eyya sudi buat giveaway tu....InsyaAllah,kalau ada lagi giveaway dari Eyya,harus aku join jugak...

Sunday, March 21, 2010

Kembali Bersiaran!

Salam kawan-kawan....lama betul tak interprem kat sini...tengok last post 9hb lagi...masa tu dok kalut dgn student nak exam...so kenalah slow down ngadap lappy......bila cuti sekolah, internet plak wat hal...aku dah terminate broadband yang ala-ala siput berjalan pun laju tak nak bagitau broadband telco mana 
Alhamdulillah...hari ni baru dapat bersiaran kembali.....bila dah start mengajar hari ni kebizian aku pun mulalah balik....tapi lega sikitlah sebab segala urusan menanda kertas soalan dah pun aku habiskan time cuti sekolah mujur jugak internet prob, kalau tak rasanya tak siap lagi aku menanda!hihihihih.....

Tak de cerita menarik....cumanya baru dapat tahu menang contest lagi....contest menamakan anak anjuran Wansenaribiz.....aku antara 2 pemenang yang terpilih untuk dapat hadiah CD...rezeki baby Damia lagi nampaknya..pas ni bolehlah aku try pakaikan Damia dengan CD yang aku menang tu....

So...tu aje kot entry untuk hari ni sebab mood nak menulis panjang-panjang pun tak sampai-sampai lagi....ketemu lagi di lain siaran ye!

Kepada kawan-kawan....sorilah lama tak berkunjung ke blog u ols....nanti aku pi visit ye...

Tuesday, March 9, 2010

Gali-gali Contest by Cik Min

Perrrggghhh......kepada peminat-peminat hardcore contest mcm aku ni!
Meh reramai meriahkan 


Menarik betul hadiah-hadiahnya....
Tapi kena rajinlah menjengah blog Cik Min
untuk menggali!

Oleh kerana aku peminat contest, maka aku dengan sendirinya mengisytiharkan diri untuk join contest ni...

Cik Min...Ayu boleh start menggali entry Cik Min n tinggalkan komen ye!

Kepada yg minat....jengah SINI

Sunday, March 7, 2010

Yang ke 5,6, dan 7....

Alhamdulillah...menang lagi!Kali ke 5, 6 dan 7 menang contest/lucky draw/give away....

Yang ke 5....join giveaway Eyya...dapat saguhati....mekasih Eyya....

Aku dapat hadiah ni

Bookmark Eyya Blog

Yang ke 6...aku menjadi antara 2 org pemenang Movie Time With Yannie...

Tahniah diucapkan to IbuEmir and AYU... Anda berdua akan menonton citer Alice in WONDERLAND bersama-sama dgn saya :) nanti email saya details ye..sy dh pm kt chatbox blog kalian..sile check ye...

Hadiahnya???Tengok wayang Alice In Wonderland dgn Yannie

Masalahnya kena tunggu aku balik bercuti di KL bln 3 ni dulu barule boleh nengok sesama...

Yang ke 7...yang paling baru aku dapat tahu tadi...

menang Rafflesia Giveaway....

cabutan pertama:
3. AYU IDRIS

Tima kasih byk2 kepada penganjur2 contest/lucky draw/giveaway...semoga ukhuwah fillah yg terjalin antara kita berkekalan...bkn setakat join utk memeriahkan contest/lucky draw/giveaway aje ...


P/S : Pun dok tgh pk nak anjurkan contest/lucky draw/giveaway..agak2 dapat sambutan tak nanti??Kpd peminat2 contest/lucky draw/giveaway...tungguuuuu......

Friday, March 5, 2010

5 bulan sudah berlalu...

Anak Mama dah 5 bulan
Makin terserlah ketembaman pipi Damia
Tak sabar nak tengok Damia besar
Boleh berjalan..mesti comel kan!
Mama sayang Damia!

March 2010 Blog Giveaway

Lin's 3rd Giveaway offering you these sweet and beautiful cards

3 lucky winners will be choosen to grab for those cards!
(I'm one of them!)

This giveaway ends on the 9th of March 2010 at 11.59pm. A winner will be chosen by a lucky draw. The name of the winner will be announced on the 10th of March 2010

Interested???Come n join Lin's 3rd Giveaway!

Sararisa Giveaway 2010


Sempena anniversary Sararisa dan En Husben yang ke 6,Sararisa nak kasi senarai kat bawah ni kat sesapa yang  bertuah yang join giveaway dia

HAPPY 6TH ANNIVERSARY YE SARA!SEMOGA SENTIASA SIHAT, DILINDUNGI ALLAH & BAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA

Antara hadiah yg di tawarkan:

~ 60++ fancy button

~ 1 set love sticker

~ 3 set wooden heart shape

~ 20pc satin flower

~ alphabet confetti

~ love confetti

~ flower shape sequin

~ 2 pc butterfly memo clip

~ 15pc assorted eva foam applique

~ lace border flower

~ 2pc love cross stitch

~ 1 pc love applique

~ DAN JUGA HADIAH MISTERI MENANTI ANDA!!

Tak susah pun syarat-syaratnya....check it out!

~ add blog sararisa-craft ke dlm blog list anda dan jadilah follower

~ copy gambar diatas,buat entri khas dan letak link blog sararisa-craft

~ tinggalkan link anda dan jejak anda di ruangan komen entry ini sahaja.

~ tarikh tutup contest ini ialah 11 MAC 2010 pada pukul 8mlm


Pink Muslimah 1st Giveaway

Ummi Hanie nak beri free aje emerald green kaftan ni
V
V
V
V
V
V



Cantiknya kan kaftan kat atas tu???Tapi camne nak dapat eh???

Haaaa...sila ikut syarat-syarat ni :

Kata Ummi Hanie,
  1. Be a PINK MUSLIMAH STORE Follower . Reason : So that u will not miss any updates from me .
  2. Put this giveaway banner together with baclink on your sidebar where i can detect it easily .
  3. Make the SIMPLEST entry about this giveaway/freebies .
  4. Don't forget to leave your entry' s link BELOW (in the comment box) .
  5. Winner will be chosen via RANDOM.ORG .
 Kalau tak dapat kaftan kat atas tu, kita masih lagi berpeluang dapat RM10 voucher utk membeli belah di Pink Muslimah Store

So apa tunggu lagi...silalah lawat Pink Muslimah Store sekarang juga!!

Cabutan Bertuah (sempena hari lahir Asyraf)

Pagi-pagi Jumaat merayau-rayau
Terjumpa benda ni
Siapa nak hadiah free angkat tangan???
Kalau nak, meh kita meriahkan
Cabutan Bertuah sempena hari lahir Asyraf

Ni dia hadiahnya utk direbut sesiapa yg sertai cabutan bertuah ni

Jom join...jom!!!

Thursday, March 4, 2010

Gendang gendut tali kecapi,kenyang perut suka hati!

Tajuk : Kenangan di Restoran A.M Tarbush,Kota Bharu
Tarikh : 3 Mac 2010
Masa : 2.30 ptg
Acara : Makan-makan sampai licin
Sengih....ambik gambar!!

Kak Da yang baik hati baru aje naik pangkat Guru Cemerlang gred DG 52 (kira dah sama taraf dengan pengetua). Aku memang tabik spring toing toing kat Kak Da yang buat keje tip top!Tu pasal dia cepat dapat naik pangkat dari DG 48 sekarang dah 52. Aku???EEEEeee....rasanya belum layak lagi nak mintak Guru Cemerlang (GC) ni sebab aku tak cukup lagi kelayakan. Bukan tak cukup umur nak mintak, tapi bagi aku...nama pun GC, dah tentu keje buat pun cemerlang jugak kan! Kalau tak, nanti jadi bahan umpatan orang aje...tak pasal-pasal aku dapat pahala...hehehehe...

So untuk meraikan naik pangkatnya tu, Kak Da bermurah hati belanja aku dan 6 orang kawan yang lain lunch kat A.M Tarbush,salah satu restoran Arab kat KB ni....bukan kitorang yang belanja dia!Hehehehee.....Sape-sape yang dok KB atau pernah datang KB sure tau restoran ni kan.....Tengok ajelah ye makanan yang kami dah selamat makan semalam!

L-R : Kak Nona, Kak Da, Kak Marina
Posing sebelum makan...
Aku yang bertudung putih....masa ni baru nak start makan..
L-R :Kak Tee, Kak Mahzam, Kak Nal....sengih memanjang....
Makan-makan jugak...posing itu wajib!


Ni lah menu yang kami makan semalam....rezeki dari Allah...alhamdulillah!

Nasi beriani....punyalah panjang beras dia...aku interview owner ni, dia kata pakai beras khas dari Arab nun....
Gulai kambing apatah nama dia.....aku bedal aje walaupun kat umah kambing tak pernah masuk dalam list untuk dibuat lauk!
Special request ayam untuk Kak Nona yang ada darah tinggi....tu sambal lada yang dimakan dengan nasi
Haaa..kalau datang sini,trylah air ni...aku lupalah nak tanya apatah nama dia....ada 3 layer...rasa pisang pun ada, yogurt pun ada....
Ni lah rupanya sesudah kami dengan bersungguh-sungguh dan jayanya menghabiskan makanan tu....

Buat Kak Da..tq for the special treat...semoga Kak Da terus berjaya dalam apa jua yang dilakukan.....
Semoga ukhuwah yang terjalin ini berkekalan.....

Hadiah Dari Yatie Chomeyl

Yeaaayyy....hadiah dari Yatie Chomeyl dah sampai!!!!
Tengok pada addressnya, kat Tumpat aje rupanya
Baru teringat Yatie ada bagitau nak balik Kelantan
Selamat beristirehat di kampung tercinta ye Yatie!
Akak dah selamat dapat hadiah Yatie tu...mekasih banyak-banyak...
Lain kali anjurkan lagi ye contest...hehehehe.....
 
Dah byk hari sampai, tapi aku bz sket, tu yg lmbt post entry ni...

Yatie tambah hadiah...fridge magnet!Mekasih byk2 ye Yatie!



Wednesday, March 3, 2010

Movie Time With Yannie

Contest  yang menarik untuk disertai...
Kepada peminat-peminat wayang
Jom kita join contest


Camne nak join??Senang aje...

Kata Yannie :

1. jadi my follower

2. copy and paste banner kat atas tu kat sidebar blog korang

3. buat 1 entry pasal ::Movie Time with Yannie:: (tell me why you should win this contest)

4. your entry should be linked to my blog

5. buat sticky entry sampaila 3March 2010

6. lastly, hantarkan permalink anda di ruang komen

Kenapa saya patut jadi pemenang contest ni :

Akak ni memang kaki wayang dik...tapi dapat peluang nak tengok movie bila balik KL aje sebab akak dok di KB tak de cinema...jadi nak hilangkan kerinduan tu dok layan CD aje...so kiranya kalau menang contestni, kira rezeki akakle dapat tengok wayang sesama Yannie nanti!

Tuesday, March 2, 2010

Insiden kapal terbang kawalan...

Seorang kawan aku kat sekolah selalu bercerita tentang hobI suaminya yang memang payah nak dihalang~bermain kapal terbang kawalan. Sudah beribu-ribu ringgit suaminya habiskan utnuk membeli kapal terbang kawalan idaman hati. Lepas satu model, ke satu model....Beli dan beli lagi....kata kawanku, dah lebih 10k habis hanya untuk memenuhi tuntutan hobi suaminya itu! Bila dilarang, makin menjadi!Sanggup turun ke KL hanya semata-mata nak beli dan usha-usha model-model terkini di pasaran! Bila ditanya tak bosan ke asyik main kapal terbang kawalan, cepat aje jawab tak..Anak-anak dah besar panjang, masa lapang banyak...jadi nak isi masa lapang tu dengan hobinya pula....

Lain manusia, lain hobinya....lain pesennya...tapi apapun jua hobi yang kita minat, pastikan kita betul-betul minat dan mampu...bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja!

Tetiba mata tertancap pada muka depan akhbar Harian Metro keluaran hari ini....Lagi kisah kematian menjemput kita.... tapi kali ni kematian akibat kapal terbang kawalan jatuh terjunam di kepala!Innalillah....begitu sekali cara kematian menjemput kita! Kalau difikirkan secara logik akal, apalah sangatnya kapal terbang kawalan tu kan...jatuh atas kepala pun boleh bawa maut! Itulah cara kematian arwah Mosthafa dari Kota Kemuning yang baru saja berjinak dengan hobi bermain kapal terbang kawalan.


Arwah Mosthafa yang terbunuh akibat dirempuh kapal terbang kawalan rakannya

Yang sebetulnya...ajalnya dengan Allah sudah tiba....apabila tiba ajal, takkan terlewat atau tercepat walau satu saat pun....mula terfikir, macamanalah agaknya keadaan kita nanti bila Malaikat Izrail datang menjemput?Subhanallah....Maha Suci Allah...hanya Dia yang Maha Mengetahui!

Terus teringat bait-bait nasyid yang menjadi nyanyian masa aku kecik-kecik dulu.....SELIMUT PUTIH

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan

Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela hidup

 

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan

Al-Fatihah buat arwah Mosthafa...semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Untuk berita lanjut tentang kejadian yang meragut nyawa arwah Mosthafa, KLIK SINI...

Children's Book Giveaway By Little Red Reading Nook

In conjunction with the new look and new make over of


they are very generous to give away some prizes
for us to grab!!!!Hurry up friendsssss.....
Join this giveaway!

So easy to take part in this giveaway, just complete the following items:



For 1 entry
Follow this blog and/or become a fan of Huiwearn Kids Store on Facebook 

For 1 entry
Link us to your blog by adding littleredreadingnook.blogspot.com to your blog list

For 1 entry
Add Little Red Reading Nook's new blogshop banner (logo) to your blog sidebar

For 3 entries
Blog about this give-away. In your blog post, pls include the giveaway banner above and make sure you place a link back here.

Leave a comment here with what you have completed. Include your permalink to your blog if applicable. If you prefer, you can also email me your entries : hwtuan[at]hotmail[dot]com.

Let's check out what are the prizes that awaits the lucky winner!! (I'm the lucky one!)

Grand prize : Maisy's Home & Garden Pop-up & Play Book

Selling price at major bookstores RM79.90. This is the most expensive children's book in this blogshop - LRRN selling price : RM58.00.


Special BONUS prize (If over 100 entries are received for this giveaway) : Children's Book Hamper

Best blog entry: Hello Kitty Mystery Gift Hamper sponsored by Huiwearn Kids Store

For more info,CLICK HERE

Anin's Mini Giveaway

Giveaway lagi untuk disertai oleh peminat-peminat giveaway!!! 

Kali ni anjuran Anin


Ni hadiah yang bakal dibawa pulang oleh peserta bertuah...keychain dari Terengganu!!

Nak join giveaway ni kena ada syaratnya kan?? Meh kita tengok cukup tak syarat-syarat kita nak join tu....

1. Kena jadi follower Anin
2. Macam biasa kena buat entry pasal giveaway ni dan link back ke blog anin.
3. Kena bagitau Anin kenapa minat nak join giveaway ni
4. Last, kena tinggalkan URL kat entry Anin tu supaya Anin boleh jengah dan tahu siapa yang minat nak join giveaway dia....

Senang sangat kan syarat-syaratnya? Apa tunggu lagi, mehla terjah blog Anin kat SINI!!

Saya minat nak join giveaway ni sebab :
1.  sebagai tanda sokongan kepada Anin
2. nak merapatkan ukhuwah yang baru terjalin..
3. memang minat join online giveaway/contest/lucky draw
4. dah tentu kerana hadiahnya tu menarik sebab saya suka kumpul key chain!

Monday, March 1, 2010

Nasib Anak Tong Sampah!

Kesian....menyayat hati bila aku terbaca petikan akhbar dari Metro...luahan hati anak tong sampah!Sudahlah kita baru dikejutkan dengan berita kematian arwah adik Syafiah, ini pula luahan hati anak tong sampah tentang nasib yang menimpa dirinya.....sayu..syahdu....apa nak jadi dengan dunia hari ini??

Anak tong sampah?Tong sampah pun ada anak ke??Apa sebenarnya takrifan anak tong sampah ni? Ini petikan dari akhbar Metro...tentang luahan hati seorang lelaki yang dahulunya dibuang di tong sampah!Masyaallah!Inilah realiti kehidupan zaman serba moden....tapi pemikiran manusianya masih di takuk lama! Masih jumud!Mana pergi rasa kemanusiaan sehingga insan tak berdosa menjadi mangsa?? Siapa yang harus dipersalahkan? Dok tuding jari ke sana, yang diri sendiri macamana??

PUTRAJAYA: “Kalau dilahirkan hanya untuk dihina, dicaci dan ditipu masyarakat, lebih baik kami dibiarkan mati saja. Kadang-kadang saya rasa ada baiknya juga bayi dibuang ibu bapa itu meninggal dunia supaya dia tidak perlu menghadapi kesukaran hidup seperti yang saya alami kini,” luah seorang ‘anak tong sampah’ yang hanya mahu dikenali Khairul, 23.

Khairul yang berketurunan Cina dibuang ibu bapanya ketika masih bayi berhampiran tong sampah di pekan kecil di Mentakab, Pahang, mengakui sepanjang 23 tahun memegang status anak ‘terbuang’, kehidupannya tidak pernah bahagia, malah sentiasa menerima ujian dan cabaran sehingga ada kalanya dia sendiri tidak mampu menanggungnya.


Lebih menyedihkan, lelaki malang yang tidak pernah mengecapi kasih sayang ibu bapa itu turut berdepan kesukaran mencari pekerjaan kerana memegang kad pengenalan merah, status pemastautin tetap (PR) walaupun pada hakikatnya dia dilahirkan di negara ini.

“Saya sudah bosan dicap sebagai pendatang asing walaupun saya dilahirkan di Malaysia. Saya bukan warga Indonesia, Bangladesh atau India, malah tempat lahir yang tertera di kad pengenalan juga dinyatakan Malaysia. Semua perkara susah nak buat, nak minta kerja susah, bila dah dapat kerja, ditipu majikan. Bila nak ambil tindakan kata tak layak sebab bukan warganegara.

“Jika semua anak terbuang menerima nasib seperti saya, tidak mustahil lebih banyak masalah sosial akan berlaku di negara ini. Yang lelaki akan menjadi perompak, perogol, pencuri dan penjenayah, manakala perempuan menjadi pelacur.

“Kalau melakukan kesalahan, kami akan dipenjarakan. Sekurang-kurangnya kami akan diberikan makanan dan minuman secara tetap setiap hari, tak perlu menahan lapar,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Penderitaan Khairul tidak berhenti di situ saja. Lebih menyayat hati satu-satunya harta yang ditinggalkan arwah isterinya, anak lelaki berusia setahun dua bulan, cuba dirampas kakak ipar dengan alasan sama.

Lebih menyedihkan, dia dipisahkan daripada anak kandungnya sendiri sehingga sembilan bulan sebelum mendapat perintah penjagaan sementara daripada Jabatan Agama Islam Selangor.

Dia yang memeluk Islam pada Mei 2007 mendakwa, kakak iparnya pernah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menyatakan dia tidak layak menjaga anaknya kerana dia anak terbuang dan tidak mempunyai ibu bapa.

“Kata-kata itu amat menghiris perasaan saya. Kenapa pertikaikan hak saya sebagai seorang bapa sedangkan anak itu darah daging saya sendiri yang lahir hasil kasih sayang saya dengan arwah isteri.

“Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaganya (anak) kerana itu amanah Allah. Malah, saya mampu dan saya tidak akan mengabaikan anak sendiri kerana tidak mahu kehidupannya menderita seperti yang saya alami selama ini,” katanya.

Mengimbau kehidupan ketika kecil, Khairul mendakwa dia ditemui seorang lelaki Cina dalam keadaan cukup sifat dan sihat berhampiran tong sampah di Mentakab berserta sijil kelahiran yang hanya tertulis namanya sebelum dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Kuantan, Pahang, sehingga berusia tiga tahun.

Dia kemudian dipelihara satu keluarga Cina sebagai anak angkat, namun menjadi mangsa dera keluarga angkat yang juga kaki mabuk termasuk disimbah air panas dan dipukul. Akibat tidak tahan dengan tindakan kejam ibu bapa angkat, dia melarikan diri ke balai polis untuk menyelamatkan diri sebelum dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Cheras, Kuala Lumpur dan dipindahkan ke Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar, Perak.

Khairul berkata, sebaik genap usia 18 tahun, penghuni rumah kanak-kanak berkenaan dibebaskan bagi menjalani kehidupan seperti orang lain, namun akibat tidak pernah didedahkan dengan sebarang kemahiran atau latihan, mereka hidup ibarat layang-layang terputus tali dan terpaksa berdikari untuk meneruskan hidup.

Namun, status yang dipegang serta dokumen pengenalan diri yang mengelirukan menyebabkan kehidupan mereka amat sukar, malah ada antaranya mengambil jalan mudah dengan terbabit dengan kegiatan jenayah.

“Kenapa JKM mengutip puluhan anak terbuang, tapi selepas 18 tahun dibebas dan dibiarkan terkontang-kanting seorang diri. Kalau perkara ini tidak ditangani, perkara sama akan berlaku dan anak yang dikutip ini akan menimbulkan masalah pada masyarakat.

“Justeru, pihak terbabit perlu memikirkan pendekatan terbaik yang boleh diambil bagi membantu golongan seperti kami. Kami tak mahu terus ditindas selama-lamanya sebab kami juga berhak hidup bahagia walaupun ibu bapa membuang kami sejak kecil,” katanya.

Apa peranan kita sebagai warga masyarakat????Tengok saja?? Diam?? Buat tak tahu? JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG??? Apapun dan siapapun kita, setiap yang salah itu harus dicegah...setiap yang susah itu harus dibantu.....
FIKIR-FIKIRKANLAH.......