RSS

Tuesday, November 10, 2009

Kami yang ditinggalkan lagi...

Alhamdulillah..pagi ni nyaman sungguh. Suasana terasa sejuk sangat,macam dipasang aircond plak aku rasa (walaupun umah aku tak de langsung aircond!) Maklumlah cuaca sekarangni yang asyik hujan memanjang,membuatkan waktu pagi aku kat sini gelap aje padahal waktu dah pun meninggi!


Hari ni pecah rekod aku tak tido sejak pukul 12 lagi. Ni semua gara-gara baby aku, Damia yang memang suka berjaga malam. Biasanya aku akan bergilir dengan hubby jaga dia, tapi dek kerana pagi ni hubby aku kena outstation dan  bertolak ke Kemaman seawal jam 4 pagi, jadi kesian pulak kat dia.Sudahnya,aku sorangla yang jaga Damia.Takpelah Yang, I kasik you chance rehat. Bila you balik nanti, you plak take turn jaga ye!


Hari Khamis lepas, hubby aku ke Kuantan. Ada court case kat sana. Hajat di hati nak aje ikut dia, boleh gak jalan-jalan pusing Kuantan dan aku ingat nak la jejak kasih dengan senior aku masa kat UKM dulu. Sedang elok plak hari Ahad cuti, jadi panjanglah sikit weekend kat sini. Semua gara-gara pasukan bola sepak Kelantan dapat masuk final, so merasalah cuti sehari lagi. Tapi mujurlah aku sedar diri, aku ni kan masih lagi dalam tempoh berpantang...mana boleh main redah aje. Kang bentan ke, apa ke..sape nak jawab! Kalau tau dek mak mertua aku (aku berpantang dengan mak mertua since mak aku dah meninggal tahun 2003), alamat bising pulakle orang tua tu. Pantang belum habis lagi tapi ada hati nak berjalan!



Ni aku kena tinggal lagi..peluang ke dua dah ada, tapi tak jugak dapat ikut. Lepas ke Kemaman, hubby aku akan sambung court case di Kuala Terengganu pulak. Hari ni dah 38 hari aku berpantang. Tak bolehke buat-buat cukup 40 hari ek? Hehehehehe....kalau ikutkan kaki yang gatal nak berjalan ni, dah lama aku langgar pantang larang orang tua! Hai...sabar ajelah Ayu..hari merdeka tak lama lagi. Pas ni nak keluar jenguk dunia, keluarlah (tapi jangan sampai lupa diri lak!)Mujur jugak tempoh "edah" berpantang aku nak habis, bolehla aku pegi Majlis Ihtifal tadika anak aku yang ke dua hari Sabtu nanti di Gelanggang Seni, KB. Kiranya tu nanti 1st apperance aku la selepas 40 hari terperuk kat umah aje. Tak sabar nak tunggu saat dan ketika tu! Sure aku rasa macam kambing baru lepas kandang, ayam baru lepas reban..dan yang sewaktu dengannya lah.


Tapi aku rasa pagi ni macam nak keluar ke KB Mall la. Ni pasal malam tadi hubby aku tertinggal lak barang-barang yang dia beli kat tempat letak barang supermarket Pacific. Hai hubby tersayang, beli barang sikit pun boleh lupa bawak balik. Kalau sepuluh dua ringgit, tak pelah jugak. Ini dibelinya buaian automatik yang beratus-ratus ringgit, dah ditinggal pulak. Aku harap, pekerja kat situ tolong simpankan barangtu..insyaAllah, kalau ada reaeki aku, adala lagi barang tu. Agak-agak mak mertua aku bagi tak aku pegi?? Hehehehe..kita ikuti catatan aku nanti sama ada aku berjaya "mengeluarkan" diri hari ni ke tidak...

0 pengkritik jemputan: