RSS
Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts
Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

Entry yang dengan tak sengajanya aku peram!!!

Pon...pon....ni citer yang berlaku 25hb aritu...actually aku dah buat entrynya, cuma pic aje tak siap lg. Kisah kejadian sambutan hari jadi aku yang ke 32 tahun kat sekolah. Malam sebelumnya tu  En Hubby bawak balik kek dia beli kat restoran Resepi Rahsia...pecan butterscotch cake. Belasah ajelah! Ingat jugak dia nak beli kek kat aku dan dia  tapau keepsi. 

Maka dipendekkan cerita, aku dan kawan-kawan kat sekolah pun berpakatlah nak sambut birthday aku kat sekolah. Memasing bawak makanan sendiri...pot luck style la macam biasa kami buat. Memula tu ingatnya nak buat kecil-kecilan...ajak kawan-kawan rapat ajelah tapi sudahnya jadi besar-besaran plak! Ramai pulak yang tak confirm nak bawak makanan tetau hari ni dah penuh meja! Siap kena tambah side table gitu untuk letak makanan yang mabeles!

Puding aiskrim dan puding roti...Ni hasil air tangan kawan aku, Kak Zie..

Yang ni..biasala..puding caramel...PK Ko yang buat...TQ Kak Ni!

Sesekali cikgu cikgi menyinsing lengan....ada lg lauk, tapi tak muat meja daa....

Terharu sungguh aku bila tengok banyak makanan terhidang atas meja! Tengkiu kengkawanku tersayang! Lagipun dah lama jugak kami tak layan makanan yang pelbagai macma tu. Biasanya kalau aku sebut nak makan, kami akan pakat-pakatlah masak. Ni dah lama dapur memasing tak berasap untuk buat pot luck, so sebab tu gamaknya bila ada peluang macam ni, habis semua makanan yang ada. Sekarangni pun tengah mood exam, so at least cikgu-cikgu rasa relaxlah sikit sebelum berperang menanda kertas jawapan pelajar pulak nanti....

Kepada kawan-kawan seperjuanganku...terima kasih banyak-banyak atas bantuan kalian....Semoga ukhuwah antara kita berkekalan dan sentiasa dipermudahkan dalam apa jua yang kita lakukan....Amin....

Tq my dear frens!!!

Tu yang berbaju purple..aku le tu!Hihihihi...

Sunday, May 23, 2010

Setahun lagi...alhamdulillah

Alhamdulillah....buka aje mata hari ni, aku masih lagi bernyawa....Terima kasih Ya Allah atas pinjaman nikmat iman dan Islam...Atas kurniaanMu memanjangkan usiaku setahun lagi. Ya,hari ni,23 Mei , 32 tahun yang lalu lahirlah seorang bayi perempuan yang comel....ya, bayi itu aku....Kini aku dah pun bergelar Mama kepada 3 orang anak dara...Cepat betul kan masa berlalu! Tak sedar aku dah 2 tahun melangkau kelab 30an!!Hihihihih.......

Rupa sesudah 32 tahun.....fresh aku snap kat sekolah ni...


Aku nak wish kat diri aku sendiri...HAPPY 32ND BIRTHDAY AYU!! Tiada lain yang aku hajatkan melainkan sentiasa mendapat maghfirah daripada Allah...dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur agar aku dapat berbakti kepada yang memerlukan....Dirahmati dan diberkati Allah selalu....Dipanjangkan jodohku dengan suami tercinta....dianugerahkan anak-anak yang solehah......




zwani.com myspace graphic comments
 

Kepada kawan-kawan yang turut sama menyambut hari lahir pada hari ini, SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANDA!! Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah dan terus diberikan nikmat iman dan Islam....Terimalah ucapan Selamat Hari Jadi dalam pelbagai bahasa khas untuk kalian.....

@= Selamat Hari Jadi (Malay)

@= Happy Birthday (English)

@= Sun Yat Fai Lok (Cantonese)

@= Qu Ni Sheng Er Kuai Le (Mandarin)

@= Joyeux Anniversaire (French)

@= Alles Gute zum Geburtstag (German)

@= Hau`oli la hanau (Hawaiian)

@= Buon Compleanno (Italian)

@= Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu (Japanese)

@= Saeng il chuk ha ham ni da (Korean)

@= Fortuna dies natalis (Latin)

@= Feliz Aniversario (Portuguese)

@= Janam din diyan wadhayian (Punjabi)

@= S dniom razhdjenia (Russian)

@= Feliz Cumpleaos (Spanish)

@= Grattis p fdelsedagen (Swedish)

@= San leaz quiet lo (Taiwanese)

@= Suk San Wan Keut (Thai)

@= Droonkher Tashi Delek (Tibetan)

@= Dogum gunun kutlu olsun (Turkish)

@= Chuc Mung Sinh Nhat (Vietnamese)

@= Selamat Ulang Tahun ( Indonesia )