Wah,cepatnya masa berlalu!Diam tak diam,rupa-rupanya hari ni dah masuk 17hari aku menjalani tempoh berpantang. Kalau ikut kebiasaan,aku akan berpantang selama 100hari..tapi untuk kali ni,rasanya macam pendeeekkk aje tempoh berpantang memandangkan aku akan balik ke rumah ku sendiri tak lama lagi. Macam anak-anak yang dulu,aku berpantang di rumah mak mertua aku yang aku panggil Ma.Al maklumlah,aku dah kehilangan mak kandung sejak 6tahun yang lepas.Jadi,dengan mak mertualah aku menumpang kasih. Mujur Ma masih sihat lagi,masih berupaya nak jaga aku dalam keadaan macam ni.
Baby aku yang ke 3 ni, aku dan suami sepakat namakannya dengan nama Wan Damia Amanda. Damia bermaksud bijak, Amanda pulak penyayang. Harap-harapnya bila Damia besar nanti dia akan menjadi seorang anak yang bukan sahaja bijak, penyayag tapi jugak solehah..InsyaAllah..itulah doa dan harapan aku dan suami pada anak-anak kami yang lagi 2 orang tu, Wan Farah Ilya Qistina (Nana) dan Wan Adriana Batrisyia (Syasya).
Wan Farah Ilya Qistina
Wan Adriana Batrisyia
Wan Damia Amanda
Hari ni, Damia tak berapa nak tidur. Biasanya lepas aku mandikan dia,dia akan tidur dengan lenanya. Tah kenapa hari ni dia macam tak selesa pulak. Nak kata kembung perut, tak pulak. Mungkin perubahan hari kot,maklumlah makin besarlah katakan! Nak ajak aku bermain-main dengan dia plak kot. Kalau letak atas riba,bukan main lena tidurnya. Tapi bila aku letak aje atas tilam,mulalah dia gerak sana sini...demand betul anak aku sorang nih!
Kemuliaan Bercucuk Tanam
1 day ago
0 pengkritik jemputan:
Post a Comment