RSS
Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Insiden kapal terbang kawalan...

Seorang kawan aku kat sekolah selalu bercerita tentang hobI suaminya yang memang payah nak dihalang~bermain kapal terbang kawalan. Sudah beribu-ribu ringgit suaminya habiskan utnuk membeli kapal terbang kawalan idaman hati. Lepas satu model, ke satu model....Beli dan beli lagi....kata kawanku, dah lebih 10k habis hanya untuk memenuhi tuntutan hobi suaminya itu! Bila dilarang, makin menjadi!Sanggup turun ke KL hanya semata-mata nak beli dan usha-usha model-model terkini di pasaran! Bila ditanya tak bosan ke asyik main kapal terbang kawalan, cepat aje jawab tak..Anak-anak dah besar panjang, masa lapang banyak...jadi nak isi masa lapang tu dengan hobinya pula....

Lain manusia, lain hobinya....lain pesennya...tapi apapun jua hobi yang kita minat, pastikan kita betul-betul minat dan mampu...bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja!

Tetiba mata tertancap pada muka depan akhbar Harian Metro keluaran hari ini....Lagi kisah kematian menjemput kita.... tapi kali ni kematian akibat kapal terbang kawalan jatuh terjunam di kepala!Innalillah....begitu sekali cara kematian menjemput kita! Kalau difikirkan secara logik akal, apalah sangatnya kapal terbang kawalan tu kan...jatuh atas kepala pun boleh bawa maut! Itulah cara kematian arwah Mosthafa dari Kota Kemuning yang baru saja berjinak dengan hobi bermain kapal terbang kawalan.


Arwah Mosthafa yang terbunuh akibat dirempuh kapal terbang kawalan rakannya

Yang sebetulnya...ajalnya dengan Allah sudah tiba....apabila tiba ajal, takkan terlewat atau tercepat walau satu saat pun....mula terfikir, macamanalah agaknya keadaan kita nanti bila Malaikat Izrail datang menjemput?Subhanallah....Maha Suci Allah...hanya Dia yang Maha Mengetahui!

Terus teringat bait-bait nasyid yang menjadi nyanyian masa aku kecik-kecik dulu.....SELIMUT PUTIH

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan

Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela hidup

 

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan

Al-Fatihah buat arwah Mosthafa...semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Untuk berita lanjut tentang kejadian yang meragut nyawa arwah Mosthafa, KLIK SINI...

Thursday, February 18, 2010

Akhirnya gedebuk jatuh ke tanah!

Dah lama aku tak menjengah Utusan Online. Kalau biasanya pepagi mesti ngadap Utusan dulu nak tau berita terkini + semasa. Tak delah orang kata macam katak di bawah tempurung tak tau apa perkembangan terkini...Jengah punya jengah, aku paling suka kat bahagian jenayah. Nak tau apa kisah cerita terkini pasal jenayah yang memang tiap-tiap hari ada aje berita terbaru.

Kejadian di Selandar, Melaka, pencuri yang bisu akhirnya tertangkap. MasyaAllah, dahla Allah tarik salah satu nikmat hidup dengan menjadikannya bisu, bukannya nak buat baik tapi jadi jahat lagi ada! Yang lebih menyampahkan aku bila baca cerita tu, orang-orang kampung bersimpatilah dengan nasib si pencuri ni yang nampak sangatlah baiknya....merendah diri lagi gitu....berkelakuan baik tapi hakikatnya perangai macam tut....

Gambar ihsan Yahoo...tak de kena mengena dgn cerita ni

Mamat bisu umur 24 tahun ni rajin pegi masjid...tak penah tinggal solat lima waktu...mesti solat kat masjid. Rupa-rupanya ada agenda terselindung...kat masjidlah tempat dia menjalankan misi jahatnya. Mencuri wang kutipan tabung masjid! MasyaAllah....dalam rumah Allah pun sanggup mencuri! Dah tak de rasa takut pada Allah yang Maha Melihat gamaknya! Tapi tulah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya gedebuk jatuh jugak ke tanah! Semoga dia akan insaf lepas ni....

Nak baca cerita lanjut, terjah sini....