Pagi ni ada masa untuk blogwalking. Jengah punya jengah mata terpaku pada entry Pn Kartini - Awas, Apa Yang Haramnya. Rasa diri terpanggil untuk respon pada entry ni. Thank you Kak Tini for the info. Walaupun Ayu rasa ramai yang dah dapat pig fat emulsifier code, tapi adakah kita prihatin dan alert dengan kod-kod tu? So untuk mengelakkan daripada kita termakan makanan yang mengandungi sumber HARAM, Ayu mencadangkan agar kita print out pig fat emulsifier code tu dan simpanlah dalam hand bag/purse/wallet. Print kecik aje..agar senang dibawa dan dirujuk setiap kali kita nak beli makanan di supermarket.
Sejak Ayu dapat kod tu tahun lepas, memang hati tak senang. Rupa-rupanya selama ni ada jugak termakan makanan yang terang-terang tertera cop logo HALAL tapi bila dibelek-belek, sah-sah ada pig fat emulsifier code tu!MasyaAllah....begitu mudahnya umat Islam terpedaya, hanya melalui makanan dan logo HALAL yang tak tahu macamana boleh dapat HALAL tu!
Biarlah kita bersusah payah sikit, kena buka note tadi dan check dulu sebelum membeli...Ayu rasa tak susah sangat pun demi mengelakkan diri kita termakan benda-benda yang haram...Yang akhirnya menjadi darah daging kita juga nanti. Kebanyakan emulsifier ni terkandung dalam biskut dan juga coklat....
Antara makanan yang dah pun Ayu check yang mengandungi pig fat emulsifier code tu ialah :
1. Kebanyakan jenis coklat Cadbury, especially yang kita beli di Langkawi
2. Kebanyakan biskut keluaran Munchy's
3. London Swiss Roll - memang budak-budak suka sangat nih!
4. Apollo Swiss Roll dan kebanyakan kek keluaran Apollo
Ayu akan update lagi dengan jenis-jenis makanan yang mengandungi pig fat emulsifier code tu nanti ye.....
Semoga kita dilindungi dan dirahmati Allah daripada sebarang tipu muslihat halus manusia yang tak bertanggungjawab yang secara halus mahu menghapuskan Islam! Amin...