RSS

Thursday, December 31, 2009

Dan.... malam pun melabuhkan tirainya.....

Salam buat rakan-rakan blogger...





zwani.com myspace graphic comments


Hari ini hari terakhir 2009
Betapa cepatnya masa meninggalkan kita
Banyak kenangan terpahat dalam lipatan memori
Suka,duka,pahit,manis
Semua bersatu sebagai kenangan yang paling indah untuk dikenang


Andai diberi kesempatan lagi untuk terus bernafas di muka bumi ini
Pasti hanya yang indah-indah sahaja yang kita inginkan
Namun apa jua yang telah dan akan terjadi nanti
Terimalah dengan hati yang penuh redha
Kerana semuanya telah ditentukan qada' dan qadar


Hari ini penamat segala kisah ketidaksempurnaan
Hari esok masih ada untuk terus melangkah
Andai masih lagi diberi kesempatan
Mencatat  perjalanan yang masih panjang
Serta melakar sesuatu yang dipanggil kenangan!


Dan...malampun melabuhkan tirainya....

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2010....
SEMOGA KALIAN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA...

Monday, December 28, 2009

Sandarkan Pada Kenangan

Setiap kali aku mengupdate statusku kat Facebook maka akan berderet-deretlah respond daripada student-studentku- tak kiralah ex studentke, student yang aku tak pnh ajar, student yg aku akan ajar. Tak terlayan tangan dibuatnya! Lucu dengan pelbagai karenah diorang..tapi aku tak ambik pusing pun! Biasalah, masa ni lah diorang nak melepaskan perasaan yang caca marba tu -suka, gumbira, hepi, sedih...Aku macam biasa, awal-awal jadi pemerhati dulu...tengok mana status yang berkenan barulah aku mula menyampukkan diri!


Bila dah berderet-deret respond tu, paham-paham ajela.Ada tu yang memang out of agenda! Tak pasal-pasal pegi kait dengan hal yang lain plak-totally different daripada pokok status asal. Tapi bila dah sorang komen, ada plak sorang lagi komen, sorang lagi pun nak komen...sudahnya boleh jadi satu karangan plak bila dibaca semula komen-komen tu...


Aku kat sekolah, sebelum PPSMI anak murid panggil Cikgu Ayu...bila dah start PPSMI, aku dikenali dengan nama Teacher Ayu....bebudak KRS plak panggil aku Mami....kelas 4 UL 2003 (time tu aku jadi guru kelas) panggil aku Mama Ayu...Aduh, banyak sungguh gelaran aku kat sekolah tu! Yang masih melekatnya..semua gelaran tu! Aku pun kena memikir dulu nak bahasakan diri dengan apa-tengok student tu, ex student ke...bdk KRS ke...apapun panggilan kalian, cikgu tetap suka dan ingat sampai sekarang!


Ada satu kenangan yang mengusik hati aku malam ni...kisah berlaku tahun 2003..aku mengajar Biologi dalam satu kelas ni. (nama kelas dirahsiakan! hihihihi) Macam biasalah, sesapa yang pernah belajar Bio tahu, subjek ni banyak benda kena lukis. Dah tu plak,lukisan tu kenalah bersih, kemas dan licin bukan licin macam sabun daaa..dalam erti kata kalau melukis tu, garisan-garisan untuk gambar rajah kenalah bersambung dan tak putus-putus macam garisan putus-putus atas jalan raya daaa...  Bila pelajar-pelajar kelas tu dah siap melukis gambar sel haiwan kalau tak silap aku, aku pun checkla dan mulalah sesi tegur menegur kesalahan yang diorang buat. Dan bila tiba kat satu pelajar ni, dia macam tak puas hati dengan teguran aku dan kata "kalau nak serupa gak, saya pegi photostat ajelah gambar ni" Adddduussss........terasa benar darah menyerbu betul ke perkataan aku nih!  kat muka aku! Mak ai....camtu jawapannya...memang tak terduga dek akallah dia akan kata gitu! Jawapan pelajar tu membuatkan aku rasa nak marah dan memang aku hangin hari tu Bila dah tengok aku hangin, naik kecut bebudak tu....Aku agak merajukla hari tu..terus aku report kat guru kelas diorang..Rupa-rupanya bukan aku sorang aje yang hangin, tapi rata-rata cikgu yang ngajar kelas tu pun hangin jugak dengan perangai diorang!Hai...nasib badan!



Kejadian kedua- ada sorang pelajar ni boleh dikatakan bila masa Bio, memang tak bawak buku nota. Bila aku tanya, dia akan bagi macam-macam alasan. Tinggal kat dormlah cikgu! Kawan kelas sebelah pinjam tak pulangkan! pulangkan...pulangkan... dan 1001 alasan lain yang aku dah lali + boleh duga akan diberikan kat aku. Dan aku pun memulakan sesi rapping aku pada pelajar tu...dengan harapan dia akan sedar dan pada kelas berikutnya dia akan bawak buku nota...alhamdulillah, pelajar tu berubah dan mula mehyalin nota setiap kali sesi P&P Bio berlaku...bukan sekadar coretan dan lakaran tah hapa hapa tah macam yang dia selalu buat untuk meyakinkan aku yang dia tengah menyalin nota! macamla aku tak tau taktik lapuk tu! 
 

Kini, walaupun peristiwa kejadian tu dah 6 tahun berlalu, tapi bila aku dok sesorang...aku akan teringat balik. Tapi kali ni tiada lagi perasaan amarah menguasai diri, malah aku akan ketawa plak...tak boleh ketawa lebih-lebih kang kata gila lak Aku gembira sebab pelajar-pelajar kelas tu sekarang ni rata-rata dah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, walaupun dulu kelas tu memang tersangatla famous dengan kenakalan mereka! Ada yang kata menyesal la tak baik dengan aku dulu...tapi sekarang ni pun still boleh baik apa......Aku tetap macam yang diorang kenal dulu-always stay the same! Dulu umur 20an, memanglah cepat hangin. Sekarang ni dah masuk 30an (waaa....tahun depan 32 umur aku!) aku dah boleh kontrol perasaan marah tu sewarasnya...ada masa-masa tertentu aje aku akan naik angin- keje tak siap, tak bawak buku dan alasan-alasan lain yang tak boleh diterima langsung!



Dan kini aku dapat lagi berhubung dengan mereka melalui Facebook. Kami dapat tahu perkembangan terkini antara satu sama lain dengan cepat dan kami merancang untuk mengadakan sesi gathering pada tahun hadapan..InsyaAllah jika masih dipinjamkan nafas ini lagi, kita akan bertemu jua ye anak-anak didik ku!

Sunday, December 27, 2009

WOW!!!MAK CIK KAYOOOOO!!!!


Hahahahah...di tengah-tengah pagi 10 Muharam yang permai ini, sedang Cik Ayu mengconfirmkan pembelian baju anak2 dari blogshop (baru belajar membeli belah thru internet nih) Cik Ayu pun mengecheckla email nya dan alangkah terkejutnya hamba (tak taulah terkejut spesies apa kan) apabila jeng jeng jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tetiba aje mata terpaku kat email yang dari Hong Kong nih...jauh tu...tah sapelah mamat yang anta email kat Cik Ayu ni haa...sepupu sepapat Jackie Chan kot....

Assistance Needed‏


From: Mr Lee Li Song (lee@song.hk)

You may not know this sender.Mark as safe
Mark as junk

Sent: Saturday, 26 Dec, 2009 12: 25 PM

To:
I need your assistance so that we can both transfer abandoned sum of$19.5Million Dollars own by(late Mr Sadiq Uday) from my bank Hang SengBank here in Hong Kong. Please Reply quickly so that i can give you moreinformations about the source of the funds and share in the ratio of 60%for me and 40% for you. Please Reply with Full Names:Private Phone Number:Current Residential Address:Occupation: Contact me via mrleelisong@live.hk



Wow wwwiiiii....kayo dah makcik! Biarpun Cik Ayu tau ini bukanlah benda yang baru dlm dunia siber yang tak mengenal sempadan ni, tapi tak de idea lain ke gamaknya spesies PENIPU ni nak buat ye? Balik-balik taktik yang sama! Adoyaiii....makcik tak makan dek citer-citer merapu camni (makan ikan kerapu lagi best!) Cuba bayangkan, dia offer kita 40% daripada 19.5 mil dollars....adoi....sapelah yang bermurah ati sangat nak kasik duit sesenang gini kat orang kan? Manalah nak dapat cam tu..bak kata pepatah walaupun Cik Ayu cikgu Bio tapi BM dia ok gak la...

Yang bulat takkan datang bergolek
Yang pipih takkan datang melayang

Maka dengan hati penuh confident, kita tak payahlah teruja dengan cerita ceriti merapu macam ni kan....Harap-harapnya rakan-rakan bloggers di luar sana tidak termasuk dalam golongan yang menjadi mangsa penipu macam ni atau yang seangkatan dengannya...Nauzubillah....!

14 Perkara Yang Sunat

Salam rakan-rakan blogger Muslim sekelian...Sudah 10 hari kita melewati bulan Muharam....dan pada hari yang ke sepuluh ini juga dikenali dengan nama HARI 'ASYURA.

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)



Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)



Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.



Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)



14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

* 1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.



* 2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.



* 3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha



* 4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.



* 5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap2 rambut yg di sapu nya



* 6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.



* 7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan



* 8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu

lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"


* 9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.



* 10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti



* 11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50tahun

lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura
empat rakaat kerana Allah Taala

Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah 11x



* 12. Membaca

"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"

fadhilat - Tidak mati pada tahun ini



* 13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa



* 14. Puasa

Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala

fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Wallahua'lam.Semoga dapat dipanjangkan kepada sahabat-sahabat yang lain....



Friday, December 25, 2009

Cuti-cuti Malaysia : Episod 6 - Bersuka ria di PD

Salam  rakan-rakan bloggers sekelian....

Tangan ni dah lama gatal nak menari-nari menekan keyboard lappy terchenta untuk menaip entry ni tapi masa begitu mencemburui diriku maka lambatlah aku publish citer ni mujurlah tak basi macam makanan,kalau tak dah boleh bau sampai sana weyyy!!

Actually aku dah pun kembali ke KB setelah berjaya menghabiskan cuti ku selama 24 hari di KL. Sepanjang aku menghabiskan cuti tu,aku dah pun tulis beberapa entry episod Cuti-Cuti Malaysia yang terdahulu.Walaupun kisah kejadian peristiwa ni berlaku minggu lepas, aku tetap jugak nak publishkan...tak kira!tak kira! sukati ko lah Cik Ayu nak tulis apapun, ko punya blog, ikut suka ko lah nak wat apa!

Dari 18-20 hb lepas, aku bersama-sama family terchenta menghabiskan masa kat mana lagi kalau bukan kat Port Dickson (dah boleh anggap umah ke 2 kami dah!) Dan macam biasa kami melepak di Ilham Resort. Biasanya bila aku balik KL, resort ni lah yang menjadi pilihan kami sekeluarga menghabiskan masa dan merehatkan minda setelah penat bekerja orang lain yang bekerja, awak tu dah 2 bln lebih cuti Cik Ayu! 

Kami bertolak selepas solat Jumaat, 18hb tu...sampai pun dah lambat sebab hujan turun sepanjang perjalanan ke PD. Bila dah sampai, tak sah kalau tak singgah kat kedai yang jual baju dan peralatan berenang kat pantai Teluk Kemangtu. Macam biasa, T-shirt juga yang dibeli. Buat kenangan kata orang! 

Sebelah malamnya, aku dengan Damia aje melepak kat bilik...ayah,adik, kakak & anak-anak aku pegi kat open cafe kat bawah tu..minum teh tarik dan sambil tu sesapa yang nak test suara bolehlah berkaraoke....Aku dengar ajelah cerita diorang...nak join sama, terpikirkan si kecik Damia pulak. Takkan nak bawak sekali. Maunya terkejut nanti dengan sound system yang bising...lama betul tak berkaraoke. Kalau tak, setiap kali balik KL, mesti aku layan karaoke kat Red Box Sogo...tapi sekarangni tak boleh nak buat dah sebab
Damia dah ada...


Percutian kami kali ni seronok sikit sebab mak cik aku sefamily pun join jugak setelah hasrat diorang nak ke Perlis dibatalkan. The more the merrier! Tak pelah, tak dapat pegi jauh, pegi yang dekat pun ok jugak kan! Diorang sampai petang Sabtu..So sepanjang kami kat situ, tak banyak aktiviti yang kami buat pun...kena plak asyik hujan aje walaupun hujan tak lebat mana membantutkan hasrat nak keluar dari bilik malas kuar lain kali dok umah ajela Cik Ayu!

 Anak-anak macam biasalah nak berenang aje kejenya walaupun bukannya reti berenang pun! Kalau tak dilayan,mulalah yang sulung tarik muncung panjang 14 inci....Bab-bab melayan bebudak nak mandi manda ni dahpun aku pass ke adik aku..nasib ko lah Ijah, layankan ajelah anak sedara yang 2 orang tu....

Sabtu malam....aku teringin nak turun kat open cafe tu...dalam erti kata lain kalau tak berapa nak malu aku nak jugak test suara aka karaoke...hehehe...segan jugak sebab nak nyanyi kat open stage.. kalau suara sedap ala2 Dato CT takpelah kan

Bergambar depan bilik sebelum pegi karaoke
...so aku pun dengar dulu orang lain nyanyi..alah,lebih kurang suara aku aje...apa lagi,proses mencari lagu yang diminati pun bermula...

Tengah memilih lagu dengan kazen

Nana & Mama Ila

Syasya & Ashu

Nana
 
 Hello Papa!
Bila dah jumpa lagu yang berkenan di hati, aku pun hantarlah borang pilihan lagu kat DJ yang bertugas. Tunggu giliranlah plak...hati dok dub dab dub dab...malu weyyy....saat nama dipanggil, aku pun dengan penuh confidentnya naikla ke stage ditemani kazen aku, Teh..dua buah lagu kitorang nyanyi- Semakin Hari Semakin Sayang (Uji Rashid) & lagu Dua Insan Bercinta (Izad & apa tah nama penyanyi pompuan tuh!) Pitching lari ke...sumbang ke...tercampak ke laut ke dah memang kat belakang tu laut aku tak peduli,kira oklah jugak paduan suara aku dengan Teh! hihihihi...tercapai jugak hasrat nak melalak....


Ni aku berpadu suara dengan cousin,Teh...
Lepas berkaraoke, mata pun dah kuyu...naik balik ke bilik tapi sempat singgah kat entrance..apa lagi,sesi mengambik gambarle!Layankan ajelah gambar-gambar aku ye!


Selamat Datang ke Ilham Resort!!

Cik photographer, Shima..tq for the pics!
( atas tangga pun layan )

Posing jangan tak posing!
Hari Ahad...masa untuk balik semula ke KL....sekejaplah pulak..tak terasa percutian 3 hari 2 malam ni...nak extend lagi, dah fully booked....takpelah, ada rezeki datang lagi nanti! InsyaAllah, jumpa lagi tahun depan!

Tiga puteri Mama dan Papa

Si kecik dan si besar

Mama dan Damia

  Mak cik Yang, Teh, Aku dan Damia, Ain, Syasya, Nana

 Bergambar kenangan di signboard Ilham Resort

Tahniah untuk semua!


Alhamdulillah...itulah kalimah pertama yang aku lafazkan sebaik mengetahui keputusan PMR sekolah aku yang diumumkan semalam. Walaupun keputusan kali ni tak mencapai target (target sekolah kami 120 orang 9A, yang dapat hanya 75 orang) tapi aku tetap yakin pelajar-pelajar tingkatan 3 yang mengambil PMR tahun ni dah sedaya upaya dan bertungkus lumus berusaha. Namun, semuanya di tangan Allah...apapun, semoga SMKA Naim Lilbanat akan terus melakarkan kecemerlangan pada tahun-tahun akan datang! Tahniah untuk semua!


Buat pelajar-pelajar tingkatan 3 Ummu Aiman...congrats dear....
InsyaAllah kita jumpa plak kelas Biologi tahun depan!

 


75 orang pelajar SMKA Naim Lilbanat yang mendapat 9A..congrats gurls!
 
Antara pelajar-pelajar 3 Ummu Aiman yang cemerlang
 

Wajah-wajah gembira



Tuesday, December 22, 2009

Lamanya.....

Hehehehe...tgk tajuk entry apa kebendalah kan...lama btl Cik Ayu tak menjengah blog....tgk2 update dr blog kengkawan byk dah rupanya yg blm dibaca...Cik Ayu sendiri pun dok bz bercuti2 sakan kat KL dan kawasan yg sewaktu dengannya....byk rasanya entry yg tertangguh utk dipublish...tunggu ajelah ye...Btw,Cik Ayu dah selamat pun sampai di KB malam tadi kul 11.30pm. Skrg tgh bertungkus lumus mengemas umah yg dah 24 hari ditinggalkan! (paham2 ajelah bila umah tinggal lelama...adoyaiiii....To be continued....

Wednesday, December 16, 2009

BERDOALAH ATAS NAMA TUHANMU!


Salam rakan-rakan sekalian......Ini adalah doa akhir dan awal tahun yang boleh kita baca sebelum mengakhiri tahun hijriyah 1430H dan menyambut ketibaan tahun baru 1431H...

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

DOA AKHIR TAHUN ( DIBACA SELEPAS SOLAT ASAR)


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


DOA AWAL TAHUN (DIBACA SELEPAS SOLAT MAGHRIB)




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

WALLAHUA'LAM

Yang Ditunggu Akan Tiba... Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum!






Tak lama lagi akan tiba Awal Muharam ataupun Tahun Baru Hijrah 1431...biasanya kita dok sibuk tunggu nak sambut tahun baru Masihi dengan macam-macam aktiviti tapi macamana pulak dengan ketibaan Awal Muharam ni? Apa yang boleh kita hayati dengan ketibaan tahun baru dalam kalendar Islam?


"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah(untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya akan dapat di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan) maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan(ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" (Surah An Nisa' :100)


Kita sudah maklum dengan proses penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah. Marilah kita hayati semangat hijrah Nabi Muhammad s.a.w... Berikut adalah artikel berkenaan semangat hijrah Nabi yang dipetik daripada website iluvislam untuk tatapan dan panduan kita bersama...

Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.


Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.
Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah nasib setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.

Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.

Salam Maal Hijrah 1431H!

Tuesday, December 15, 2009

Melihat Positif Dalam Negatif...BERSYUKURLAH!









1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur berkaraoke bernyanyi  di waktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur di sisi kita, bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan sudu periuk belanga kuali, BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar itupun kalau kita bayar le...., BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan bukannya jadi penganggur terhormat.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat baju mengecut ke badan mengembang, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita cukup makan dan minum..takkan tak minum plak kan.

5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal ataupun rumah tak kirala rumah apa sekalipun.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar jiran-jiran mengumpat hal kita...tak pun hal orang lain.

7. Untuk timbunan pakaian ala-ala Gunung Everest tu yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja sapulah Yoko Yoko, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif eskalator, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10. Untuk jam loceng yang berdering berkokok pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut... ALHAMDULILLAH!

Sunday, December 13, 2009

Cuti-cuti Malaysia : Episod 5 - Dulu, Kini dan Selamanya

Ramai  orang akan datang dan pergi dari kehidupanmu, tetapi hanya sahabat-sahabat sejati yang akan meninggalkan bekas di dalam hatimu.

Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda.
 
Sahabat, rakan, kawan, teman....ada yang datang, ada yang pergi...ada yang hilang tapi kita dapat jumpa kembali. Begitu lumrah alam, setiap yang datang, pasti akan pergi. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti walaupun pengganti itu tak akan pernah sama dengan yang lama....
 
Petang Sabtu lalu aku bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah lamaku..Memang agak lamalah kami tak bersua muka....kalau tak silap aku ada antara kami tak jumpa lebih 10 tahun! Cadangan untuk buat gathering dah lama, tapi hanya terlaksana semalam. Itupun tak semua yang dapat hadir, maklumlah masing-masing dah berkeluarga dan ada alasan tersendiri. Takpelah, next time kita buat gathering lagi harapnya lebih ramai yang boleh join.
 
Pada mulanya rancangan gathering ni nak buat di sekitar kawasan Bangsar...lepas tu tukar plan plak nak buat kat KLCC...sudahnya balik semula ke cadangan asalnya iaitu di rumah Yatie di Green Hill, KGSAAS, Shah Alam. Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak kita jumpa balik kan!Thank you so much Yatie sudi jadikan rumah you tempat kita lepak dan berjumpa...Memang gamatlah suasana semalam! Yang datangnya tak ramai, tapi riuh rendahnya mengalahkan 50 orang! Hahahaha...masing-masing bila dah jumpa tak hengat dunia!


Ni lah tuan rumah yang baik hati...Yatie..Kalau nak tahu, dia ni salah seorang anggota kumpulan Feminin yang fofular tahun 90an dulu

Oleh kerana tuan rumah dah sudi memberikan kerjasama yang baik dalam menyediakan tempat, takkanlah makanan pun tuan rumah kena sediakan ye tak? So kami pun pakat-pakatlah bawak sorang sikit makanan. Kira pot lucklah kan. Layankan aje gambar-gambar makanan kami petang tu...




Hasil air tangan tuan rumah.....

Yang ni Suzy buat

Ni aku bawak....

Lupa nak tanya sapa bawak ni

Minuman plak camne? Haaaa...disediakan oleh tuan rumah....sejuk ada, yang panas pun ada!



Lepas makan, sesi bergambar kenanganlah kan. Yelah, dulu masa zaman muda-muda muka sorang-sorang lain. Sekarangni zaman dah berubah, muka pun dah lain-lain pesen....dah tu siap masing-masing dah ada "hand bag" kiri kanan...hehehe...


Best friend forever!

Mengimbau kenangan lama....tu pasal masing-masing tersengih aje tingat citer dulu-dulu

Our junior aka hand bag..hehehehe

  Ni lah yang hadir memeriahkan gathering kita...semoga ukhuwah yang telah lama terjalin ni akan kekal selama-lamanya...InsyaAllah

 Memang tak puas rasanya kita berborak....banyak lagi kenangan lama yang belum diselongkar....maunya tak cukup 7 hari 7 malam kalau berjumpa ramai-ramai.......Harapnya lepas ni kita akan buat well planned gathering yang boleh libatkan lebih ramai kawan-kawan yang lain....
 
Terima kasih sekali lagi buat tuan rumah, Yatie atas kesudian menerima kunjungan kami....semoga persahabatan yang terjalin antara kita berkekalan selamanya....

Friday, December 11, 2009

C.I.N.T.A OH C.I.N.T.A !!



C.I.N.T.A
APA ITU CINTA??




Cinta membawa rasa bahagia....cinta juga membawa rasa derita...cinta datang, cinta pergi...Kerana cinta, diri binasa...kerana cinta, keluarga dilupa...kerana cinta, yang hitam itu putih, yang buruk itu indah, yang busuk itu wangi....semuanya kerana satu perkataan : CINTA!

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Hebat sangatkah penangan cinta? Apa yang diharapkan pada cinta? Bahagiakah bila kita dicintai? Bagaimana pula jika kita yang mencintai? Cinta...cinta...cinta....Persepsi tentang cinta berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Ada yang kata cinta itu membahagiakan, ada pula yang kata cinta itu amat memeritkan!

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.Inilah dasyatnya cinta!

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.



 P/S : Cinta pada bunga, ia akan layu
Cinta pada manusia, ia akan pergi
Cintalah pada Allah kerana ia cinta sejati dan abadi!


Wednesday, December 9, 2009

Salah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.


“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

Nota kecik : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….



KahKahKah - Gelak dan Ketawa tak dapat dipisahkan, jika dipisahkan murunglah ia...

Monday, December 7, 2009

Andai Itu Takdirnya.....


INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUNN.......

DARIPADA DIA KITA DATANG, KEPADA DIA KITA KEMBALI...ANDAI SUDAH TERSURAT BEGITU CARANYA KITA KEMBALI KEPADA-NYA, MAKA KEMBALILAH KITA TANPA LEWAT WALAU SESAAT PUN...

Sedih...pilu....terkasima...begitu perasaan aku apabila mendapat tahu kejadian kemalangan di KB Mall yang berlaku petang semalam yang mengakibatkan dua orang pelajar Kolej Kejururawatan Masterskill Kota Bharu meninggal dunia, seorang lagi rakan mereka dan pemandu kereta terbabit cedera parah. Aku mula-mula mendapat tahu berita tersebut daripada pelajar-pelajar aku ketika  mereka sedang berbincang di Facebook. Salah seorang pelajar aku yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut memberitahu kereta tersebut mengalami kerosakan dan telah terjunam dari tingkat 3 lot parking sehingga ke tingkat bawah dan menghempap pelajar-pelajar kolej itu yang sedang turun menggunakan eskalator...MasyaAllah....begitu cepat kejadian berlaku sehingga meragut nyawa kedua-dua pelajar yang masih muda. Andai itu takdirnya cara kematian mereka, siapalah kita untuk menidakkan apa yang telah dijanjikan Allah tentang ajal kita...Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin....Al Fatihah!


Tembok di tingkat 3 lot parking yang dirempuh oleh
pemandu perempuan tersebut sehingga terjunam ke tingkat bawah



 




Beginilah keadaan kereta yang terperosok di tengah-tengah eskalator
selepas gagal dikawal lalu menghempap dua orang pelajar
kolej sehingga menyebabkan maut

Pelajar kolej yang parah dalam kejadian tersebut

Berita selanjutnya tentang kemalangan tersebut:



Sunday, December 6, 2009

Wedding of The Year


Semalam majlis perkahwinan ex student aku di Tanah Merah. Malangnya aku tak dapat turut sama memeriahkan majlis tu walaupun aku nak sangat berjumpa ex student ku yang lain. Tak apalah, dah bukan rezeki cikgu nak jumpa kalian...InsyaAllah, ada masa yang lain kita jumpa nanti di KB ye...






Selamat Pengantin Baru

buat Nur Maisarah dan suami

sama cantik, sama padan
bagai pinang dibelah dua


Semoga jodoh berpanjangan dan bahagia
 hingga ke hujung nyawa 



Ikhlas daripada cikgu,