RSS
Showing posts with label CUTI CUTI. Show all posts
Showing posts with label CUTI CUTI. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

Cerita 3H 2M Versi Kopak Kobana - Day1

Ni cerita kejadian yang berlaku 2 minggu lepas. Dek kerana aku peramkan, sibuk dgn keje itu ini baru hari ni aku dapat ngadap dpn lappy terchenta dan sekaligus publish citer ni. Segala citer dan jugak gambar-gambar yang aku tunjukkan kat entry ni bukan untuk menunjuk-nunjuk ye kengkawan....tapi sekadar berkongsi pengalaman aje....

Sempena cuti Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan baru-baru ni iaitu 30 - 31 Mac lalu, aku dan family berkesempatan ke Kuantan sekali lagi selepas hajat nak ke Bukit Gambang masa cuti sekolah hari tu tak kesampaian. Oleh kerana 30 & 31 tu jatuh pada hari Selasa & Rabu, maka sekolah aku dan sekolah anak aku yang sulung ambik cuti peristiwa pada hari Khamis tu..jadinya kami dapatlah bercuti-cuti sakan selama 5 hari, start dari Selasa sampailah Sabtu...So aku dan family pun bertolaklah ke Kuantan pada hari Rabu....

Kami bertolak dari umah pun agak lewat...tapi sebab tau hanya Kelantan aje cuti,so tak de masalahlah rasanya kat jalan raya nanti. Memang pun...jalan raya lengang sungguh! Aku rasa ramai rakyat Kelantan keluar bercuti-cuti masa ni sebab taklah bersesak-sesak dengan orang-orang negeri lain kalau nak pi bercuti kan. Alhamdulillah,perjalanan kami lancar aje....

Nampak ada makcik jual pisang kat tepi jalan....singgah beli kejap..pisang kat atas tu selamat kami beli dgn rege RM7.50 tunai....hutang...

 Dah makan tak kan tak minum plak kan? Teringin le plak nak minum air nyior kata org Kelantan...ternmpk ada gerai jual..ce tgk buah kelapa tu...haddooii..rasa nak rembat sebijik tapi malas nak turun..sudahnya tapau aje air kelapa tu!

 Haaa...ni le yang dinamakan keropok lekor @ versi keropok gotel...hehehe...kenapa panggil gotel??Sebab kena gotel-gotel dulu baru goreng...panassss lagi masa aku beli ni!

Dah siap beli + makan pisang, keropok lekor sambil minum air kelapa muda, perjalanan pun diteruskan ke Kuantan...sebelum tu singgah kat Mesra Mall, Kemaman untuk makan tengah hari dan solat. Tak sah kalau tak singgah Mesra Mall ni...anak-anak le yang paling gembira! Kenapa suka sgt bebudak ni..haa...nanti u ols taule!

Kat Mesra Mall...datang kat sini rasa macam shopping complex kat KL...kurang sikit rindu aku nak balik KL!

Bila sampai Kuantan, hari pun dah gelap. Maklum ajelah berjalan dengan 3 anak dara yang semakin membesar ni selalunya jadi lambat! Sesi menerjah hotel pun terjadilah...dah aku tak buat advanced booking, kononnya sebab hotel tak penuh masa tu. Alhamdulillah, kami dapat jugak check in kat Vistana Hotel....
Kami sekeluarga berposing bagai!!

Dah jadi tabiat aku gamaknya, bila sampai kat hotel mesti nak snap gambar! So ni antara susun atur kat dalam bilik aku tu...Layaannnn....


Selepas bersolat dan mengurus diri, aku pun ajaklah En Hubby ke Tanjung Lumpur. Masa cuti sekolah hari tu tak sempat nak ke sana, so ni kira sesi balas dendamla....kata kengkawan yang biasa pegi situ, memang sedap masakan makanan lautnya...

Anak-anak macam biasala....posing dulu even mata pun dah tak larat nak angkat!

Rambang mata nak pilih seafood weyyyy...dahla segar-segar, banyak pilihan plak tu! So inilah yg menjadi pilihan kami sekeluarga..yang makannya aku dan En Hubby aje! hehehehe...


Seafood yang aku pilih - ketam, lala, ikan siakap dan sotong....penuh meja jugakla...padahal yang makan aku dgn hubby aje! Huhuhuhu...nafsu betul!

Lepas kenyang, tak de aktiviti lain pun untuk malam tu...balik dan lepak bilik ajela....Aktiviti seterusnya sambung keesokan harinya.....Tunggu part 2 pulak ye!

Friday, December 25, 2009

Cuti-cuti Malaysia : Episod 6 - Bersuka ria di PD

Salam  rakan-rakan bloggers sekelian....

Tangan ni dah lama gatal nak menari-nari menekan keyboard lappy terchenta untuk menaip entry ni tapi masa begitu mencemburui diriku maka lambatlah aku publish citer ni mujurlah tak basi macam makanan,kalau tak dah boleh bau sampai sana weyyy!!

Actually aku dah pun kembali ke KB setelah berjaya menghabiskan cuti ku selama 24 hari di KL. Sepanjang aku menghabiskan cuti tu,aku dah pun tulis beberapa entry episod Cuti-Cuti Malaysia yang terdahulu.Walaupun kisah kejadian peristiwa ni berlaku minggu lepas, aku tetap jugak nak publishkan...tak kira!tak kira! sukati ko lah Cik Ayu nak tulis apapun, ko punya blog, ikut suka ko lah nak wat apa!

Dari 18-20 hb lepas, aku bersama-sama family terchenta menghabiskan masa kat mana lagi kalau bukan kat Port Dickson (dah boleh anggap umah ke 2 kami dah!) Dan macam biasa kami melepak di Ilham Resort. Biasanya bila aku balik KL, resort ni lah yang menjadi pilihan kami sekeluarga menghabiskan masa dan merehatkan minda setelah penat bekerja orang lain yang bekerja, awak tu dah 2 bln lebih cuti Cik Ayu! 

Kami bertolak selepas solat Jumaat, 18hb tu...sampai pun dah lambat sebab hujan turun sepanjang perjalanan ke PD. Bila dah sampai, tak sah kalau tak singgah kat kedai yang jual baju dan peralatan berenang kat pantai Teluk Kemangtu. Macam biasa, T-shirt juga yang dibeli. Buat kenangan kata orang! 

Sebelah malamnya, aku dengan Damia aje melepak kat bilik...ayah,adik, kakak & anak-anak aku pegi kat open cafe kat bawah tu..minum teh tarik dan sambil tu sesapa yang nak test suara bolehlah berkaraoke....Aku dengar ajelah cerita diorang...nak join sama, terpikirkan si kecik Damia pulak. Takkan nak bawak sekali. Maunya terkejut nanti dengan sound system yang bising...lama betul tak berkaraoke. Kalau tak, setiap kali balik KL, mesti aku layan karaoke kat Red Box Sogo...tapi sekarangni tak boleh nak buat dah sebab
Damia dah ada...


Percutian kami kali ni seronok sikit sebab mak cik aku sefamily pun join jugak setelah hasrat diorang nak ke Perlis dibatalkan. The more the merrier! Tak pelah, tak dapat pegi jauh, pegi yang dekat pun ok jugak kan! Diorang sampai petang Sabtu..So sepanjang kami kat situ, tak banyak aktiviti yang kami buat pun...kena plak asyik hujan aje walaupun hujan tak lebat mana membantutkan hasrat nak keluar dari bilik malas kuar lain kali dok umah ajela Cik Ayu!

 Anak-anak macam biasalah nak berenang aje kejenya walaupun bukannya reti berenang pun! Kalau tak dilayan,mulalah yang sulung tarik muncung panjang 14 inci....Bab-bab melayan bebudak nak mandi manda ni dahpun aku pass ke adik aku..nasib ko lah Ijah, layankan ajelah anak sedara yang 2 orang tu....

Sabtu malam....aku teringin nak turun kat open cafe tu...dalam erti kata lain kalau tak berapa nak malu aku nak jugak test suara aka karaoke...hehehe...segan jugak sebab nak nyanyi kat open stage.. kalau suara sedap ala2 Dato CT takpelah kan

Bergambar depan bilik sebelum pegi karaoke
...so aku pun dengar dulu orang lain nyanyi..alah,lebih kurang suara aku aje...apa lagi,proses mencari lagu yang diminati pun bermula...

Tengah memilih lagu dengan kazen

Nana & Mama Ila

Syasya & Ashu

Nana
 
 Hello Papa!
Bila dah jumpa lagu yang berkenan di hati, aku pun hantarlah borang pilihan lagu kat DJ yang bertugas. Tunggu giliranlah plak...hati dok dub dab dub dab...malu weyyy....saat nama dipanggil, aku pun dengan penuh confidentnya naikla ke stage ditemani kazen aku, Teh..dua buah lagu kitorang nyanyi- Semakin Hari Semakin Sayang (Uji Rashid) & lagu Dua Insan Bercinta (Izad & apa tah nama penyanyi pompuan tuh!) Pitching lari ke...sumbang ke...tercampak ke laut ke dah memang kat belakang tu laut aku tak peduli,kira oklah jugak paduan suara aku dengan Teh! hihihihi...tercapai jugak hasrat nak melalak....


Ni aku berpadu suara dengan cousin,Teh...
Lepas berkaraoke, mata pun dah kuyu...naik balik ke bilik tapi sempat singgah kat entrance..apa lagi,sesi mengambik gambarle!Layankan ajelah gambar-gambar aku ye!


Selamat Datang ke Ilham Resort!!

Cik photographer, Shima..tq for the pics!
( atas tangga pun layan )

Posing jangan tak posing!
Hari Ahad...masa untuk balik semula ke KL....sekejaplah pulak..tak terasa percutian 3 hari 2 malam ni...nak extend lagi, dah fully booked....takpelah, ada rezeki datang lagi nanti! InsyaAllah, jumpa lagi tahun depan!

Tiga puteri Mama dan Papa

Si kecik dan si besar

Mama dan Damia

  Mak cik Yang, Teh, Aku dan Damia, Ain, Syasya, Nana

 Bergambar kenangan di signboard Ilham Resort

Sunday, December 13, 2009

Cuti-cuti Malaysia : Episod 5 - Dulu, Kini dan Selamanya

Ramai  orang akan datang dan pergi dari kehidupanmu, tetapi hanya sahabat-sahabat sejati yang akan meninggalkan bekas di dalam hatimu.

Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda.
 
Sahabat, rakan, kawan, teman....ada yang datang, ada yang pergi...ada yang hilang tapi kita dapat jumpa kembali. Begitu lumrah alam, setiap yang datang, pasti akan pergi. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti walaupun pengganti itu tak akan pernah sama dengan yang lama....
 
Petang Sabtu lalu aku bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah lamaku..Memang agak lamalah kami tak bersua muka....kalau tak silap aku ada antara kami tak jumpa lebih 10 tahun! Cadangan untuk buat gathering dah lama, tapi hanya terlaksana semalam. Itupun tak semua yang dapat hadir, maklumlah masing-masing dah berkeluarga dan ada alasan tersendiri. Takpelah, next time kita buat gathering lagi harapnya lebih ramai yang boleh join.
 
Pada mulanya rancangan gathering ni nak buat di sekitar kawasan Bangsar...lepas tu tukar plan plak nak buat kat KLCC...sudahnya balik semula ke cadangan asalnya iaitu di rumah Yatie di Green Hill, KGSAAS, Shah Alam. Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak kita jumpa balik kan!Thank you so much Yatie sudi jadikan rumah you tempat kita lepak dan berjumpa...Memang gamatlah suasana semalam! Yang datangnya tak ramai, tapi riuh rendahnya mengalahkan 50 orang! Hahahaha...masing-masing bila dah jumpa tak hengat dunia!


Ni lah tuan rumah yang baik hati...Yatie..Kalau nak tahu, dia ni salah seorang anggota kumpulan Feminin yang fofular tahun 90an dulu

Oleh kerana tuan rumah dah sudi memberikan kerjasama yang baik dalam menyediakan tempat, takkanlah makanan pun tuan rumah kena sediakan ye tak? So kami pun pakat-pakatlah bawak sorang sikit makanan. Kira pot lucklah kan. Layankan aje gambar-gambar makanan kami petang tu...




Hasil air tangan tuan rumah.....

Yang ni Suzy buat

Ni aku bawak....

Lupa nak tanya sapa bawak ni

Minuman plak camne? Haaaa...disediakan oleh tuan rumah....sejuk ada, yang panas pun ada!



Lepas makan, sesi bergambar kenanganlah kan. Yelah, dulu masa zaman muda-muda muka sorang-sorang lain. Sekarangni zaman dah berubah, muka pun dah lain-lain pesen....dah tu siap masing-masing dah ada "hand bag" kiri kanan...hehehe...


Best friend forever!

Mengimbau kenangan lama....tu pasal masing-masing tersengih aje tingat citer dulu-dulu

Our junior aka hand bag..hehehehe

  Ni lah yang hadir memeriahkan gathering kita...semoga ukhuwah yang telah lama terjalin ni akan kekal selama-lamanya...InsyaAllah

 Memang tak puas rasanya kita berborak....banyak lagi kenangan lama yang belum diselongkar....maunya tak cukup 7 hari 7 malam kalau berjumpa ramai-ramai.......Harapnya lepas ni kita akan buat well planned gathering yang boleh libatkan lebih ramai kawan-kawan yang lain....
 
Terima kasih sekali lagi buat tuan rumah, Yatie atas kesudian menerima kunjungan kami....semoga persahabatan yang terjalin antara kita berkekalan selamanya....

Sunday, December 6, 2009

Cuti-cuti Malaysia : Episod 4 - 3 Dalam 1


Best banget!!!! Puas hati!!!


Itu perkataan yang dapat aku zahirkan semalam. Banyak perkara yang berlaku dalam sehari. Perkara pertama : Aku sungguh bertuah dan gembira dapat berjumpa novelis pujaan hati di pesta buku Alaf 21 di pejabat Alaf 21, Seksyen 16, Shah Alam. Terima kasih buat novelis Kak Meen Zulaikha yang telah mewar-warkan berita tentang pesta buku ini di blognya..Tq again Kak Meen!

Setiap tahun, pesta buku nilah yang aku dok tunggu-tunggu. Sebagai peminat novel, aku memang sentiasa beli novel-novel keluaran Alaf 21. Minat membaca memang menjadi hobi aku sejak kecik lagi tapi minat mengumpul novel-novel Alaf 21 bermula semasa aku mengandungkan Nana lagi. Sampai sekarangni, lebih daripada 100 buah novel ada dalam koleksi aku.




Pejabat Alaf 21 kat Seksyen 16, Shah Alam


Sampainya aku kat pejabat Alaf 21 tu, pengunjung tak berapa ramai. Mudahlah aku nak buat pilihan buku mana yang aku belum beli. MasyaAllah....rambangnya mata aku! Rasa macam semua buku nak dibeli dan jadi koleksi terbaru aku. Kalau ikutkan hati, maunya aku borong semua. Diam tak diam, mata dok melilau tengok buku, tangan pulak dok pilih dan campak buku dalam bakul (jangan tak tau, siap ada bakul disediakan untuk pengunjung!) Aku tengok pengunjung yang datang masing-masing beli penuh 2-3 bakul seorang! Baguslah jika membaca menjadi minat di kalangan masyarakat Malaysia,bak kata pepatah, membaca itu jambatan ilmu. Banyak membaca bermakna banyaklah pengetahuan. Tapi bahan bacaan tu mestilah yang berfaedah!



Aku tak ambil masa lama, takut bila dah rambang mata tak tau nak pilih pulak. So aku pun cepat-cepat ambil buku yang belum lagi ada dalam koleksi aku dan terus bayar. Tahun ni aku kurang beli buku jadi bila ada pesta buku macamni memang aku tunggu-tunggu. Diskaun yang ditawarkan 30%....mana nak dapat! Biasa kedai buku bagi diskaun 10%-20-% aje....Sekali bila dah bayar, rupa-rupanya aku beli 21 buah novel! Buku anak-anak pun aku tak lupa beli....

Bergambar kenangan bersama timbunan novel yang dijual

Masa untuk merambangkan mata....

Anak-anak dara ni pun dok pening memilih buku

Nana berlatar belakangkan timbunan novel

Kebetulan masa aku sampai sana, ada 4 orang novelis-Bikash Nur Idris, Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea dan Wana Amani. Waaaahhhh...hajat aku nak berjumpa mereka tertunai jugak akhirnya. Aku sempat mengabadikan kenangan bersama penulis-penulis pujaan aku tu kecuali Ramlee Awang Murshid yang dah beredar dari meja tu...Huhuhuhu..menyesal tak ambil gambar awal-awal!Tengoklah gambar-gambar aku bersama mereka....Dan tentunya novel terbaru mereka dah pun menjadi koleksi aku sekarang!


Bersama Aisya Sofea

Bersama Wana Amani

Bersama Bikash Nur Idris

Teruskan berkarya buat ketiga-tiga novelis di atas. Semoga lebih banyak karya baru akan terhasil selepas ini...

Selesai urusan di Alaf 21, aku pun singgah kat Plaza Alam Sentral. Elok aje sampai, ada pengumuman pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Apa lagi, aku pun pujuk Nana untuk mencuba nasib dalam pertandingan tu. Syasya? Dah dipujuk masuk sekali dengan kakak dia tapi dia malu.



Peralatan mewarna disediakan oleh pihak penganjur...Lega rasanya sebab kami tak bawak apa-apa pun....Walaupun kualiti pensel warna yang disediakan kurang memuaskan, tapi aku yakin kalau ada rezeki, Nana akan menang.


Nana tekun mewarna

Lukisan yang harus diwarnakan oleh semua peserta

 
Nana dan hasil kerjanya 

Sementara menunggu pengumuman keputusan, macam biasalah bila keluar...acara makan-makan perlu dilaksanakan memandangkan perut masing-masing dah mengalunkan bermacam-macam genre muzik....Kita layankan aje gambar makanan yang kami makan di Garden's Cafe...


Aksi iklan ubat gigi Syasya

Makanan yang berjaya memberhentikan alunan muzik perut kami....

Alhamdulillah...rezeki memihak kepada Nana dan Nana berjaya dapat nombor 2! Ini merupakan kali pertama Nana masuk pertandingan mewarna. Lepas ni, kalau ada lagi pertandingan macam ni, aku nak galakkanlah Nana dan Syasya masuk.

 
 Nana di atas pentas menerima hadiah

Dari Shah Alam, kami singgah pulak rumah cousin aku di Sucasa Corporate Apartment, Jln Ampang. Kak Cik (panggilan aku pada cousin ) buat belated birthday party untuk anak sulung dia, Syaqil. Thank you Kak Cik for the invitation and Happy Belated 2nd birthday to Syaqil!



Kak Cik and us

Layan pizza dan kek coklat..yummy!

Dah perangai budak-budak, tengok aje swimming pool..bulat mata sorang-sorang. Anak-anak aku tak lepas peluang mandi walaupun tak bawak pakaian mandi..Mujurlah Mama Cik ada baju mandi untuk diorang pakai...Masing-masing menggelepar macam ikan dilepaskan dalam laut!



Syasya, Nana dan dua pupu mereka


Ffffuuuuhhhh...penat betul semalam. Mana taknya, buat 3 perkara dalam 1 masa. Tu sebab tajuk entry aku 3 Dalam 1! Tapi apapun ,aku gembira dan puas hati sangat-sangat sebab cuti aku kali ni penuh dengan macam-macam aktiviti!