RSS

Wednesday, April 28, 2010

Aku yang tetiba menjadi terlebih berani hari ini dari hari-hari sebelumnya.....

Beranikah aku? Takut jugak sebenarnya..tapi aku pun tak tahu macamana aku boleh terlebih berani pagi tadi. Gini ceritanya...macam biasalah pagi-pagi aku akan hantar anak-anak ke sekolah sebelum aku sendiri tiba ke sekolah tempat aku mengajar. Nak dijadikan cerita, masa lampu tengah merah, aku stopla...tunggu lampu bertukar hijau plak. Tiba-tiba aku terasa keta aku macam dilanggar orang dari belakang. Aku tanya dengan anak, keta kena langgar ke. Anak cakap aah Mama, nampak ada keta kat belakang langgar tadi.Aku tak puas hati, terus turun tengok apa kebendanya yang berlaku. Aloss....bumper belakang sebelah kanan ada kesan kena gesel....dah tu bumper jadi renggang sikit. Aku dah berhabis banyak untuk cantikkan balik bumper aku tu yang sebelumni memang banyakle kesan-kesan hasil seni aku yang aku tak tau nak apply kat mana...so pas dah elok bumper tu aku pun lebih berhati-hatilah bila memandu...Tapi dek kerana insiden ni, dah cacat balik!

Aku pun tengokla sapelah manusia yang dengan sengajanya menggesel keta kesayangan aku ni...ssuuuppp nampak satu keta Kancil tu yang mulanya kat belakang keta aku tadi dah tukar ke lane kanan dan boleh buat BANGANG aje walaupun tau dia dah menggesel bumper keta aku DENGAN SENGAJANYA!Ini tidak adil!! Tak boleh jadi!! Aku tengok tak de pun tanda-tanda keta tu nak stop mintak maap ke apa ke...menonong aje aku tengok. Aku yang tak puas hati terus tepon En Hubby yang masa tu on the way nak ke Gua Musang, ada court case kat sana. En Hubby suruh sabar, tak payahlah nak memanjang citer...tapi entah dari mana datang darah berani aku....aku kata aku nak kejar keta tu sampai dapat.

Maka, adegan kejar mengejar pun terjadila seperti yang aku mahukan. Waahh...makin laju orang tua ni....hati aku dah panas. Tak pe...tak pe....Aku kasik can lagi...sampailah aku tengok dia membelok ke arah sekolah...arah yang sama aku nak anta anak sulung aku tu. Aku follow lagi...bila dah dekat, aku pun kasik isyarat lampu tinggi pas aku tengok anak dia turun dari keta...Nak tau apa kata dia bila aku tanya betulkan dia yang dah menggesel keta aku? Dia boleh jawab macamni...

"Saya lorat tadi....nak anta anak sekolah. Saya tak berenti sebab jalan sibuk"

Banyakla kau punya lorat! Aku pun nak anta anak aku pi sekolah jugak.Aku sendiri pun nak pi ngajar kat sekolah. Nak lorat apanya, loceng sekolahpun belum berbunyi lagi. Masa kau tukar lane tu lampu dok merah. Amendanya yang ko nak kejarkan sangat? Lainle kalau lampu dah hijau...keta tengah dok jalan,ko nak kejar takut lampu tuka rmerah balik...logik gakla kan...

Aku pun jawab; " Saya pun lorat jugak, nak anta anak pegi sekolah,saya pun keje gak"

Pastu dia tengokla kesan geselan tu kat bumper aku...siap dia boleh kuarkan ayat macamni...

" Oh...kat umah saya ada polish...boleh hilang tu kalau polish balik...."



Nampak sikitkan...tapi bila tengok dekat-dekat..waaaaaaaa.......tak de dah kelicinan yang aku dok jaga selama ini!

Tu dah terenggang sikit..seb baek tadi tolak gitu masuk balik ke posisi asal.....

Haaa...ko trylah polish kalau boleh licin licau tak de kesan calar-balar macam asal! Aci kerat jari pun akan tinggal kesan sebab bila sekali tengok nampak macam ala...tak de menda sangatpun...tapi dua kali tengok, cat metalik keta tu terjejas jugakla....Siap ada calar balar yang dalam gak le tu....huhuhuhu.....

Pastu siap tanya hubby keje apa. Bila aku jawab lawyer, macam terkedu sekejap.Bila aku mintak no tepon dan nama dia bagi.Aku kata nanti aku contact nak setel camne...

Aku bukan apa, kalau korang tengok kat gambar tu nampak sikit aje kan...Aku pun tadi sebenarnya tak kisah kalau dia stop dan mintak maap kat aku....sejuk sikit rasa membara tu. Ini boleh buat dek aje...stop tidak, apa tidak. Sampai ke akhirnya tak de perkataan MAAF pun dari mulut orang tua tu. Aku yang nak kendur jadi tegang balik bila dengan muka selamba tak berenti, tak mintak maap pun dan tak de tanda-tanda rasa bersalah pun. Ke pasal aku ni lady driver, so dia pikir alaaa...apa sangat...Tak de beraninya pompuan ni nak kejar dia. Salah oranglah beb! Darah berani aku tetiba aje datang tadi, tu yang aku kejar sampai dapat...

Tadi En Hubby dah call orangtu, mulalah bagi macam-macam alasan...tak keje la, tak de duit la. Aku ni cepat kesian kat orang, tapi dalam hal macamni, tak boleh nak berlembut sangat. Kalau dia berhati-hati tadi, tak jadi adegan menggesel keta aku tu. So atas dasar percaya, aku tunggu aje orang tu bank in duit dalam akaun aku. Bukan mintak banyak, RM100 aje. Tu pun rasa memang aku kena bayar lebih. Nak suruh dia bayar semua?? Hmmm....aku tak rasa dia akan bayar...So, sekarangni aku akan tunggu ajela sama ada dia bank in duit ke tak. Kalau tak de, SEE U IN COURT!

Hadiah sudah dipos tadi....Saya tak paksa awak,kalau tak minat sila jangan hit ok!


Tadi lepas keje,aku bergegas pegi pejabat pos untuk pos hadiah kemenangan Ieyza dan Anin yang dah berjaya hit jackpot nombor 3855 dan 4941. Sekarangni aku tengah tunggu sapelah agaknya yang berjaya hit nombor 8881...ke banyak sangat aku suruh hit??? Tak pelah,aku bukannya suruh u ols dok berumah tangga kat blog aku ni pun kan...sape yang kebetulan jadi rezeki dia...maka dapatlah hadiah yang aku tawarkan tu. Aku tak paksa pun. Sape yang berminat aje ok!


Bila aku online, check ada komen yang kena moderated...so ada satu insan ni anta komen ni....tengok komen si anonymous tu..

Ingin aku jelaskan kat sini....aku tak paksa pun u ols untuk berumah tangga kat blog aku ye...aku tak mengharapkan apa-apapun...aku cuma sekadar nak berkongsi rasa suka dan gembiranya aku bila aku berblogging. Kebetulan rezeki aku murah sikit setelah aku berhabis banyak bulan ni tapi alhamdulillah, Allah tetap limpahkan rezekiNya kat aku.Tiada langsung unsur nak paksa u ols hit counter aku tu. Kalau siapa yang berminat,silakanlah..kalau yang tak berminat, tak payahlah cuba. Macam kata si anonymous tu...orang yang penat hit banyak-banyak kali tak dapat hadiah, yang hit 2-3 kali dapat. Percayakah anda pada rezeki, qada' dan qadar Allah? Kalau nak jadi rezeki, adale rezeki anda. Kalau dah nama memang tak ada rezeki, maka memang anda tak de rezekilah hari tu. Tak gitu???

Jadi,aku tak nak memanjangkan ayat....siapa yang masih lagi berminat, silakanlah mencuba...siapa yang rasa membuang masa,kehadiran anda tidak dialu-alukan....tak payah membuang masa mencuba hit ye. Saya tak paksa pun, anda yang minat sendiri. So jangan salahkan sesiapa kalau anda tak berjaya mendapat hadiah.....

Kalau tak de sapa yang hit nombor 8881 tu, hadiah tu akan aku bawa ke giveaway ke 2 aku pada bulan depan...tak de masalah pun!

Tuesday, April 27, 2010

Wah....ada yg dah capture 3855! Sila capture nombor seterusnya.....

Waaahh...terkujat aku.....tak sangka ada gak peminat hit mengehit counter aka jackpot aku. Maklumlah, blog aku ni takle glamer macam blog u ols tu...tah ada yang kenal tah idak...hehehe....Masa aku announce tadi,tak silap baru pukul 12.00 tengahari....Aku baru aje check email dan tengok ada satu email dari orang yang berjaya hit jackpot tadi. Tengokkan kat jam orang kat blog aku tu,pukul 3.23 ptg time dia dapat capture nombor tu. Oleh itu, aku dengan bangganya nak umumkan pemenang hit jackpot 3855 jatuh kepada.....


IEYZA!!!!
TAHNIAH DIK!!!

Ieyza akan menunggu tudung kat bawah ni untuk sampai di depan muka pintu rumahnya.....




Tudung Ekin...kain lycra Korea....awning Thai Silk....sudilah kiranya terima ye Ieyza! Rezeki adik tak de kat GA akak, tapi ada kat sini!

Dan aku ada satu lagi tudung Ekin...ciri-cirinya saling tak tumpah macam yang Ieyza dapat...cuma kalernya blue black untuk direbut oleh u ols semua.....




Awning Thai Silk ye kengkawan.....

So untuk tudung kat atas tu...apa kata u ols try hit nombor ni plak...
V
V
V
V
V
V
4941

Macam biasa sape dapat capture nombor tu sebelum 29.4.2010 jam 2.00 ptg, sila anta bukti anda ke email aku....





Selamat mencuba!!!




Monday, April 26, 2010

Jom hit jackpot!

Salam pagi Isnin buat kengkawan....aku tengok banyak dah blog yang buat hit jackpot ni....so aku pun rasa cam teringin aje nak buat jugak. Yelah, suka-suka kata orang....sesambil nak tambah kenalan...secara tak langsung orang tau blog aku ni wujud jugak sebenarnya!hehehehe....



So....aku nak sesiapa yang dapat hit 3855 sempena nombor keta aku sebelum 28 April jam 12.00 tengah hari....mereka yang terpantas dapat capture nombor tu 3855, sila emailkan bukti tersebut ke email aku




Ingat...peserta pertama aje ye yang berjaya akan membawa pulang sehelai tudung Ekin...gambar aku upload petang kang.....

Ok...apa tunggu lagi....selamat menjoinkan diri anda!!! 

Ambik tag sebab tgh boring!APA ADA DLM HANDBAG?

Aku dengan rela hati dan suka relanya ambik tag dari blog Nad aka Mama Zakwan dan juga blogWafa,anak murid aku. Entry kali ni edisi menyelongkar bag...bukan apa, aku tak de benda nak buat skrgni, rasa boring jugak. Kebetulan ada kamera dalam handbag ni,so cepat ajelah nak snap gambarnya....Meh kita tengok edisi selongkar aka terjah handbag aku yang tak seberapanya....

Aku ni banyak handbag,tapi balik2 yg ni jugak aku angkut pi keje...heheheh...
Brand Valentino Creations...beli kat Sogo time tgh sale...

Jom tengok barang apa yg ada kat dalam beg....

Cikgu dengan pen merah tak blh dipisahkan...tu ada pen drive sekali....

Cermin kecik, lipstick, hand sanitizer dan jugak sabun ....Semenjak aku guna produk Mekar Semilu, aku tak pakai dah bedak muka....Kalau nak tau lebih lanjut pasal produk tu, tanya aku nanti ek!

Ni leh beg orang pompuan! Macam2 benda ada...tissue paper mesti ada dlm beg....tu perfume Haiku dari Avon.walaupun murah aku suka bau dia....btknya yang leper, kira tak makan ruanglah bila letak dlm hand bag ni....

Kunci keta..klu hilang tak balik umahle aku! Kipas tangan..guna bila keadaan tak dpt dikontrol kepanasannya...USB tu sebab hari ni aku bawak kamera....biasanya tak bawak....

Purse tak de brand...hehehehe....beli dulu RM60...skang dah murah! HTC Touch Viva...tunggu masa nak kena tukar......

Ok....tu ajele yang ada dlm handbag aku...aku nak sangat tengok apa ada dalam handbag :

1. Nida

2. Ena (Teratak Milikku)

3. Cikmin

dan sesapa yang minat dan rajin nak layan tagni....silakan!

Hadiah dah siap....tunggu masa nak anta petang kang!

Alhamdulillah.....semua pemenang Mama Damia's Giveaway telahpun memberikan kerjasama dengan menghantar alamat masing-masing bagi tujuan pengeposan hadiah. Aku pun dah tak sabar nak pindah milik hadiah ni kepada tuan yang punya hak....So petang ni InsyaAllah lepas aje aku habis ngajar, aku akan pi pos ye kawan-kawan!


Haaaa....tu semua hadiah untuk pemenang-pemenang Mama Damia's Giveaway....


Ni hadiah untuk Juniza...sebab jadi follower aku yang ke 100....

Tahniah untuk semua....tunggu kemunculan giveaway ke 2 aku bulan 5 ni ye...tunggu...tak lama aje lagi!  

Sunday, April 25, 2010

Pagi dpt berita gumbira,ptg dapat hadiah...so gumbira!!!

Hari ni aku betul-betul hepi..bukan maknanya semalam aku tak hepi...hehehe....hari ni hepi sebab dalam entry pagi tadi aku ada bagitahu aku menang giveaway dari Bazar Kerongsang,kan...Petang ni plak hadiah daripada giveaway Monica telah selamat aku terima.....Terima kasih banyak-banyak kat Monica yang sudi buat giveaway dan pilih aku sebagai pemenang...So inilah hadiah cute yang telahpun berpindah milik....

Sampul pos ekspres yang Mr Postman Pat tolong anta tadi

Ehhh...ada sampul lain plak kat dalam.....

Ni lah cute teddy n pot pourri...ada surat lagi dari Monica!

Tq sekali lagi Monica! All the best to u.....

Berita gembira di pagi Ahad!

Salam kengkawan....selamat berhujung minggu.Tapi aku kat KB ni macam biasalah, pepagi Ahad dah start keje..sebenaenya sejak semalam lagi dah keje...hehehee....Time aku updateni aku kat sekolah...sementara menunggu nak ngajar kang pukul 10.40 aku pun menjengahla kat blog contest aku, kot-kot ada berita gembira....Memang ada pun!Alhamdulillah, aku terpilih menjadi pemenang untuk 1st Giveaway Bazar Kerongsang! Patutpun hepi semacam aje hari ni, rupa-rupanya nak dapat hadiah lagi....Terima kasihlah kepada Yana, tuan punya blogshop Bazar Kerongsang yang sudi anjurkan giveaway ni.....

Petikan dari keputusan giveaway kat blog Yana@ Bazar Kerongsang;

PEMENANGNYA ADALAH....................



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-
AYU IDRIS(akule tu!)

TAHNIAH!!!

Friday, April 23, 2010

Akhirnya....pemenang-pemenangnya sudah ada!Adakah anda yang bertuah itu???Semak tengok....

Bismillahirrahmanirrahim.......seperti yang telah aku janjikan dalam entry petang tadi, keputusan Mama Damia's Giveaway akan aku beritahu malam ni jugak. Alhamdulillah,aku mendapat kerjasama yang baik daripada anak-anak dara aku yang 3 orang tu...mujur mood memasing baik sangat selepas aku dah belikan makanan kegemaran masing-masing kat pasar malam tadi....

Oklah,aku tak nak berucap panjang...hehehe....berucap ke?kehkeh....Dengan rasa bangganya aku umumkan keputusan Mama Damia's Giveaway yang telah dicabut nama-nama mereka ini oleh anak-anak aku baru sekejap tadi....

Kita mulakan dengan cabutan untuk hadiah ke 3 yang dilakukan oleh anakku yang sulung, Nana....


Tahniah!!! Faris akan mendapat hadiah ni....
V
V
V
V
V
Haaa..nak kasi siapa gamaknya ye???Hehehehe....


Cabutan untuk hadiah ke 2 pulak dilakukan oleh anak dara aku yang ke 2..Syasya


Akma akan mendapat hadiah ni..
V
V
V
V
V
 

Ok...cabutan untuk hadiah yang pertama dilakukan oleh anak dara aku yang ke 3...merangkap model bagi giveaway aku ni.....Damia

Kena posing dulu....ambik mood nak pujuk Damia cabut undi ni....

Akhirnya...dalam banyak-banyak kertas yang tinggal untuk dipilih, tangan gebu Damia telah memilih...
V
V
V
V
V


Tahniah Uda!!! Uda akan dapat hadiah ni...
V
V
V
V
V

Aku jugak nak beri hadiah tambahan kepada entry yang aku rasakan dibuat dengan daya usaha yang tinggi....hehehehe....bukan bermaksud yang lain tak berusaha tapi entry yang ni si penulis ni siap korek entry2 lama aku....tu pasal segala maklumat baby Damia ada terkandung dalam entry dia walaupun aku tak suruh pun...Tapi sebagai menghargai usahanya itu,maka dengan ini aku nak hadiahkan hadiah misteri kepada

Cadlynn!!!

Tahniah dik....

Hadiah untuk Cadlynn aku tak ambik gambarnya....dah nama pun hadiah misteri!hehehehe....

Tahniah kepada semua pemenang yang telah mendapat hadiah...kepada kawan-kawan lain yang tak dapat, jangan berputus asa ye....Tima kasih banyak-banyak sebab sudi memeriahkan giveaway Ayu ni....Bulan 5 ni Ayu akan buat lagi giveaway...rasanya macam ada 2....hehehehe....so tunggu tau!

Kepada Uda, Akma, Faris dan Cadlynn.... sila anta butir-butir berikut ke ayuidris@hotmail.com

Nama penuh
Alamat penuh
No telefon

Nyatakan subjek email sebagai Pemenang Mama Damia's Giveaway

selewat-lewatnya hari Ahad sebab urusan pengeposan hadiah akan dilakukan pada hari Isnin

Semoga ukhuwah yang terjalin sepanjang giveaway ni berkekalan ye.....Nantikan kehadiran  giveaway Ayu bulan depan ye!

Semuanya dah siap...tinggal nak cabut nama aje lagi!

Update terkini : Peserta yang join Mama Damia's Giveaway adalah seramai 65 orang....Aku dah siapkan semuanya - hadiah dah aku balut, nama-nama u ols pun dah aku tulis kat kertas. Cuma cabutan aje tak boleh dibuat lagi sebab time aku tengah buat entry ni, anak-anak dara aku yang 3 orang tu sedang enak beradu...kes penat sebab tadi kuar jenjalan kat KB. So cabutan akan dilakukan pada malam ini dah keputusan akan aku umumkan MALAM INI JUGA sebab esok aku kena keje aka sekolah laa...ganti untuk cuti raya puasa nanti....takut esok penat tak sempat plak nak uruskan hal ni. Jadi, besarlah harapan aku agar pemenang-pemenang nanti akan cepat-cepat anta details yang aku mintak ke email aku untuk pengeposan hadiah. Tak pe,nanti baca entry aku yang seterusnya ye....entry pengumuman para pemenang! Meh kita tengok dulu persiapan aku untuk giveaway ni....

Nama-nama u ols dah masuk senarai ye...

Haaaaa...semua nama dah ada dalam mangkuk ni....

Ni 3 hadiah yang dijanjikan....dah siap balut pun....

Tunggu nak tulis nama dan alamat pemenang aje....

Ok kengkawan...tunggu malam ni ye!

Thursday, April 22, 2010

Dah tamat aka tutup!

Bismillahirrahmanirrahim.....dengan ini aku mengisytiharkan Mama Damia's Giveaway telahpun ditutup. Sebarang penyertaan selepas ini tidak akan diterima. Sila cuba lagi untuk giveaway akan datang....hehehee....So lepas ni aku akan update nama-nama peserta yang berjaya tersenarai untuk ditentukan rezeki mereka......bersabar ye kengkawanku semua! Aku perlukan sikit masa dan senarai pemenang akan diumumkan lusa......



Siapakah 3 orang pemenang bertuah itu??? Nantikan keputusannya ye.....

Mama Damia's Giveaway

ENTRY NI DAH LEKAT DGN GAM GAJAH..ENTRY BARU KAT BAWAH YE!

Salam pengunjung-pengunjung blog Mama...Hari ni Damia take over kejap blog Mama pasal Mama dah penat. Lupa pulak, Damia nak bagitau yang Damia dah 6 bulan! Mama kata, oleh kerana Damia dah setengah tahun bernafas di muka bumi ni, Mama berhajat nak buat giveaway untuk auntie/uncle/kakak/abang yang datang berkunjung kat blog Mama ni...

Inilah saya,baby Damia...comel tak??

Ok, Mama kata kalau sesiapa yang berminat nak join giveaway Mama ni, auntie/uncle/kakak/abang kena ikut syarat-syarat kat bawah ni dulu ye
V
V
V
V
V
V
V
1. Jadi follower blog Mama ni

2. Buat satu entry pasal giveaway ni bertajuk Mama Damia's Giveaway

3. Tepek gambar Damia yang tomei tu kat entry dan kat side bar...jangan lupa link back kat entry ni tau!

4. Tinggalkan link entry auntie/uncle/kakak/abang kat bahagian comment entry ni. Kalau tinggal kat chatbox atau entry lain, Mama tak akan terima

Senang aje kan?? Tarikh tutup giveaway ni ialah pada

22 APRIL 2010
jam 3.00 ptG

Apa hadiahnya?? Mama kata akan buat 3 cabutan untuk 3 pemenang bertuah....

Hadiahnya simple aje, tapi Mama kata sweet jugakla....Sling bag cum make up purse untuk 3 orang pemenang.Harapnya pemenang-pemenang nanti sudi terima ye!




Cabutan pertama





Cabutan kedua


Cabutan ketiga


Ok auntie/uncle/kakak/abang....Silakan join giveaway ni dan selamat mencuba ye!

Wednesday, April 21, 2010

Dah nak tutup.....

Salam kengkawan....just nak bagitahu, my giveaway akan tamat pada esok, 22 April 2010 jam 3.00 petang. So kepada mana-mana pihak yang belum dan  ingin menjoinkan diri,silalah berbuat demikian kerana sesi terakhir terjah menerjah entry anda akan Ayu lakukan petang esok....Senarai penuh peserta Mama Damia's Giveaway akan diumumkan pada hari Jumaat...

Auntie/uncle/kakak/abang...mehla join giveaway Mama Damia ni.....

Akhir kata daripada pihak penaja :

Joinlah giveaway...yang dah join...sabar ye menantikan keputusannya!

Monday, April 19, 2010

~Hadiah Mommy Qastalani dah sampai~Dari 2pcs jadi 4pcs!

Alhamdulillah...hadiah kipas yang aku pilih sebab menang giveaway Mommy Qastalani telahpun selamat aku terima. Rupa-rupanya semalam aku buat entry pasal menang GA tu hadiah tu dah selamat sampai kat umah mak mertua aku. Biasanya lepas keje aku singgah umah Ma untuk ambik baby Damia dan check kalau-kalau ada surat untuk aku. Tapi semalam dek kerana aku sampai pun dah lambat, kalut dan terkejar-kejar nak anta anak pi mengaji pulak so aku tak tengok pun surat yang ada....

Terima kasih ye Mommy Qastalani....cantik sangat kipas tu....Sedang elokle sekarangni tengah musim panas kat Kota Bharu ni. Boleh jugakla buat mengipas time diperlukan....

Macam biasala...tengok envelope dulu....

Kipas idaman hati dah pun selamat sampai ke tangan.....

Ucapan terima kasih banyak-banyak pada Mommy Qastalani atas kiriman hadiah ni....Semoga ukhuwah yang terjalin antara kita berkekalan hendaknya....

Oh lupa plak...tadi sempat berbalas email dengan Anin pasal anta my details untuk pengeposan hadiah. Dengan tak disangka-sangka, Anin dah upkan hadiah aku daripada dapat 2 pcs Detox Foot Patch menjadi 4 pcs! Alhamdulillah....mekasih banyak ye Anin! Bolehlah akak singkirkan toksin-toksin yang ada dalam badan ni.....heheheh....

Anda Bertuah Ke???? Sila check tengok......

Sebelum aku buat giveaway, aku dah niat dalam hati.....niat tu...sesiapa yang jadi follower aku yang  ke 100 aku nak bagi sikitlah hadiah. Hadiahtu tak de lah mahal tapi sebagai tanda penghargaan aku kepada follower yang sudi menjengah dan follow blog aku. Tak kiralah follow semata-mata nak join giveaway ke kan...paksa rela ke...hehehehe.....Memng aku tak pernah bagitahu dalam sebarang entry pun....so baru hari ni aku dapat check siapakah dia follower ke 100 aku yang bertuah tu....

Belek punya belek...check punya check....aku dah dapat kenal pasti...follower ke 100 aku yang bertuah tu ialah.....




Tahniah! Tahniah! Sila anta butir-butir berikut ke email Ayu ye : ayuidris@hotmail.com


Nama penuh, Alamat dan No HP.....

Waaahhh..kemenangan berganda-ganda!!!

Alhamdulillah.....pagi ni aku dapat berita gumbira lagi...menang hadiah Anin Mini's Giveaway...Tq ye pilih Ayu sebagai pemenang...Ayu dapat Detox Foot Patch 2 pcs....suka...suka...


Sebelumni pernah dapat hadiah yg sama...dah try guna ok gak....rasa ringan aje badan yang berat ni..hehehehe....

Mekasih banyak2 ye Anin sebab pilih akak sebagai salah seorang pemenangnya! Tahniah jugak kepada pemenang2 yg lain...

Sunday, April 18, 2010

Menang 2 hadiah lagi!

Alhamdulillah....minggu ni aku menang 2 hadiah dari giveaway/contest yang aku masuk...Syukur sangat-sangat....terima kasih kepada pihak penganjur iaitu....


1. Mommy Qastalani


Tu nombor bertuah aku...aku dapat untuk cabutan ke lapan


Aku pilih hadiah ni
V
V
V
V
V
V
Kipas tu...cute kan?




Baby bear dgn pot pouri tu....
Tq ye Mommy Qastalani dan Monica yang sudi pilih aku sebagai pemenang!


Giveaway aku pun nak tamat dalam masa 4 hari lagi...tak sabar nak tau sape pemenangnya! Perserta-peserta plak camne??? Tunggu....