RSS
Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts

Thursday, January 7, 2010

Kesibukan kini bermula!

Salam rakan-rakan blogger sekelian....dah banyak hari jugak aku tak mengupdate blog ni. Bukan takde idea nak menulis, idea datang mencurah-curah tapi masa begitu mencemburui aku...maklumlah, sesi persekolahan dah pun bermula....sibuk dengan anak-anak dan aku jugak membuat persiapan untuk kembali mengajar selepas 3 bulan bercuti.....tak de dah zaman aku bersenang lenang  ala-ala puteri turun dari kayangan macam dulu..huhuhuhu

Alhamdulillah,sesi persekolahan tahun 2010 telahpun seminggu aku tempuhi...dan bila dah mula sekolahni, maka kesibukan aku pun bermula jugakla macam biasa. Dah menjadi tugas aku untuk hantar dan ambil anak-anak dari sekolah. Jadi, kalau dulu aku akan memandu balik seorang diri tapi sekarang dah ada peneman bicara sepanjang perjalanan pulang...oklah tu...takle aku bosan sangat. Kalau tidak, memang aku akan drive laju untuk cepat sampai umah....boring rasanya drive sorang-sorang.



Hari pertama persekolahan....pepagi lagi dah kuar umah,takut jalan jammed...mmg jammed pun!



Tugas Mama sebagai driver kini bermula kembali....hehehehe..sempat lagi ngambik gambar

Aku dah janji dengan Nana...nak anta dia sampai ke kelas...tapi hanya pada hari ke 3 bersekolah baru aku dapat tunaikan janji...itupun sebab tiap-tiap pagi hari hujan. Jadi untuk tidak menghampakan Nana, maka aku pun naiklah jugak ke kelasnya yang terletak kat tingkat 1...mujur naik tangga setingkat aje...kalau tingkat atas sekali alamat memang tak naiklah Mama!




Ni label kelas Nana...nama bunga Allamanda



Nana kat depan kelas



Bergambar kat meja Nana..belajar rajin-rajin ye sayang...dapat nombor 1 lagi tahun ni!

Tahun ni Nana ada teman....sepupu suami aku yang baru darjah 1 turut bersekolah kat sekolah Nana....kiranya mak saudara sepupulah walaupun lebih muda daripada Nana....kami panggil dia Hajar...so Nana bolehlah tolong tengok-tengokkan Hajar nanti kat sekolah. Tunjukkan apa-apa yang patut agar Hajar dapat biasakan diri kat sekolah baru....


Nana dan mak saudara sepupunya, Hajar yang lebih muda...hehehehe....

Apa cerita plak pasal aku?? Hmmm...makin bertambah sibuk di awal-awal tahun ni. Minggu pertama penuh dengan mesyuarat itu ini....dan start minggu depan latihan rumah sukan akan bermula sampaila bulan 2 nanti. Selesai sukan, bersambung pulak dengan aktiviti Badan Beruniform. Untuk tahun yang ke sembilan, aku mengetuai Kadet Remaja Sekolah. Nampak gayanya tetap dan berpencenlah aku pegang KRS ni!

Kesibukan aku tak cukup setakat tu aje. Bermula tahun ni juga rancangan mengajar harian tak lagi ditulis dalam buku rancangan mengajar tapi kena buat secara online pada sistem khas. Kesian jugak aku tengok kat cikgu cikgi yang veteran....dok pening lagi nak pahamkan diri. Bagi cikgu cikgi yang masih muda, takde masalah nak buat. Atas semangat setiakawan dan tolong menolong, mana yang tak paham tu dapat pertolongan daripada kawan-kawan yang lain....Nama pun bekerja secara berpasukan, kalau tak tolong menolong macam mana nak majukan sesuatu organisasi ye tak?



Cikgu cikgi Naim yang dedikasi...pepagi lagi dah ngadap depan komputer!

Harapan aku tahun ni?? Banyak sangat yang aku harapkan...tapi yang pastinya, aku nak tingkatkan produktiviti kerja semaksima mungkin. Nak buang tabiat-tabiat lama, nak bekerja secara sistematik....tak nak dah dok bertangguh aje....kalau boleh keje yang diberi akan aku cuba selesaikan sebelum tempoh yang ditetapkan. Tapi apapun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan...selagi terdaya dan termampu, aku akan lakukan....

Saturday, January 2, 2010

Laaaaa.....ye ke? Tak percayalah!!!

Hah...apa??? Kenapa, tak percaya??? Percayalah....macam lagu Dato CTlah pulaks! Oh tidakkk.....hari ni dah Sabtu...esok Ahad..Ada apa dengan Ahad?? Sebab........

.
.
.
.
.
.
AHAD DAH START SEKOLAH
BERMAKNA AKU DAH START MENGAJAR!!
BACK TO SKOOL....
Laaaa...wat suspens aje ko ni Ayu woi...ingatkan mendalah tadik!

Bila nak start ngajar dan anak-anak mula sekolah,mulalah hidup aku yang aman damai sejak bercuti 3 bulan lepas back to normal. Dah tak ada lagi masa untuk aku merehat-rehatkan diri ala-ala puteri raja turun kayangan pada waktu pagi, tapi start esok aku bertungkus lumus nak siapkan anak-anak ke sekolah. Hmmmm...dah jadi rutin aku anta anak-anak ke sekolah pagi-pagi....
Tetiba mata terpaku kat susunan benda ni.....huhuhuhu....


Yaaaa...apa lagi kalau bukan buku teks yang menunggu giliran untuk dibalut!

Pandangan atas plak....

Ada lagggiiii......


Adeeehhhh...buku tulis pun kena balut gak

Ni plak buku adiknya yang tadika..seb baek satu ni aje

dan yang ni....

Ni dah balut sebelumni....tapi biasale bebudak...hancusss dibuatnya!

Maka..dengan keadaan paksa + rela...kerja-kerja membalut buku teks pun dimulakan dengan bahan-bahan berikut ye puan-puan...


Ni le alatan yang perlu untuk membalut..hehehe

Walaupun sekarangni kat kedai buku atau pasar raya dah ada pembalut yang ready made, lagi senang dan jimat masa tapi aku tak berapa gemarlah tak sukale tu maknanya guna pembalut tu. Macam mana pun mesti nak guna pembalut gulung ni jugak sebab aku ni kira rajin...setakatni kalau balut buku awal tahun, akhir tahun masih ok lagi. Cuma buku tulis aje aku beli yang pembalut ready made tu...tak kuasa dah nak membalut satu-satu..
Dan hasilnya bila dah dibalut....

Buku anak yang sulung

Ni yang tadika...seb baek dua buah aje....

Mujurlah dua orang aje yang baru bersekolah...kalau ramai...kecik-kecik lagi dah tentu-tentu mak ayah kena balutkan, ye tak? Aku rasa rakan-rakan kat luar tu masing-masing ada pengalaman membalut buku anak-anak...heheheh...Bila dah besar, nanti pandai-pandailah diorang balut sendiri buku-buku tu ye...

Apa yang pentingnya kat sini, aku nak ingatkan diri aku dan juga rakan-rakan sekelian, hargailah buku-buku teks yang diberikan pinjaman secara percuma oleh kerajaan kata-kata dari seorang cikgu kalau sendirian berhad punya pun kena jaga jugak. Bukan apa, kekadang tu kita tengok tak sampai sebulan dah hancur lunyai...padahal masa diberi awal tahun keadaan baru lagi....kesian pada generasi akan datang yang nak guna buku-buku tu...elok-elok boleh guna 5 tahun tapi dek kerana kurang rasa tanggungjawab peminjam, setahun dah hancur....Maka,sama-samalah kita menjaga buku-buku ni dengan penuh tanggungjawab dan sesempurna mungkin.....

Nota kecik : Selamat bersekolah pada pelajar-pelajar...cikgu cikgi di Kelantan, Terengganu dan Kedah esok!