RSS

Saturday, October 24, 2009

Resepi Nasi Komok

Haaa...hari ni aku nak berkongsi satu resepi yg berasal dari Thailand. Memandangkan aku sekarangni dah pun menetap di Kelantan hampir 8tahun, jadi sedikit sebyk aku belajar memasak makanan Kelantan dan tak terkecuali pengaruh Thailand aka Siam. Nasi Komok ni pertama kalinya aku makan di rumah seorang ustaz yg buat majlis kesyukuran utk anaknya yg juga pelajar aku yg menyambungkan pelajarannya. Mula-mula mmg pelik,nasinya sunguh ringkas, hanya berlaukkan ayam goreng dan juga dimakan bersama hirisan timun dan daun salad. Tak lupa juga sambal cili yg tak pedas pun..Tapi bila dah try makan,sampai sekarangni aku teringat-ingat kesedapan nasi tu.Bulan puasa yg lalu aku sempat jugak buat nasi komok ni.Kira oklah,tekak aku dan family bolehla terima. Apapun, aku sertakan di sini resepi nak buat nasi komok tu. Manalah tau, kalau-kalau ada yg berminat nak try buat lepas ni....Selamat mencuba!

Nasi Komok

Bahan-bahannya :

1kg beras basmathi
1 ekor ayam - dipotong 8 bahagian

Bahan yg perlu dimesin :

3 sudu besar rempah komok
5 ulas bwg putih
8 ulas bwg merah
3 biji cili hijau
2 tangkai akar daun ketumbar

Bahan-bahan lain :
2 biji buah tomato dibelah 2,dipotong mmelintang
1 biji timun
Daun salad

Bahan utk menumis :

1 in kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
8 biji pelaga
1in halia di mayang
4 ulas bwg merah di mayang
3 ulas bwg putih di mayang
½ tin susu cair
2 sudu minyak
2 sudu planta
2 sudu minyak sapi
Gula, garam

Bahan utk sos ayam:

6 biji cili api
3 sudu gula
½ sudu garam
1 keping nenas di potong melintang
(semuanya di mesin)

Cara memasak :

1. Panaskan minyak, minyak sapi dan planta.
2. Masukkan bahan yg di mayang bersama rempah kasar dan tumis sampai naik bau.
3. Masukkan bhn yg dimesin dan tumis hingga kekuningan.
4. Masukkan ayam dan kacau hingga sebati.
5. Masukkan susu cair, gula,garam .
6. Masak sampai kuah pekat dan asingkan ayam dan kuah.
7. Basuh beras dan toskan.
8. Ambil kuah dan masukkan dalam beras dan gaulkan rata.
9. Masukkan air secukupnya dan masak nasi sampai masak.

4 pengkritik jemputan:

Suzairin said...

T/kasih krn kongsi menu nasi komok. Sy sukaaa bangat nasi ni. Very delicious & x dpt d lupakn. Ni resepi yg origin ke?

suzzsuzie said...

suzzsuzie: sy klu balik mak mesti buat nasi komok..beli rempah kt pekan golok

intan said...

mana nk dpt rempah komok ni....Then nasi dia warna kuning d tmbh p'warna x....Intan pernah mkn tp x pernah buat...so nk try buat..2 y tnya....

intan said...

nk tanya...mana nk dpt rempah komok ni....Then nasi dia warna kuning...ada tambah p'warna x....Intan pernah mkn tp x pernah buat..so nk cuba buat sdri..tp x tau mana nk dpt rempahnya