RSS

Monday, October 26, 2009

Penangan Farmville di FB

Hari-hari ku yg panjang,aku habiskan dgn melayan FB. Rasanya ramai yg layan FB..mcm2 ada kat sana. Bagus jgk ada FB ni, kawan2 lama yg dah berbelas2 tahun terpisah,akhirnya dpt jugak aku jumpa semula. Bukan setakat kawan2 aje,aku jugak dpt berhubung dgn ex student ku yg dah lama meninggalkan alam persekolahan. Seronok jugak tgk perkembangan masing2..ada yg dah kawin yg sedang meniti alam pertunangan..alam berkasih syg...yg single mingle pun ramai jugak!

Kalau nak tahu,FB jugakla tmpt aku berhubung dgn student aku yg aku tinggalkan ketika ini sepanjang tempoh berpantang. Maklumla,ada cikgu ganti pun aku tak blh biarkan student aku lepas mcm tu aje.Nak jugak dipantau biarpun dari jauh..

Selain dari bertanya khabar..chit chat di FB..aku jgk layan mcm2 jenis games yg ada kat sana.Salah satunya Farmville.Hari2 dok menanam pokok la...dah siap tanam,kena plak tuai hasil.Dahtu siap ada haiwan ternakan plak yg perlu dikutip hasil ternakan.Kiranya terisi jugakla masa berpantang ku ini yg ku rasakan amat panjang. So ada jgk hasilnya aku berbudi pada tanah..biarpun hanya sekadar di alam maya..nak tgk gambar2 tanaman dan ternakan aku di Farmville? Lihatlah kat bawah ni...




Tu antara cottage yg aku beli hasil usaha aku berbudi kpd tanah..hehehehe...nmpk jugakla haiwan ternakan aku yg byk tu, hadiah drpd kwn2 yg jugak layan FV ni


Kawanan itik, ayam dan kuda yg menghiasi farm aku....

 
Masa ni aku tgh tanam daffodil dan pink roses. Yg blm kembang lg tu aku tanam red tulips

 
Zoom in pink roses dan daffodils

 
Tu gerai buah2an....konon blhla jual hasil tuaian...

 
Yg tu plak tmpt berehat dan perigi pun ada jugak!

 
Kat atas ni ada farm house, dairy farm dan jugak jentera yg aku guna utk menuai dan membajak tanah


                                          Antara pokok2 yg ada di farm aku ni....


Yg tanda pink heart tu maknanya aku blhla kutip hasil ternakan tu, mcm susu ke, bulu ke...penat jgk tapi aku puas dpt isi masa lapang. Nanti dah keje,takde masanya aku nak ngadap benda ni lelama!

P/S : kalau ada farm cenggini betul2 kan best.....ngeh ngeh ngeh...

0 pengkritik jemputan: