RSS

Sunday, July 11, 2010

Pengumuman Pemenang Giveaway Ayu

Salam dan selamat berhujung minggu buat kawan-kawan semua. Ya Allah....dah lama sungguh blog aku ni bersawang. Tengok last post pun 14.6 hari tu....Mintak maaflah sangat-sangat sebab aku memang tak sempat nak hapdate blog ni. Busy yang melampau-lampau kat sekolah buatkan aku mengambil masa yang terlalu lama untuk umumkan pemenang-pemenang kedua-dua giveaway aku yang telahpun berakhir hujung blan 5 tempoh hari.



Untuk tidak membuang masa, di sini aku ingin khabarkan berita gembira buat mereka-mereka ini yang telah menjadi pemenang giveaway-giveaway aku. Tahniah kepada :
V
V
V
V
V
V


a. Pemenang Kategori 2 Giveaway Cikgu Ayu-Terima Kasih Cikgu!


Entry terbaik : Nida


Oleh kerana aku ni pemurah....hehehehe....aku telah sediakan 3 lagi hadiah untuk diberikan kepada....


Nana
Nurul + Nordin
Izzatul Iman


b. Pemenang Kategori 3 Ayu Idris Birthday Giveaway


Entry Terbaik : Mama Zharfan


5 orang pemenang bertuah untuk memilih brooch idaman hati berdasarkan giliran cabutan masing-masing :


Cabutan 1 : Syakila
Cabutan 2 : Syuzana
Cabutan 3 : Ayuselalu
Cabutan 4 : Anin
Cabutan 5 : SofiahB

Kepada pemenang-pemenang brooch di atas,sila tinggalkan komen di entry ini no brooch yang anda inginkan.....

BROOCH 1

BROOCH 2

BROOCH 3

BROOCH 4

BROOCH 5


Tahniah!!! Tahniah!! Kepada kelima-lima pemenang di atas, anda dikehendaki memilih sendiri brooch yang berkenan di hati. Dengan kata lain, pemenang cabutan pertama akan buat pilihan dahulu,kemudian barulah pemenang lain buat pilihan....Pemenang-pemenang akan dihubungi melalui email untuk urusan penghantaran hadiah.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan terima kasih sebab sudi menunggu lama untuk menantikan keputusan giveaway Ayu ye....

Bulan ni sempena birthday anak sulung, Ayu akan buat satu lagi giveaway...Tunggu! Kali ni, tak mo susah-susahkan u ols...nak buat cara yang paling sempoi...yang pastinya hadiah tak sempoi ye!

Monday, June 14, 2010

EEeeee...rindunya aku! Blog yang dah bersawang....

Salam kawan-kawan...lama betul aku menyepikan diri dari berblogging. Tak dan masa kata orang...Jadual cuti sekolah yang tersangatlah padatnya..Aku baru aje balik ke KB setelah menghabiskan masa selama 10 hari di KL ( student's trip + lepak2 bersama family ) dan ketika u ols baca entry ni, aku tengah bersiap-siap nak ke Langkawi plak petang karang....Huhuhuhu...cuti-cuti Mesia sungguh cuti aku kali ni!

So...aku memang tak sempat lagi nak umumkan pemenang GA aku tu...Mintak maaf dan ampun sangat-sangat ye kengkawan....Nak wat camne, masa betul-betul tak ada untuk aku ngadap depan lappy ni...Jangan marah ok...semoga kalian tetap sabar menantikan keputusannya nanti....

Oklah..tu aje yang aku nak updatekan....so orang-orang Pulau Langkawi...see  u there!(errkk...ada ke yang nak jumpa aku?? ) kuikuikui.....

Friday, June 4, 2010

Baby Damia dah 8 bulan...mood bercuti dah datang!

Salam kawan-kawan...maaf kerana dah lama aku menyepikan sesepi malam ini diri. Memang terpaksa kena paksa aku menyepikan diri kerana tuntutan tugas yang tak dapat aku elakkan.Cewaaah...ayat...Senang cerita aku tengah sibuk dengan urusan menanda exam paper student aku la...Sebabnya...sebabnya..ketika u ols baca entry ni, aku dalam perut bas Mutiara sedang menuju ke arah Kuala Lumpur...Lama betul aku tak naik bas u....Sekali dengan anak-anak aku yang besar ni....Juga bersama rombongan pelajar-pelajar sekolah aku dan sebuah lagi sekolah di daerah Kota Bharu....Kami akan jalan-jalan buang masa dan buang duit di KL sampailah 10hb....Pastu 14hb aku akan ke Langkawi syurga membeli-belah plak.....Perrgghhh...sesekali bila mood bercuti dah datang, hamek ko tak lekat rumah dibuatnya! Mekasih kat En Hubby sebab kasik peluang kat aku untuk mereleasekan tension setelah penat berhempas pulas bekerja.... 

Oleh itu, aku nak mintak maaf banyak-banyak kepada peserta-peserta giveaway aku sebab aku masih lagi belum sempat nak terjah blog u ols sekaligus melambatkan pengumuman pemenangnya...Jangan marah naaa....Aku cadang nak tambah hadiah....tu yang dok pikir nak beli apa kat Langkawi tu. So..pas balik Langkawi nanti aku akan senaraikan semua peserta giveaway aku tu dan sekaligus aku akan umumkan pemenangnya ye...Harap bersabar sebagaimana aku bersabar tak dapat hadiah lagi ni ye kawan-kawan!

Oh lupa plak...Hari ni jugak si baby Damia aku dah cukup 8 bulan...Gigi dah tumbuh 2 batang...tapi tak boleh merangkak lagi. Haissh...berat punggung kot...Tengok anak orang lain yang sebaya dah boleh duduk...nak berjalan dah pun. Tak pelah, Mama yakin Damia boleh jugak nanti cumanya lambat sikitla...



Kepada kawan-kawan yang bertugas sebagai cikgu, selamat bercuti dan selamat menanda kerta exam ye! Ada masa...pergilah bercuti sebelum kesibukan kembali mengejar kita........

Tuesday, June 1, 2010

Macam-macam Ada...pilih yang mana berkenan!

THIS IS STICKY MODE ENTRY. FOR NEW ENTRY, PLEASE SCROLL DOWN.TQ

Salam kawan-kawan....Hari ni bertarikh 18 Mei 2010, aku nak tunaikan janji aku kepada mereka yang berminat nak join giveaway....Memang aku berjanji nak umumkan giveaway aku bulan ni. Kenapa bulan Mei? Sebab ada 3 peristiwa penting dalam bulan Mei ni...pertama. Hari Ibu....kedua... Aku baru aje sambut Hari Guru...dan ke tiga....lagi 5 hari aku akan sambut hari lahir yang ke 32 tahun....muda lagi tue!Hihihihih...so sempena dengan ketiga-tiga event yang cukup bermakna tu, aku nak adakan 3 giveaway yang akan berlangsung secara serentak!

Ok..jom kita check dulu apa yang aku nak korang buat kalau berminat join giveaway besar-besaran aku ni!

KATEGORI 1 : FOLLOWER KE 200

Follower ke 100 dulu, aku tak umumkan pun nak kasi hadiah...tapi kali ni aku mencari follower ke 200...sekarangni baru 152 orang...so sesiapa yang menjadi follower ke 200 yang bertuah tu, dapatlah hadiah dari aku ye!

KATEGORI 2 : GIVEAWAY CIKGU AYU-  TERIMA KASIH CIKGU!

Utk kategori ni, sesiapa yang berminat nak join, sila ikuti langkah-langkah ini ye...

1. Jadilah follower aku dengan ikhlasnya...hehehehe....

2. Buat satu entry bertajuk GIVEAWAY CIKGU AYU- TERIMA KASIH CIKGU! Tajuk-tajuk lain tidak akan diterima. Dalam entry tersebut, silalah upload gambar anda bersama  guru kesayangan anda semasa di alam persekolahan dulu...tak kiralah sekolah rendah ke atau sekolah menengah. Gambar satu kelas ke....gambar anda dengan cikgu tu aje ke...asalkan ada muka ANDA DAN CIKGU KESAYANGAN. Nyatakan juga butir-butir ini di bawah gambar :

NAMA GURU DALAM GAMBAR
TAHUN & TEMPAT GAMBAR DIAMBIL
SEBAB CIKGU NI MENJADI GURU KESAYANGAN ANDA

3. Tepekkan banner di bawah dalam entry anda dan juga di side bar blog anda supaya aku nampak dengan jelas akan kewujudannya dan jangan lupa link back ke entry ni.


4. Jangan lupa tinggalkan URL entry anda kat ruangan komen entry ini aje ye...tinggal di tempat-tempat lain tidak akan diambil perhatian.

5. Entry terbaik akan dipilih sebagai pemenang. Aku akan baca entry u ols satu persatu. Tak guna khidmat Mr Random ataupun undi cara klasik ye!

KATEGORI 3 : AYU IDRIS BIRTHDAY GIVEAWAY!!

Haaa...kategori ni khas untuk birthday aku yang ke 32 tahun pada Ahad depan, 23 Mei. So sesiapa yang nak join, silalah ikut langkah-langkah ini ye!

1. Jadilah follower aku dengan ikhlasnya.....

2. Buat satu entry tentang giveaway ni dengan tajuk sebijik sebijun macam kat atas tu ye....

3. Tepekkan banner kat bawah ni dalam entry u ols dan jugak kat side bar blog u ols dan jangan lupa link back ke entry ini.


4. Last but not least, macam biasala....tinggalkan URL entry u ols kat ruangan komen entry ni...

5. Aku akan buat cabutan sebanyak 5 hadiah. Kalau ramai yang join, InsyaAllah hadiah akan bertambah

Ini hadiah untuk 5 pemenang bertuah itu...hadiah akan dipilih sendiri oleh pemenang mengikut giliran cabutan.






6. Entry terbaik yang berjaya mencuit perasaan dan jiwa aku juga akan mendapat hadiah istimewa.

Ok...so kengkawan yang berminat nak join kategori 1, 2 atau 3..atau kesemuanya sekali dipersilakanlah ye....Tinggalkan semua butiran yang dikehendaki di ruangan komen entry ini sahaja. Untuk sertai kategori 2 dan 3, hendaklah membuat 2 entry yang BERASINGAN. Sila nyatakan :

KATEGORI YG INGIN DISERTAI
URL ENTRY BLOG ANDA
EMAIL ADDRESS

di ruangan komen entry ini sahaja ye....

TARIKH TUTUP UNTUK SERTAI KESEMUA KATEGORI IALAH PADA

31 MEI 2010
JAM 3. 00 PTG

SEBARANG KEMUSYKILAN, BOLEHLAH TINGGALKAN DI ENTRY INI ATAUPUN DI CHAT BOX....

Monday, May 31, 2010

Cepat...ada masa lagi nak join giveaway aku!

U ols dah join GA aku?? Cepat....Cepat..ada masa lg nak join sebab GA aku akan tamat jam 3.00 petangni. Kenapa awal sangat?? Sebab lepas 3.00 petangni, aku akan pi jengah dan terjah entry-entry yang aku belum sempat jengah lagi. Kalau dah check, aku akan tinggalkan komen ye!

Memula aku hajat nak extend closing date GA ni, tapi memandangkan aku mula busy minggu ni dengan urusan menanda kertas exam budak, so aku terpaksa tamatkan seperti yang aku nyatakan. Cuti nanti jadual aku dah padat...dua minggu aku akan tinggal umah berjalan-jalan sakan...Dan kalau ada rezeki, aku akan buat giveaway lagi bulan depan sempena hasil jalan-jalan buang masa dan buang duit aku tu...Hehehe...

Ok....all the best kepada semua yang dah join...Nanti aku akan senaraikan semua participant dan u ols bolehlah check ye...Takut ada yang tertinggal plak nanti....

Sunday, May 30, 2010

Happy Moment 30052010

Peristiwa masih baru..kejadian berlaku petang tadi antara aku dan juga 2 orang ex student aku, Siti Salehat dan Farhanim. Dah lama betu tak jumpa diorang ni...so ada masa terluang, kami pun set masa untuk jumpa aka date....mini gatheringlah gitu! Tempat yang dijanji, mana lagi kalau bukan KB Mall!

Janji pukul 2.30 petang, tapi aku lambat sikit. Melilau-lilau cari parking...pelik jugak ramai plak umat manusia petang tadi kat KB Mall tu sampai penuh parking lot kat basement tu. Tapi dah namanya ada rezeki, dua kali aku tawaf, dapat jugakla parking...

Cepat-cepat tuju kat tempat yang dijanjikan- depan kedai emas Poh Kong. Hahahah..akhirnya setelah sekian lama tak jumpa, maka hari ini dengan izin Allah..aku dapat jumpa balik ex student aku. Si Siti dah 5 bulan habiskan Master dia..Sekarangni pegang status penganggur terhormat sesambil cari keje. Yang si Farhanim plak..dengar katanya sambung Master jugak...dan sekarangni tengah cuti..so jadi cikgu ganti kejap. Aku plak??? Hmmm..kalahla kalau banding dengan student aku tu...Cikgu jugak yang tak sambung-sambung belajar..Tunggu anak besarla...anak dah besar, ada plak anak kecik...hahaha....semuatu alasan aje...Nantilah, tunggu bila sampai seru betul-betul...time tu aku plak tak de halangan apa-apa,InsyaAllah aku akan sambung jugak...

Ok..balik pada pertemuan kami ni...so kami sepakat nak lepak kat Pizza Hut aje...Senang sikit nak berborak pun..Maka, di Pizza Hutlah kami bercerita ceriti...Bertukar-tukar cerita..Cerita apa tu?? Hanya kami aje yang tahu!Hihihihih..Layankan ajelah gambar-gambar yang sempat kami abadikan....


Aku dengan Siti....

 Aku dengan Farhanim

 Ni kek diorang beli untuk aku..kek 3 in 1!

 Pizza yang kitorang order tadi...dah selamat masuk perut masing-masing!

Kenangan terindah abad ini...hihihihih...

Untuk Siti dan Haneem...mekasih banyak-banyak ingat lagi kat cikgu....Selalu kita dok borak kat FB, now ada masa dapatlah kita bertentang mata..Tapi tak puas sangat...masing-masing ada hal..Next time kita lepak lama-lama sikit ye....

All the best to both of you....whatever you do...wherever you go...May Allah bless you always.

Muah..Muah....

Saturday, May 29, 2010

Entry yang dengan tak sengajanya aku peram!!!

Pon...pon....ni citer yang berlaku 25hb aritu...actually aku dah buat entrynya, cuma pic aje tak siap lg. Kisah kejadian sambutan hari jadi aku yang ke 32 tahun kat sekolah. Malam sebelumnya tu  En Hubby bawak balik kek dia beli kat restoran Resepi Rahsia...pecan butterscotch cake. Belasah ajelah! Ingat jugak dia nak beli kek kat aku dan dia  tapau keepsi. 

Maka dipendekkan cerita, aku dan kawan-kawan kat sekolah pun berpakatlah nak sambut birthday aku kat sekolah. Memasing bawak makanan sendiri...pot luck style la macam biasa kami buat. Memula tu ingatnya nak buat kecil-kecilan...ajak kawan-kawan rapat ajelah tapi sudahnya jadi besar-besaran plak! Ramai pulak yang tak confirm nak bawak makanan tetau hari ni dah penuh meja! Siap kena tambah side table gitu untuk letak makanan yang mabeles!

Puding aiskrim dan puding roti...Ni hasil air tangan kawan aku, Kak Zie..

Yang ni..biasala..puding caramel...PK Ko yang buat...TQ Kak Ni!

Sesekali cikgu cikgi menyinsing lengan....ada lg lauk, tapi tak muat meja daa....

Terharu sungguh aku bila tengok banyak makanan terhidang atas meja! Tengkiu kengkawanku tersayang! Lagipun dah lama jugak kami tak layan makanan yang pelbagai macma tu. Biasanya kalau aku sebut nak makan, kami akan pakat-pakatlah masak. Ni dah lama dapur memasing tak berasap untuk buat pot luck, so sebab tu gamaknya bila ada peluang macam ni, habis semua makanan yang ada. Sekarangni pun tengah mood exam, so at least cikgu-cikgu rasa relaxlah sikit sebelum berperang menanda kertas jawapan pelajar pulak nanti....

Kepada kawan-kawan seperjuanganku...terima kasih banyak-banyak atas bantuan kalian....Semoga ukhuwah antara kita berkekalan dan sentiasa dipermudahkan dalam apa jua yang kita lakukan....Amin....

Tq my dear frens!!!

Tu yang berbaju purple..aku le tu!Hihihihi...

Monday, May 24, 2010

TOLONG BACA INI!!!


Salam kengkawan.....aku baru check email. Tengok kat junk email folder ada satu email ni. Bahaya betul bila tengok ada email dari pihak Maybank kononnya...tapi aku tak cepat latah, teringat kes-kes penipuan. Dalam email ni mintak verify account.Ni isi kandungan email yang dihantar kat aku...


Click to enlarge the image

Tu link yang si penipu ni bagi........

Aku saje balas email tu, nak tengok ke mana peginya email aku tu. Sekali tu dapat email camni plak..


Aku dah agak dah! Benda ni memang penipu punya!!!  

Aku sajelah klik kat link tu, sekalitu kuar page macam Maybank..tapi kalau u ols klik Maybank asli punya website, takkan sama macam yang websit tiputu. Aku teringat kes-kes penipuan yang berlaku melalui email macam ni lah. Ada pihak yang menyamar sebagai pihak Maybank. Dahtu suruh verify le konon akaun kita. Sekali tu dengan duit-duit kita lesap! Bahaya betul kan! Bila dah view website tipu tu, aku tak delah buat apa-apa. Mujurlah kes macamni dah pernah jadi dan aku pun dah berhati-hati. Buatnya tak teringat, kita pun bagilah segala detail yang penipu ni nak...hancusssslaaa.....

Ni le website yang kuar pas kita klik phishing url taditu....memang sebijik sebijun macam yang asal tapi kalau yang asal, akan kuar macam kat bawah ni dulu...pas kita klik login tu baru akan kuar macam kat atas....


Ni le website yang tulen/asli

 Aku dah call pihak Maybank tadi bagitahu pasal benda ni, dan diorang maklumkan memang tak de arahan pun suruh aku verify account macam dalam email tu...Aku dah pun reportkan kat website Maybank dan bagi phishing URL tu....Alhamdulillah, aku tak menjadi salah seorang mangsa mereka si penipu jahanam!!

So kengkawan, berhati-hati ye! Penipuan berada di mana-mana.....Jangan kita menjadi mangsa penipuan pihak-pihak yang mencari jalan mudah untuk mendapatkan duit!! Semoga Allah melindungi diri kita dari sebarang kejahatan yang tersurat mahupun tersirat....Aminn......

Sunday, May 23, 2010

Award dari Ainey-Ibu Mifzal Arsyad



Dah perasan award ni hari tu...tangguh punya tangguh...lupa plak aku...So tengah free ni, aku ambiklah awardni. Mekasih banyak-banyak kat Ainey ye...Dah ambik award, kena jawab tag juga....Ok, ni jawapan akak ye....Layannnn.......

1- Apa yg bermain di fikiran anda sekarang ni??


Adake tak besday celebration malamni....harap-harapnya ada...tu pun kalau en Hubby tak lupa!
2- Apakah nama samaran u'all??


Tak guna nama samaran....masih kekalkan AYU IDRIS
3- Berikan 3orang yg u'all sayang...


En Suami, anak-anak....family...kengkawan...ala, terlebih sudah!
4- Panggilan utk si DIA


Sejak zaman bercinta sampai sekarang~AYANG
5- Hadiah yg korang impikan dari seseorang yg istimewa..


Tengah usha-usha Blackberry/iphone.....huhuhuh...tah dapat tah tidak....

6- Blog mane yg korang suke visit??


Blog kawan-kawan blogger dalam list
7- Tag kan kepada 15org rakan blogger korang..

Tak mo taglah....sesapa yang jadi follower aku, silakan ambik award ni ye...yang tak follow tapi sudi menjengah..pun boleh ambik jugak...

Setahun lagi...alhamdulillah

Alhamdulillah....buka aje mata hari ni, aku masih lagi bernyawa....Terima kasih Ya Allah atas pinjaman nikmat iman dan Islam...Atas kurniaanMu memanjangkan usiaku setahun lagi. Ya,hari ni,23 Mei , 32 tahun yang lalu lahirlah seorang bayi perempuan yang comel....ya, bayi itu aku....Kini aku dah pun bergelar Mama kepada 3 orang anak dara...Cepat betul kan masa berlalu! Tak sedar aku dah 2 tahun melangkau kelab 30an!!Hihihihih.......

Rupa sesudah 32 tahun.....fresh aku snap kat sekolah ni...


Aku nak wish kat diri aku sendiri...HAPPY 32ND BIRTHDAY AYU!! Tiada lain yang aku hajatkan melainkan sentiasa mendapat maghfirah daripada Allah...dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur agar aku dapat berbakti kepada yang memerlukan....Dirahmati dan diberkati Allah selalu....Dipanjangkan jodohku dengan suami tercinta....dianugerahkan anak-anak yang solehah......




zwani.com myspace graphic comments
 

Kepada kawan-kawan yang turut sama menyambut hari lahir pada hari ini, SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANDA!! Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah dan terus diberikan nikmat iman dan Islam....Terimalah ucapan Selamat Hari Jadi dalam pelbagai bahasa khas untuk kalian.....

@= Selamat Hari Jadi (Malay)

@= Happy Birthday (English)

@= Sun Yat Fai Lok (Cantonese)

@= Qu Ni Sheng Er Kuai Le (Mandarin)

@= Joyeux Anniversaire (French)

@= Alles Gute zum Geburtstag (German)

@= Hau`oli la hanau (Hawaiian)

@= Buon Compleanno (Italian)

@= Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu (Japanese)

@= Saeng il chuk ha ham ni da (Korean)

@= Fortuna dies natalis (Latin)

@= Feliz Aniversario (Portuguese)

@= Janam din diyan wadhayian (Punjabi)

@= S dniom razhdjenia (Russian)

@= Feliz Cumpleaos (Spanish)

@= Grattis p fdelsedagen (Swedish)

@= San leaz quiet lo (Taiwanese)

@= Suk San Wan Keut (Thai)

@= Droonkher Tashi Delek (Tibetan)

@= Dogum gunun kutlu olsun (Turkish)

@= Chuc Mung Sinh Nhat (Vietnamese)

@= Selamat Ulang Tahun ( Indonesia )

Saturday, May 22, 2010

Yang...apsal cepat sangat ni?? U ni..tak boleh sabar dah ke?

Ni kisah malam tadi. Aku pelik dengan perangai En Hubby. Biasanya kalau aku nak,aku yang akan ajak dia. Nak harapkan dia ajak,hhmmmm.....jari tangan dan kaki yang ada 20 ni pun berlebih banyak. Tak kan pernah cukup. Nak kena tunggu mood elokla...hormon stabil la...tak letih la...kepala tak serabut la..baru boleh tunaikan hajat aku. Kalau tidak, akulah yang terkulat-kulat seorang diri...frust menonggeng! Sendiri pujuk ati lorrrr....

Tapi malam tadi, aku rasa pelik plak bila En Hubby yang ajak. Haaa...mood dia tengah ok le tu kot..Hormon tengah stabillah tu...kepala tak serabut. Aku terus kata ok aje...Pucuk dicita, ulam mendatang. Takkan nak tolak plak kan?? Rugi besar....rugi.....sebelum En Hubby berubah fikiran, aku pun angguk aje tanda setuju...Nampak gayanya kali ni bukan aku lagi yang memulakan...tapi dia! Oklah tu kan...Asyik aku aje yang kena mula...

So....lepas dah siap segalanya....maka bertolaklah kami anak beranak ke KB Mall....Hehehehe....Memang kami sepakat pakai baju hitam malam tadi. Happy familylah katakan! Tempat yang dituju- Restoran Rasa Mas. Aikkk...takkan nak celebrate besday aku kot? Besday aku esok! Aku senyap ajelah...ikut aje mana En Hubby nak bawak. Tunggu jugak kot-kot dia nak announce apa-apa....tak de pun.

Sampai aje kat restoran tu, dia kata lapar..anak-anak pun sama jugak... Aku ingatkan nak celeb besday aku....takkanle pegi makan kat situ aje kan...tak surprisela...Demandle plak aku! hehehehe...Rupanya nak makan aje...Wat suspens I ajelah U ni yang! Aku kata kat dia. Laaa...apsal plak, U ingat apa? Nak celeb besday U ek? Kan besday U Ahadni...errkkk...Diakah yang tak sabar atau aku???? Hihihihi....

Mehlah kita layankan gambar-gambar wajah-wajah keriangan sebelum dan selepas perut yang lapar berjaya dikenyangkan!

Perut tengah lapar..tapi muka tetap menten sengih!

Mama dan 2 anak dara

Aksi lentok Damia si manja Papa

Kak Nana dah tak sabar nak makan!

Ni peberet aku...pegilah mana pun, tofu Jepun ni mesti aku order!

Muka riang gumbira lepas perut dah kenyang! 3 anak dara permata hati Mama dan Papa

Aku tunggu ajelah esok...adakah En Hubby akan celebrate besday aku yang ke 32 tu ke tak?Huhuhu...malas berharap, kang aku jugak yang frust menonggeng!

Oh kengkawan...jangan lupa join GA aku ye....closing date 31 hb ni....

Friday, May 21, 2010

Cuaca panas...tekakpun mulalah buat hal!



Cuaca kat KB hari ni panas terik macam biasa. Jarang sangat bumi KB ni disimbahi air hujan. Yang paling baru, hujan turun 2 hari lalu....tapi masih lagi tak mampu menyejukkan keadaan. Bila cuaca panas memanjang ni, cepat sangatlah suara aku hilang. Hari tu dah hilang sekali...pegi klinik dapat ubat 4-5 jenis, tapi batuk masih setia lagi menemani aku. So aku try cari petua-petua dan amalan tradisional untuk hilangkan batuk ni. Aku nak kongsikan beberpaa petua tentang hal batuk ni. Mana tau, kot-kot ada kawan-kawan kat luar sana yang tengah batuk macam aku juga....

1. Ambil secubit kapur sirih, campurkan dengan madu lebah. Sapukan pada bahagian leher anda. InsyaAllah, batuk akan hilang.

2. Makan telur masak separuh dicampur dengan madu lebah. Amalkan selama seminggu pada waktu pagi.

3. Untuk bayi bawah 2 tahun, boleh cuba petua ni. Ambil kunyit atau bawang putih. Geselkan kunyit hidup ataupun bawang putih yang telah dibakar sekejap pada permukaan yang kasar dan ambil serbuk yang terhasil tu campurkan dengan minyak masak. Kemudian sapukan pada dada baby.

4. Ambil beberapa helai daun pucuk ubi kayu, sedikit kapur sirih dan sedikit air. Campurkan kesemua bahan tadi dan gaul sehingga kekuningan. Sapukan pada bahagian dada anda.

Ok..tu aje beberapa petua yang sempat aku cari dan kongsikan bersama u ols. Sesapa yang ada petua lain, bolehlah tinggalkan kat ruangan komen ye...Mekasih..

Ambik tag kat umah Ibu Mifzal Arsyad

Jenjalan tengahari Jumaat...actually dah lama tengok tag ni...dan nak buat tapi malas plak. Tak tau nape hari ni semangat nak jawab tag berkobar-kobar...hehehee...So aku pun ambikla tag kat umah Ibu Mifzal Arsyad....

The Rules :-

1) Go to your photo files, select the 8th photo folder.

2) Select the 8th photo in the folder.

3) Post the photo with the story behind it.

 
Tara....kat atas tu le gambarnya! Gambar ni diambil bulan 12 tahun lepas. Masa ni kat umah kazen aku di KL sempena hari jadi anak dia, Syaqil.Aku dan family datang memeriahkan majlis aje......

4) Then challange 8 blogging friend to do the same.

Rata-rata ramai yang dah buat kan...tapi kalau siapa yang blom buat lagi dan nak ambik tag ni, silakanlah ambik dan jawab dengan jayanya ye....hihihihih......

Jawab Tag dari Izzatul Iman


Salam hari Jumaat...hihih..check kat cbox, tengok ada mesej kena tag oleh Izzatul Iman...Mekasih banyak-banyak ye dik...Akak ni bab-bab nak jawab tag ni laju aje...hehehehe....Ok jom kita tengok soklan-soklan cepu cemas dari Izzatul Iman ni...

  1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
    Kecewa..sungguh kecewa...Lepasni kena lebih berhati-hati pada spesies macam ni..
     
  2.  6 orang di hati anda?
    Ayah, adik beradik, Suami,anak-anak dara yang 3 orang tu - Nana, Syasya, Damia
  3. Anda rasa anda comel?
    Alhamdulillah...terima kasih pada Allah yang memberikan kesempurnaan kepada saya.
  4. Single or taken?
    Dah nikah...dah ada anak pun!hehehe.....
  5. Blog yang anda suka?
    Yang Ingin Ku Kongsi hak milik Kak Azie Azah..Di Bumi Albany hak milik Nida
  6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
    Alhamdulillah, setakatni kemas lagi
  7. Lagu terakhir yang anda dengar?
    Hati Yang Kau Sakiti nyanyian Rossa
  8. Last text massage?
    Aku lebih prefer Black Berry..hehehe....( reply mesej member ).
  9. Last phone call?
    En Hubby terchenta
  10. Hari terakhir anda menangis?
    Tak berapa ingat....jarang menangis pun....
  11. List lima kaler favourite anda
    a)Biru
    b)Kuning
    c) Maroon
    d) Turquiose
    e)Pink
  12. Orang terakhir anda ber YM
    Dengan ex student saya, Adilaf yang kini belajar kat Kedah nuuuu...
  13. Game paling anda suka
    Cafe World...layan kat FB..hari-hari dok rajin memasak kat sana! hihihihi...
  14. Adakah anda peminat MCR?
    Nak kata peminat tu, tak delah...tapi layan jugakla lagu-lagu diorang tu.
  15. Apa perasaan anda jawab tag ni?
    Suka..laju aje jawab sebab skangkan kat KB tengah cuti....so banyak free time nak jawab. Kalau time keje, alamatnya lambatlah boleh jawab!
  16. Anda rasa tag ni best?
    Oklah...
         Tag lagi 10 orang
          Harapnya yang kena tag ni tak marah ek...Kalau u ols nak tag I pas ni pun I  
          rela....hihihihi....

          1. Kak Azie Azah
          2. Nida
          3. Chugie
          4. Mommy Qastalani
          5. Ieqa
          6. Tuya
          7. Monica
          8. Mama Zharfan
          9. Chegu Along
          10. Hidayah

Selamat menjawab tag ini ye kengkawan!!!

Wednesday, May 19, 2010

Hadiah dari For Your Lovely Baby dah sampai




Entry paling ringkas. Aku dah selamat terima hadiah XOXO wallet daripada Zahira, tuan punya blogshop For Your Loely Baby. Suka betul aku....rezeki nak dapat 2 wallet bulan ni ( satu dripada En Hubby ) So pas ni bolehlah aku gilir-gilir gunakan kedua-duanya....Jom layan gambar wallet tu...


Ni bahagian luarnya....

Ni kat dalam...

Mekasih bebanyak ye Zahira.....semoga bisness u berjalan lancar dan berjaya hendaknya...

Kengkawan jangan lupa join giveaway aku ye!

Sunday, May 16, 2010

Hari bahagia untuk diriku dan kamu juga!

Salam kawan-kawan. Hari ni, 16 Mei 2010, hari untuk kami kaum guru.. Tema tahun ni :GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. Bangga sekejap menjadi salah seorang guru, atau lebih tepat lagi seorang pendidik anak bangsa. Aku masih teringatkan bait-bait puitis sajak karya Usman Awang, Guru Oh Guru..

BERBURU ke padang datar

Dapat rusa berbelang kaki

Berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

 

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Diam tak diam, tahun ni masuk tahun ke 10 aku bergelar seorang guru. Bila sudah bergelar guru, baru aku tahu betapa perit dan payahnya mahu memanusiakan manusia...Bukan satu pekerjaan yang enteng! Kalau sebut aje pasal guru, yang terlintas di fikiran orang, BEST JADI CIKGU! KEJE SEPARUH HARI! Ayat-ayat macam tu mungkin boleh digunakan 20 tahun yang lalu tapi tidak kini. Dalam situasi aku, tiada istilah keje separuh hari. Hakikatnya, aku bekerja ibarat 2 sesi persekolahan ~ keluar rumah ketika hari masih gelap, balik rumah hari dah pun gelap! Kadang-kala kerjaya guru menuntut sebuah pengorbanan...nampak aje cuti sekolah banyak saban tahun, tapi kami masih lagi boleh dipanggil untuk bertugas. Bukannya aku mahu mengeluh dengan pilihan ku untuk menjadi seorang guru, namun mahukan masyarakat memahami kerjaya seorang guru tidaklah semudah yang disangkakan...

Apapun, aku amat bersyukur walaupun kerjaya untuk menjadi seorang guru ini tidak pernah aku impikan dulu. Namun kini, aku sangat mencintai dunia pendidikan dan sentiasa berusaha untuk memajukan diriku dalam bidang ini. Walaupun aku tak nafikan kerjaya sebagai guru ini banyak cabaran dan halangannya, namun aku yakin dengan semangat yang kental dan jiwa pendidik yang ada pada semua guru, InsyaAllah semua halangan itu akan dapat diatasi dengan baik....

Buat guru-guru yang pernah mengajarku sewaktu di :

SRK JLN HANG TUAH 2 (1984 - 1987)
SK BDR BARU SENTUL (1988- 1990 )
SM BDR BARU SENTUL ( 1991 - 1993 )
MRSM SERTING, N.SEMBILAN ( 1994 - 1995 )
MATRIKULASI SAINS DGN BIOLOGI UKM-SESMA, TERENGGANU ( 1996 - 1997 )

Jazakallah khairan kathiraa...

Budi, bakti dan ilmu yang kalian curahkan kepada diriku sehingga aku menjadi sepertimana aku kini...amat aku hargai...Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kalian...di dunia dan di akhirat

Buat kawan-kawan blogger yang bergelar guru, bekerjalah dengan penuh ikhlas dan dedikasi....Semoga apa yang kita berikan akan dilimpahkan pahala dan rahmat oleh Allah swt.....

SELAMAT HARI GURU 2010!