RSS

Monday, June 14, 2010

EEeeee...rindunya aku! Blog yang dah bersawang....

Salam kawan-kawan...lama betul aku menyepikan diri dari berblogging. Tak dan masa kata orang...Jadual cuti sekolah yang tersangatlah padatnya..Aku baru aje balik ke KB setelah menghabiskan masa selama 10 hari di KL ( student's trip + lepak2 bersama family ) dan ketika u ols baca entry ni, aku tengah bersiap-siap nak ke Langkawi plak petang karang....Huhuhuhu...cuti-cuti Mesia sungguh cuti aku kali ni!

So...aku memang tak sempat lagi nak umumkan pemenang GA aku tu...Mintak maaf dan ampun sangat-sangat ye kengkawan....Nak wat camne, masa betul-betul tak ada untuk aku ngadap depan lappy ni...Jangan marah ok...semoga kalian tetap sabar menantikan keputusannya nanti....

Oklah..tu aje yang aku nak updatekan....so orang-orang Pulau Langkawi...see  u there!(errkk...ada ke yang nak jumpa aku?? ) kuikuikui.....

Friday, June 4, 2010

Baby Damia dah 8 bulan...mood bercuti dah datang!

Salam kawan-kawan...maaf kerana dah lama aku menyepikan sesepi malam ini diri. Memang terpaksa kena paksa aku menyepikan diri kerana tuntutan tugas yang tak dapat aku elakkan.Cewaaah...ayat...Senang cerita aku tengah sibuk dengan urusan menanda exam paper student aku la...Sebabnya...sebabnya..ketika u ols baca entry ni, aku dalam perut bas Mutiara sedang menuju ke arah Kuala Lumpur...Lama betul aku tak naik bas u....Sekali dengan anak-anak aku yang besar ni....Juga bersama rombongan pelajar-pelajar sekolah aku dan sebuah lagi sekolah di daerah Kota Bharu....Kami akan jalan-jalan buang masa dan buang duit di KL sampailah 10hb....Pastu 14hb aku akan ke Langkawi syurga membeli-belah plak.....Perrgghhh...sesekali bila mood bercuti dah datang, hamek ko tak lekat rumah dibuatnya! Mekasih kat En Hubby sebab kasik peluang kat aku untuk mereleasekan tension setelah penat berhempas pulas bekerja.... 

Oleh itu, aku nak mintak maaf banyak-banyak kepada peserta-peserta giveaway aku sebab aku masih lagi belum sempat nak terjah blog u ols sekaligus melambatkan pengumuman pemenangnya...Jangan marah naaa....Aku cadang nak tambah hadiah....tu yang dok pikir nak beli apa kat Langkawi tu. So..pas balik Langkawi nanti aku akan senaraikan semua peserta giveaway aku tu dan sekaligus aku akan umumkan pemenangnya ye...Harap bersabar sebagaimana aku bersabar tak dapat hadiah lagi ni ye kawan-kawan!

Oh lupa plak...Hari ni jugak si baby Damia aku dah cukup 8 bulan...Gigi dah tumbuh 2 batang...tapi tak boleh merangkak lagi. Haissh...berat punggung kot...Tengok anak orang lain yang sebaya dah boleh duduk...nak berjalan dah pun. Tak pelah, Mama yakin Damia boleh jugak nanti cumanya lambat sikitla...



Kepada kawan-kawan yang bertugas sebagai cikgu, selamat bercuti dan selamat menanda kerta exam ye! Ada masa...pergilah bercuti sebelum kesibukan kembali mengejar kita........

Tuesday, June 1, 2010

Macam-macam Ada...pilih yang mana berkenan!

THIS IS STICKY MODE ENTRY. FOR NEW ENTRY, PLEASE SCROLL DOWN.TQ

Salam kawan-kawan....Hari ni bertarikh 18 Mei 2010, aku nak tunaikan janji aku kepada mereka yang berminat nak join giveaway....Memang aku berjanji nak umumkan giveaway aku bulan ni. Kenapa bulan Mei? Sebab ada 3 peristiwa penting dalam bulan Mei ni...pertama. Hari Ibu....kedua... Aku baru aje sambut Hari Guru...dan ke tiga....lagi 5 hari aku akan sambut hari lahir yang ke 32 tahun....muda lagi tue!Hihihihih...so sempena dengan ketiga-tiga event yang cukup bermakna tu, aku nak adakan 3 giveaway yang akan berlangsung secara serentak!

Ok..jom kita check dulu apa yang aku nak korang buat kalau berminat join giveaway besar-besaran aku ni!

KATEGORI 1 : FOLLOWER KE 200

Follower ke 100 dulu, aku tak umumkan pun nak kasi hadiah...tapi kali ni aku mencari follower ke 200...sekarangni baru 152 orang...so sesiapa yang menjadi follower ke 200 yang bertuah tu, dapatlah hadiah dari aku ye!

KATEGORI 2 : GIVEAWAY CIKGU AYU-  TERIMA KASIH CIKGU!

Utk kategori ni, sesiapa yang berminat nak join, sila ikuti langkah-langkah ini ye...

1. Jadilah follower aku dengan ikhlasnya...hehehehe....

2. Buat satu entry bertajuk GIVEAWAY CIKGU AYU- TERIMA KASIH CIKGU! Tajuk-tajuk lain tidak akan diterima. Dalam entry tersebut, silalah upload gambar anda bersama  guru kesayangan anda semasa di alam persekolahan dulu...tak kiralah sekolah rendah ke atau sekolah menengah. Gambar satu kelas ke....gambar anda dengan cikgu tu aje ke...asalkan ada muka ANDA DAN CIKGU KESAYANGAN. Nyatakan juga butir-butir ini di bawah gambar :

NAMA GURU DALAM GAMBAR
TAHUN & TEMPAT GAMBAR DIAMBIL
SEBAB CIKGU NI MENJADI GURU KESAYANGAN ANDA

3. Tepekkan banner di bawah dalam entry anda dan juga di side bar blog anda supaya aku nampak dengan jelas akan kewujudannya dan jangan lupa link back ke entry ni.


4. Jangan lupa tinggalkan URL entry anda kat ruangan komen entry ini aje ye...tinggal di tempat-tempat lain tidak akan diambil perhatian.

5. Entry terbaik akan dipilih sebagai pemenang. Aku akan baca entry u ols satu persatu. Tak guna khidmat Mr Random ataupun undi cara klasik ye!

KATEGORI 3 : AYU IDRIS BIRTHDAY GIVEAWAY!!

Haaa...kategori ni khas untuk birthday aku yang ke 32 tahun pada Ahad depan, 23 Mei. So sesiapa yang nak join, silalah ikut langkah-langkah ini ye!

1. Jadilah follower aku dengan ikhlasnya.....

2. Buat satu entry tentang giveaway ni dengan tajuk sebijik sebijun macam kat atas tu ye....

3. Tepekkan banner kat bawah ni dalam entry u ols dan jugak kat side bar blog u ols dan jangan lupa link back ke entry ini.


4. Last but not least, macam biasala....tinggalkan URL entry u ols kat ruangan komen entry ni...

5. Aku akan buat cabutan sebanyak 5 hadiah. Kalau ramai yang join, InsyaAllah hadiah akan bertambah

Ini hadiah untuk 5 pemenang bertuah itu...hadiah akan dipilih sendiri oleh pemenang mengikut giliran cabutan.






6. Entry terbaik yang berjaya mencuit perasaan dan jiwa aku juga akan mendapat hadiah istimewa.

Ok...so kengkawan yang berminat nak join kategori 1, 2 atau 3..atau kesemuanya sekali dipersilakanlah ye....Tinggalkan semua butiran yang dikehendaki di ruangan komen entry ini sahaja. Untuk sertai kategori 2 dan 3, hendaklah membuat 2 entry yang BERASINGAN. Sila nyatakan :

KATEGORI YG INGIN DISERTAI
URL ENTRY BLOG ANDA
EMAIL ADDRESS

di ruangan komen entry ini sahaja ye....

TARIKH TUTUP UNTUK SERTAI KESEMUA KATEGORI IALAH PADA

31 MEI 2010
JAM 3. 00 PTG

SEBARANG KEMUSYKILAN, BOLEHLAH TINGGALKAN DI ENTRY INI ATAUPUN DI CHAT BOX....