RSS

Friday, June 4, 2010

Baby Damia dah 8 bulan...mood bercuti dah datang!

Salam kawan-kawan...maaf kerana dah lama aku menyepikan sesepi malam ini diri. Memang terpaksa kena paksa aku menyepikan diri kerana tuntutan tugas yang tak dapat aku elakkan.Cewaaah...ayat...Senang cerita aku tengah sibuk dengan urusan menanda exam paper student aku la...Sebabnya...sebabnya..ketika u ols baca entry ni, aku dalam perut bas Mutiara sedang menuju ke arah Kuala Lumpur...Lama betul aku tak naik bas u....Sekali dengan anak-anak aku yang besar ni....Juga bersama rombongan pelajar-pelajar sekolah aku dan sebuah lagi sekolah di daerah Kota Bharu....Kami akan jalan-jalan buang masa dan buang duit di KL sampailah 10hb....Pastu 14hb aku akan ke Langkawi syurga membeli-belah plak.....Perrgghhh...sesekali bila mood bercuti dah datang, hamek ko tak lekat rumah dibuatnya! Mekasih kat En Hubby sebab kasik peluang kat aku untuk mereleasekan tension setelah penat berhempas pulas bekerja.... 

Oleh itu, aku nak mintak maaf banyak-banyak kepada peserta-peserta giveaway aku sebab aku masih lagi belum sempat nak terjah blog u ols sekaligus melambatkan pengumuman pemenangnya...Jangan marah naaa....Aku cadang nak tambah hadiah....tu yang dok pikir nak beli apa kat Langkawi tu. So..pas balik Langkawi nanti aku akan senaraikan semua peserta giveaway aku tu dan sekaligus aku akan umumkan pemenangnya ye...Harap bersabar sebagaimana aku bersabar tak dapat hadiah lagi ni ye kawan-kawan!

Oh lupa plak...Hari ni jugak si baby Damia aku dah cukup 8 bulan...Gigi dah tumbuh 2 batang...tapi tak boleh merangkak lagi. Haissh...berat punggung kot...Tengok anak orang lain yang sebaya dah boleh duduk...nak berjalan dah pun. Tak pelah, Mama yakin Damia boleh jugak nanti cumanya lambat sikitla...



Kepada kawan-kawan yang bertugas sebagai cikgu, selamat bercuti dan selamat menanda kerta exam ye! Ada masa...pergilah bercuti sebelum kesibukan kembali mengejar kita........

2 pengkritik jemputan:

Unknown said...

selamat bercuti bersama murid2..

anak kakyong yg kecik umur 10 bulan baru merangkak.. itu pun lepas dia dah pandai berdiri... dia berdiri (with support) baru lepas tu baru laju merangkak... terbalik sikit.. selalu merangkak dulu baru nak mula panjat2/berdiri nih..

Nida n' Hanafi said...

Salam...

Dah habis tanda paper Biology? Nak minta Nida tolong tandakan? tapi klu nak minta tolong paper 1 je ler yg sanggup... essay memang surrender awal2..hehe