RSS

Friday, October 28, 2011

Jika Isteri Menangis Di depanmu..Hargailah Dia Sebelum Terlewat

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu, 
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi. 

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, 
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu... 



Jika kau membiarkannya pergi, 
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! 



Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
hanya jika dia sangat menyayangimu. 
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .





Wahai suami-suami,,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, 
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. 
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu 

sepanjang hidupmu di saat 
kau terperuk terlalu dalam . 


Wahai suami-suami, 
jika seorang isteri menangis keranamu, 
tolong jangan mensia-siakannya... 
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. 


Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu... 
Lihatlah jauh ke dalam matanya. 

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT 
yang dirasakannya keranamu ?




Apakah keistimewaan perempuan ini? 
Disebalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. 
TUTUR 
katanya merupakan KEBENARAN... 
SENYUMANnya 
adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya... 
PELUKAN & CIUMANnya 
bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya... 


Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. 
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada org-orang yang dikasihinya... 
Dia mampu TERSENYUM di sebalik KESEDIHANnya... 
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN... 
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. 
TITISAN 
air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. 

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal. 
Bahawa
 "Betapa BERHARGAnya dia". 

Sana Sini Situ Dah Heboh

Salam pagi Jumaat buat kengkawan yang dirahmati Allah selalu. Pagi ni bumi Kota Bharu dibasahi air hujan. Lebat sungguh hujan turun. Maklumlah dah sampai musimnya pun. Bila hujan lebat cenggini terasa sedap aje kalau dapat tarik selimut lagi...Tengah cuti hujung minggu ni pepagi tak de nak ke mana-mana dengan suasana sejuk cenggini layan tidur pun best jugak ni...

Sana sini situ dah heboh...Heboh apa ke hal pulak? Apa-apa ajelah ko ni Cik Ayu oiii..Kejap mengamuk, kejap heboh plak. Ada-ada aje yang nak dihebohkan. Ala...bukannya apa, Kota Bharu dah dilanda dengan isu heboh ni haaa..Heboh apa lagi? Cakap straight to the point ajelah apa yang hebohnya!

Taaarraaaa......hari ni dan esok berlangsungnya Jom Heboh kat Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu. Ni merupakan kali ke dua Jom Heboh bertandang ke Kota Bharu. Tahun lepas bulan 3 kalau tak silap aku. Tahun ni kira lambatla pulak..dekat hujung tahun baru tiba giliran Kota Bharu. Tengok cuaca hari ni yang tak berapa ok, tak tahulah camne nasib peniaga-peniaga yang berniaga kat sana tu. 



Orang lain tak taulah, tapi kalau aku time hujan-hujan cenggini suka dok umah aje. Nak bergerak ke mana-mana pun malas aje rasanya. Lainla kalau nak pegi shopping complex, ada tempat parking berbumbung..kira tak yah basah berhujan ok lah. Ini kalau nama nak berjalan-jalan, siap berpayung ala-ala makcik-makcik pegi pasar..jawabnya memang tidak le.

Apapun, semoga cuaca menyebelahi peniaga-peniaga kat stadium tu..Kesian pulak kalau tak ramai pengunjung yang datang...Yang berkesempatan menjenguk kat sana, selamat berjom hebohlah ye!

Wednesday, October 26, 2011

Sesekali Bila Aku Mengamuk!

Aku mengamuk?? Biar betul!!Apa kes? Kan ke hari ni cuti sempena Deepavali...dapat gak aku sambung sehari lagi cuti bersalin aku. Kalau tak dek cuti Deepavali, aku dah start mengajar hari ni. Dah tu, apa kes lak aku nak mengamuk ni?? 

Hahahahaha...janganla saspen. Aku bukannya mengamuk dengan orang-orang kat umah pun. Aku mengamuk cara baik- mengamuk dengan menghabiskan duit aje. Mengamuk aku mengamuk untungkan orang lain. Apa yang aku mengamukkan tu? Jom layan jap gambar-gambar kat bawah ni :





Aku mengamuk kat Bazar Tok Guru petang tadi. Mengamuk beli tudung! Esok aku dah keje balik pas cuti bersenang lenang makan gaji buta bersalin 90 hari so aku pun ambik kesempatanla pegi beli tudung. Oh ya, kalau u ols nak tau, Bazar Tok Guru ni menempatkan kedai-kedai peniaga yang dulunya berniaga kat pasar MPKB. 

Dah tak de tudung ke aku sampai beli banyak camtu? Hahahaha..bukannya dah tak de tudung, tapi biasala tabiat kan nak benda baru. Lagipun, seingat aku tahun ni memang aku tak beli tudung baru pun. Maklumlah zaman peknen aritu aku memang tak de mood langsung nak berhias bagai. Pegi keje pun ikut pakai apa yang boleh aje asalkan orang tak nampak pelik. Sekarangni bila mood berhias dah datang balik, tu yang membeli tudung tak hengat tu!

Memula nak beli selai dua aje, tapi bila aku kata nak beli banyak, tauke kedai tu pun kasi harga murah tah iye murah tah idak.  Aku pun apa lagi, alang-alang beli tudung, biar rembat 10 lai terus! Maka, aku pun pilihla 10 lai yang macam gambar kat ats tu. Waaah....bergaya sakanla aku nanti dengan tudung baru! Hahahaha..sure kengkawan kat sekolah pelik tengok aku yang sebelumni muka macam tak siap tetiba bergaya sakan! 

Sempena dengan hari pertama aku keje esok, kena plak dengan hari Khamis, berbatikla jawabnya! Aku pun pilihla nak pakai baju kat bawahni. Baju ni dah siap lama tapi dek kerana aku peknen, terpaksalah hold dulu nak pakai, Kain ni akak aku beli kat Bandung..pandai lak dia tau kaler peberet aku ni...


Kepada yang dah mula keje esok, selamat bekerjalah ye..Semoga segala yang dilakukan dipermudahkan oleh Allah dan agar kita semua mendapat rahmat. Untuk diri aku sendiri, fokuskan minda untuk mula bekerja lepas cuti yang sangaaaat panjang ini...Tak lama aje pun keje, pas ni cuti sekolah akan bermula plak...yabedabedu cuti lagila jawabnyaaaaa!!!

Alangkah Bertuahnya Mereka!

Labbaik Allahumma Labbaik 
Labbaika la syarika laka labbaik
Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka

Alhamdulillah, musim haji datang lagi...Selalunya kita akan dengar lafaz talbiyah kat atas tu. Tapi pernah tak kita tahu apa maknanya? Sape tau sila angkat tangan! Hehehehe, macamle aku boleh nampak u olls angkat tangan tuh...Meh kita check tengok apa makna lafaz talbiyah tu :

V
V
V
V
V
V
V

                                          1. Labbaik Allahumma Labbaik
       Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.
                                                   
                                       2. Labbaika la syarika laka labbaik:
           Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
           
          3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:
      Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah 
                         milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.



Alhamdulillah, musim haji kali ni ma dan ayah ( ibu dan bapa mertua ) telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah untuk kali yang ke tiga. Kali pertama mereka pergi tahun 2000..kemudian dijemput sekali lagi pada 2004 dan tahun ni. Hari ni genap seminggu mereka bergelar tetamu Allah. Ma dan ayah dah pun selamat bertolak ke Madinah pada 16 Oktober aritu. Oleh kerana kami tinggal di Kelantan, pihak urusan Tabung Haji memberi pilihan sama ada hendak berlepas dari Kuala Terengganu ataupun Kuala Lumpur. Sebab KT lebih dekat, so kami anak beranak ipar dua yang dua tiga kerat ni sepakat antar ma dan ayah. Kebetulan adik ipar aku duduk kat Marang, jadi bab nak transit tu tak de masalah la..
Kalau ikut dalam surat, kena daftar jam 8.30 pagi tapi bila sampai kat epot KT, time tu pukul 7.15 punyalah ramai umat manusia! Yelah kan, may be yang peginya sorang dua tapi yang mengiring/ngantar tu sekampung! Hehehe....tapi alhamdulillah, nak parking keta pun mudah. Tu pun aku rasa dah ramai yang balik kot kalau tak, maunya keliling 7 kali macam tawaf lak nak cari parking!
Segala urusan pendaftaran berjalan lancar. Pihak urusan Tabung Haji pun bagi pertolongan dan bantuan pada bakal-bakal haji dalam segala hal urusan, baik dari mula mendaftar sampailah nak bertolak masuk kat tempat menunggu. 
Bila semua urusan dah siap, tibalah giliran ma dan ayah masuk ke balai berlepas. Adessss...time ni lah yang aku tak tahan. Sebelum tu dok tengok orang lain mengelap mata yang merah masuk habuk  pas buat adegan air mata ala-ala pelakon arwah Mak Neng Yatimah.  Bila tiba time aku lak, memula nak kontrol..wat relax aje tapi tak bolehla plak. Aku tengok anak sulung aku, Nana dah berjurai air mata. Adessss...kalau sorang dah start, mulalah ada yang jadi pengikutnya.. Aku pun termenangisla jugak....pesen ati kecik u....body je besau


Ni le ahli keluarga belah suami aku..adik beradik dia 3 orang aje....tak ramai

Saudara ma dan ayah datang ke epot...tak sempat jumpa kat umah. 
Terima kasih banyak-banyak Kak Sah dan family 

Semoga segala urusan haji ma dan ayah di Mekah berjalan lancar dan kami anak beranak kat sini mendoakan agar mereka berdua serta jemaah haji yang lain mendapat haji yang mabrur...Amin....

To Believe or Not To Believe

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.


3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.


4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.


5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sunday, October 23, 2011

Sarapan Apa?? Sarapan Di Mana??

Salam pagi Ahad buat kawan-kawan yang sudi berkunjung ke laman aku yang tak seberapa ni. Apa khabar gamaknya anda hari ni? Semoga apa yang anda lakukan hari ni lebih baik dari semalam ye! Cuaca kat Kelantan pagi ni mendung. Baru je lepas hujan tadi. Nak menjemur kain pun rasa terbantut. Masa ni lah nak sangat beli mesin pengering baju..

Macam biasa, pepagi lagi aku dah bangun-rutin harian semenjak 88 hari yang lepas. Walaupun aku tak pegi keje, tapi bangun pagi itu mesti. Apa lagi kalau bukan nak buat sarapan untuk en suami dan anak-anak. Untuk pagi ni, aku nak sharekan satu resepi yang paling mudah untuk dibuat oleh orang yang malas macam aku ni.  Maybe ada di antara u ols yang dah pernah buat dan bolehla kasik komen ye nanti.


Kalau pegi Pizza Hut, aku suka benau pesan prawn olio spaghetti. Puas aku godek-godek cari resepinya dan terjumpalah..Kalau sebelum ni aku memang biasa goreng spaghetti kaler putih camtu tapi rasa dia ikut cita rasa aku la...Senang citer prawn olio spagheeti yang  tak menjadi la..;)) Tengokkan resepinya, sangat senang dan cepat pun nak buat. So kalau sesekali nak tukar selera, jemu asyik makan nasi aje kan bolehla try resepi yang amat mudah ni...

Jom kita tengok bahan-bahan untuk buat prawn olio spaghetti ni :

1 bungkus spaghetti
300 gm udang - lagi besar dan lagi banyak lagi best
1 labu bawang putih - dicincang
1 labu bawang Holland  (bawang kuning) - dicincang
1 sudu besar serbuk oregano
3 sudu besar minyak zaitun
3 tangkai cili kering - dipotong kecil-kecil
2 sudu besar serbuk pasti sedap Knorr
Garam - ikut rasa

Cara-cara :

1. Rebus spaghetti hingga lembut. Campurkan dengan 2 sudu besar minyak masak agar tak melekat.

2. Bila dah lembut, angkat dan toskan.

3. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. 

4. Masukkan udang dan biarkan ia masak selama seminit.

5. Tambahkan garam, serbuk oregano dan serbuk pasti sedap. 

6. Masukkan spaghetti dan kacau biar rata.

7. Akhir sekali, masukkan cili kering yang dah dipotong kecil-kecil tadi. 

8. Sedia untuk dihidangkan.


 Mudah sangat kan?? Kalau ada yang pernah cuba tapi resepinya lain daripada yang aku dapat kat atas ni, bolehlah share kat ruangan komen ye...

Apa tunggu lagi...Selamat mencuba!!


Thursday, October 20, 2011

Peerrgghhh...berhabuk,berdebu,bersawang,berkulat, ber ...ber...dan ber lagilah!

Adeeiii......lama betul aku tak menulis.Tengok last entry, pertengahan tahun lepas.Tambah tolak darab bahagi,dah lebih setahun aku peramkan blog aku ni. Sama taraf dengan buat ikan pekasam dah. Mana aku menghilang??? Tak ke mana-mana pun,ada je lagi kat bumi Kelate ni. Tak de alasan kukuh akan kehilangan aku selamat setahun lebih ni..Nak cakap camne ek,tahla..Yg pastinya,bila tengok last entry, nampak sangatla dah lama aku tak update blog ni. Bukan tak sayang oiiii, bukan aku tak cinta (dah macam lagu Salemlah pulak)...tapi tu lah,benda dah nak jadikan....


Straight to the point..bila dapat menulis balik ni,kesian nengokkan blog yang dah lama berhabuk,berdebu, bersawang ni. Rindu wey nak menulis! Walaupun blog aku ni bukanla seglamer blog-blog tersohor yang lain tapi perasaan suka menulis tu yang buatkan aku kembali aktif. Aktif ke?? Hahahaha..sendiri kena jawabla!


Bila dipikir-pikirkan balik,aku dah tau apa punca aku peramkan blog ni...Ni dia antara alasan-alasan yang tak munasarawaksabah yang menyebabkan kehilangan aku dari dunia blogging..

1. Lepas giveaway aku tu,aku terlalu teramat bz dengan keje eleh ko sorang aje ke yang bz cik ayu oiiii!!!  sampai mood nak menulis mengupdate blog tu terus ilang dari pandangan. Tangguh punya tangguh nak wat entry baru..haa...hamek sampai setahun lebih baru ado!

2. Nak dijadikan cerita, dek kerana sikap bertangguh aku tu..sampailah ke berita aku peknen untuk kali ke empat. Berita gumbira terkedu terkezut  tu berlaku bulan doblas tahun lepas. Dan bermulalah episod duka tiap kali aku peknen sama aje pesennya..dengan morning sicknessnya..bukan morning aje lah.day n night aku dok muntah-muntah. Lagilah buatkan aku tak de mood nak ngadap komputer. Rasa menyampah lak tengok komputer. Even nak buat keje sekolah guna komputer pun memang bercinta la nak siap. Maka, berlanjutanla episod tangguh menangguh tak hengat tu sampaila aku selamat bersalin secara C-sect untuk kali ke empat pada 28 Julai lalu...Alhamdulillah, dapat baby girl lagi. Walaupun hasrat nak dapat baby boy tak kesampaian, syukur pada Allah semuanya selamat dan baby aku pun sihat....Pas ni aku dah tak boleh nak merasa masam manisnya time aku peknen sebab atas nasihat doktor, aku dah pun wat BTL aritu. Maklumla, dah 4 kali caesar, doktor nasihatkan agar aku tak mengandung lagi. Aku redha ajela demi kesihatan. Lagipun dah empat orang puteri ni, oklah kan daripada tak de langsung....



Ni le rupanya baby ke empat aku...masa baru beberapa minit dilahirkan...

Aku dan en suami sepakat menamakan puteri ke empat kami dengan nama

WAN ZARA SAFIYA  

yang membawa makna puteri yang berakhlak mulia..InsyaAllah, doanya besar esok perangai dan tingkah laku sepadan dengan makna nama dia...


Ni pulak rupa adik kakak dan adik baby...Nak kata kakak, tak berapa kakak pun! Masa Zara lahir, Damia baru 1 tahun 9 bulan. Perangai manja mengada-ngada tak cukup kasih sayang  menebal lagi dalam jiwa dia...Kiranya ni le kelahiran yang agak rapat berbanding kakak-kakak dia yang reti bawak diri bila dapat adik  baru...




Damia, si kakak yang tak berapa nak jadi kakak


Jeng....jeenngg..jeeennnggg..dari berdua, kami bertiga, berempat, berlima dan akhirnya kami berenam...


Haaaaaa.. ni le rupa aku, en suami dan empat puteri kami.....

3. Bila aku mula nak kembali menulis entry baru, aku lupa apekenda la password aku guna. Puas gak dok try n error. Siyes tak hengat wak!!! Try yang ni, tak jadi. Try yang tu, pun tak jadi jugak sampailah tadi aku try untuk kali ke bape tah n yesssszzaaa..dapat gak log in. Tu yang tak tangguh dah siapkan jugak entry baru untuk tahun ni. Biar pun untuk tahun ni, ni entry pertama aku kira jadilah kan..;)) InsyaAllah, pas ni aku akan aktif menulis balik dengan entry-entry yang lebih padat, mantap, sesedap orang nak baca blog aku yang tak seberapa ni...

Orait....masa begitu mencemburui aku..time dah 6.44 petang..Tugas menghantar anak gi kelas mengaji kena dilaksanakan. Maklumla, tempoh jadi suri rumah sepenuh masa selama 3 bulan dah nak habis minggu depan. Lama tu aku cuti bersalin! Anak last, aku ambikle cuti 3 bulan. Pasni tak merasa dah cuti lelama...

Akhiru kalam...jumpa lagi di lain siaran!! Apapaun yang anda lakukan, semoga sentiasa ceria ye...