Aku mengamuk?? Biar betul!!Apa kes? Kan ke hari ni cuti sempena Deepavali...dapat gak aku sambung sehari lagi cuti bersalin aku. Kalau tak dek cuti Deepavali, aku dah start mengajar hari ni. Dah tu, apa kes lak aku nak mengamuk ni??
Hahahahaha...janganla saspen. Aku bukannya mengamuk dengan orang-orang kat umah pun. Aku mengamuk cara baik- mengamuk dengan menghabiskan duit aje. Mengamuk aku mengamuk untungkan orang lain. Apa yang aku mengamukkan tu? Jom layan jap gambar-gambar kat bawah ni :
Aku mengamuk kat Bazar Tok Guru petang tadi. Mengamuk beli tudung! Esok aku dah keje balik pas cuti bersenang lenang makan gaji buta bersalin 90 hari so aku pun ambik kesempatanla pegi beli tudung. Oh ya, kalau u ols nak tau, Bazar Tok Guru ni menempatkan kedai-kedai peniaga yang dulunya berniaga kat pasar MPKB.
Dah tak de tudung ke aku sampai beli banyak camtu? Hahahaha..bukannya dah tak de tudung, tapi biasala tabiat kan nak benda baru. Lagipun, seingat aku tahun ni memang aku tak beli tudung baru pun. Maklumlah zaman peknen aritu aku memang tak de mood langsung nak berhias bagai. Pegi keje pun ikut pakai apa yang boleh aje asalkan orang tak nampak pelik. Sekarangni bila mood berhias dah datang balik, tu yang membeli tudung tak hengat tu!
Memula nak beli selai dua aje, tapi bila aku kata nak beli banyak, tauke kedai tu pun kasi harga murah tah iye murah tah idak. Aku pun apa lagi, alang-alang beli tudung, biar rembat 10 lai terus! Maka, aku pun pilihla 10 lai yang macam gambar kat ats tu. Waaah....bergaya sakanla aku nanti dengan tudung baru! Hahahaha..sure kengkawan kat sekolah pelik tengok aku yang sebelumni muka macam tak siap tetiba bergaya sakan!
Sempena dengan hari pertama aku keje esok, kena plak dengan hari Khamis, berbatikla jawabnya! Aku pun pilihla nak pakai baju kat bawahni. Baju ni dah siap lama tapi dek kerana aku peknen, terpaksalah hold dulu nak pakai, Kain ni akak aku beli kat Bandung..pandai lak dia tau kaler peberet aku ni...
Kepada yang dah mula keje esok, selamat bekerjalah ye..Semoga segala yang dilakukan dipermudahkan oleh Allah dan agar kita semua mendapat rahmat. Untuk diri aku sendiri, fokuskan minda untuk mula bekerja lepas cuti yang sangaaaat panjang ini...Tak lama aje pun keje, pas ni cuti sekolah akan bermula plak...yabedabedu cuti lagila jawabnyaaaaa!!!
2 pengkritik jemputan:
Banyak tu hasil tangkapan akak mengamuk...tapi cantik-cantiklah , terutama yang baris diatas sekali...
Zureen:hahaha..tulah bila sekali mengamuk tangkap byk terus!mmg cantik2 tudung jenis ni..tak mahal macam jenama Ari**i tu..bolehla wat pegi keje..nak bertukar2...
Post a Comment