Salam kepada pengunjung blogku...dah agak lama aku menyepikan diri dari laman blog ini. Bukannya apa,hajat di hati nak update selalu blog ni tapi apakan daya,ada saja halangan yang menimpa. Tangguh punya tangguh, baru hari ni aku dapat mengadap blog ni dan mula memikirkan apa bahan cerita yang nak aku kongsikan bersama...
Aku nak kongsi cerita tentang anak ku yang ke 3, Damia. Dalam diam tak diam, hari ni dah genap sebulan umur dia,bermakna dah sebulan jugakla aku menjalani tempoh berpantang. Macam tak percaya pulak....ini bermakna,aku hanya ada tinggal lagi 10hari untuk menghabiskan tempoh berpantangku. Yelah, bila dah cukup 40hari ni,bolehla aku mula atur langkah jauh sikit dari rumah.
Sepanjang minggu ni,aku memang tak cukup tido..semuanya kerana si kecik Damia. Damia ni waktu siang hari punyalah tidooo memanjang. Bila malam plak dia berjaga. Naik letih aku! Memula tu dia tido pukul 1-2 pg,kira ok lagi. Tapi 2-3 hari ni dia up sikit waktu tido dia....pukul 5 pagi pun ada! Aku terpaksa bergilir2 dgn hubby. Kalau aku tido dulu, hubby yg akan jaga dia dan begitulah sebaliknya. Akibatnya, bila pagi aku mulalah tersangap2 keletihan akibat kurang tido. Tapi yg geramnya, mata aku taknak plak tido waktu pagi..Mungkin sebab aku dah biasa bgn awal, tak kiralah time keje ke, time cuti ke...mesti bgn awal. Padahal bila siang tu Damia tgh lena,aku patutnya blhla curi2 tido jgk..tp dah mata tak nak lelap,hmm...terpaksa ku tahankan jugakla..segarlah plak!
Bila aku pikirkan balik, agaknya perubahan anak ku ini mungkin sebab dia berubah bulan..aku harap jgnla kekal macam ni bila aku dah start keje nanti. Ini pun mujurla aku start keje thn depan,kira aku punya byk masa lagi utk merehatkan diri. Kalau tak, sure pagi aku tersengguk2 time ngajar....malu plak pd anak murid...Takpela,aku yakin Damia tak macam tu....mesti dia sayang mama dan papa dia..pasni dia pandaila adjust masa tido dia balik....
0 pengkritik jemputan:
Post a Comment