RSS

Saturday, October 24, 2009

Wan Damia Amanda

Alhamdulillah, hari ni dah pun masuk 20hari usia Damia,anak kesayangan kami yg ke 3. Damia dilahirkan secara pembedahan caesarean,sama seperti kakak-kakak dia. Aku mengalami kesukaran utk melahirkan sejak anak yg pertama. Anak yg kedua, aku try jgk bersalin secara normal tapi apakan daya, masih gagal juga. Jadi,utk anak yg seterusnya, doktor dah bagitahu,aku tak perlu tunggu sehingga sakit..cukup aje minggu,aku akan dibedah sekali lagi utk kali yg ke 3 (pengalaman melahirkan ) dan utk kali yg ke 5 aku masuk OT..


Masih aku ingat detik 4hb Okt di mana pagi itu aku ada TAC di HUSM, Kubang Kerian seperti kebiasaannya. Aku samapi di Klinik O&G pukul 9.00pg selepas bersarapan dgn hubby. Hari tu aku sempat berjumpa dgn Kak Zuriana dan Kak Ainun, kawan sekerjaku yg juga ada TAC di tempat yg sama. Sempat lagi aku bertanya khabar dan berbual-bual sementara menunggu doktor turun dari melawat pesakit di wad.


Bila tiba giliranku dipanggil,aku terus memberitahu doktor yg aku rasakan baby dlm kandunganku ini kurang bergerak sejak 2hb lagi. Apa lagi,doktor pun terus scan perutku utk tgk keadaan baby..alhamdulillah,semuanya ok.Tapi oleh kerana aku dah bagitahu hal tu pada doktor,dia mensarankan agar aku ditahan wad hari tu juga. Alamak...aku teringatkan roti jalan dan kuzi ayam yg patutnya aku makan di sekolah tengah hari tu sempena jamuan hari raya. Nampaknya memang bkn rezeki aku!


Selepas semua urusan pendaftaran ke wad selesai,aku dibawa naik ke Wad 2 Akik. Mujurlah aku memang dah standby beg pakaian,tapi masalahnya beg tu ada dlm kereta hubby. Jadi aku terpaksa tunggu hubby dtg bawakan begtu agar aku dpt tukar pakaian dan doktorpun mulalah pasang alat CTG tu..


Memaang tak selesa sungguh bila perut dipasang alat CTG tu..nak memusingpun tak boleh. Dahla aku tgh lapar time tu,tapi terpaksa bersabar. Nurse datang memantau graf CTG aku..dan terus beri pada doktor yg bertugas di wad tu. Kata doktor, dah ada tanda-tanda contraction. Oleh sebab aku dah 2kali dioperate pada kelahiran yg sebelumnya,adalah merbahaya jika contraction makin kuat. Jadi,setelah doktor berbincang sesama mereka, aku disarankan utk dibedah pada mlm itu juga. Terkejut campur takut, tapi ini adalah yg terbaik utkku...Segera ku khabarkan kpd hubby dan ahli keluarga yg lain berita tergempar ini...dan pd mlm itu juga,tepat jam 9.40mlm,aku diusung ke bilik bedah 2,HUSM dan tepat jam 10.21mlm,anak ke 3 ku selamat dilahirkan ke dunia dan diiqamatkan oleh hubbyku yg setia menunggu....


Inilah permata hati kami yg ke 3, Wan Damia Amanda yg mana namanya bermaksud Damia - bijak, Amanda - penyayang. Semoga anak ku ini akan menjadi seorang anak yg solehah, bijak dan bahagia hidupnya di dunia dan akhirat...








3 pengkritik jemputan:

coolboy said...

cute kid

Cikmin said...

salam ayu...masya'ALLAH..bambam nya pipi damia ni..terima kasih sudi tggl komen di n3 ttg faheem...

Ayu Cute said...

Salam Cik Min....hehehe...gitulah pp baby kan...semuanya bambam aje...sama2...sila2lah tglkan komen di n3 yg lain ye