Dah lama aku tak menjengah Utusan Online. Kalau biasanya pepagi mesti ngadap Utusan dulu nak tau berita terkini + semasa. Tak delah orang kata macam katak di bawah tempurung tak tau apa perkembangan terkini...Jengah punya jengah, aku paling suka kat bahagian jenayah. Nak tau apa kisah cerita terkini pasal jenayah yang memang tiap-tiap hari ada aje berita terbaru.
Kejadian di Selandar, Melaka, pencuri yang bisu akhirnya tertangkap. MasyaAllah, dahla Allah tarik salah satu nikmat hidup dengan menjadikannya bisu, bukannya nak buat baik tapi jadi jahat lagi ada! Yang lebih menyampahkan aku bila baca cerita tu, orang-orang kampung bersimpatilah dengan nasib si pencuri ni yang nampak sangatlah baiknya....merendah diri lagi gitu....berkelakuan baik tapi hakikatnya perangai macam tut....
Gambar ihsan Yahoo...tak de kena mengena dgn cerita ni
Mamat bisu umur 24 tahun ni rajin pegi masjid...tak penah tinggal solat lima waktu...mesti solat kat masjid. Rupa-rupanya ada agenda terselindung...kat masjidlah tempat dia menjalankan misi jahatnya. Mencuri wang kutipan tabung masjid! MasyaAllah....dalam rumah Allah pun sanggup mencuri! Dah tak de rasa takut pada Allah yang Maha Melihat gamaknya! Tapi tulah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya gedebuk jatuh jugak ke tanah! Semoga dia akan insaf lepas ni....
1 pengkritik jemputan:
Salam Ayu..
Kalau Nida ni pun mudah simpati pada orang.. pantang nampak oku sikit mulalah airmata ni meleleh..hehe
Post a Comment