RSS

Saturday, January 9, 2010

YANG HARAM TETAP HARAM!

Pagi ni ada masa untuk blogwalking. Jengah punya jengah mata terpaku pada entry Pn Kartini - Awas, Apa Yang Haramnya. Rasa diri terpanggil untuk respon pada entry ni. Thank you Kak Tini for the info. Walaupun Ayu rasa ramai yang dah dapat pig fat emulsifier code, tapi adakah kita prihatin dan alert dengan kod-kod tu? So untuk mengelakkan daripada kita termakan makanan yang mengandungi sumber HARAM, Ayu mencadangkan agar kita print out pig fat emulsifier code tu dan simpanlah dalam hand bag/purse/wallet. Print kecik aje..agar senang dibawa dan dirujuk setiap kali kita nak beli makanan di supermarket.





Gambar dari blog Pn Kartini

Sejak Ayu dapat kod tu tahun lepas, memang hati tak senang. Rupa-rupanya selama ni ada jugak termakan makanan yang terang-terang tertera cop logo HALAL tapi bila dibelek-belek, sah-sah ada pig fat emulsifier code tu!MasyaAllah....begitu mudahnya umat Islam terpedaya, hanya melalui makanan dan logo HALAL yang tak tahu macamana boleh dapat HALAL tu!

Biarlah kita bersusah payah sikit, kena buka note tadi dan check dulu sebelum membeli...Ayu rasa tak susah sangat pun demi mengelakkan diri kita termakan benda-benda yang haram...Yang akhirnya menjadi darah daging kita juga nanti. Kebanyakan emulsifier ni terkandung dalam biskut dan juga coklat....

Antara makanan yang dah pun Ayu check yang mengandungi pig fat emulsifier code tu ialah :

1. Kebanyakan jenis coklat Cadbury, especially yang kita beli di Langkawi

2. Kebanyakan biskut keluaran Munchy's

3. London Swiss Roll - memang budak-budak suka sangat nih!

4. Apollo Swiss Roll dan kebanyakan kek keluaran Apollo

Ayu akan update lagi dengan jenis-jenis makanan yang mengandungi pig fat emulsifier code tu nanti ye.....

Semoga kita dilindungi dan dirahmati Allah daripada sebarang tipu muslihat halus manusia yang tak bertanggungjawab yang secara halus mahu menghapuskan Islam! Amin...

10 pengkritik jemputan:

annie said...

Salam perkenalan Ayu,

Terima kasih pada Tinie kan, sudi share ngan kita sume, akak pun nak copykan kod2 yg mengandungi natang haramjadah tu (NAUZUBILLAH) kat blog akak.

Harap Ayu pun akan teruskan niat utk updatekan lain2 makanan lagi tu - utk panduan kita bersama. Insyaallah

- jinggo - said...

terima kasih
satu lagi perkongsian yg cukup bermakna.....

maiyah said...

makasih, bagus info ni, tgk le ada saje yg mrk nk kaburkan mata krn nk untuntug

Mr Kamikaze said...

good info..

insan pendidik said...

Salam,

bagus la dengan peringatan tu mudah2an kita berwaspada dan memberi peringatan buat yang lain...

Sharinginfoz said...

hmmm, anyway saya berpendapat, i am sure JAKIM lagi tahu mengenai halal dan haram, jangan misleading the public, are u really sure that E471 tu memang mengandungi lemak haiwan yang tak halal?????

Jom Rotiboy

Dapat Voucher Tesco

BeaN MorENo said...

thanx for the info...nak list tu boleh???

DauS said...

bukankah ini isu lama? memang itu emulsifier, tapi dari sumber tumbuhan. dah ada penerangan lanjut kat akhbar. =)

sensasi said...

eyh info nie salah...tak semestinya E471 haram..baca artikel ini untuk mengetahui dengan jelas bahawa perkara2 yang anda sebut adalah halal..kenapa..

click sini utk baca info ttg ini
http://my-sensasi.blogspot.com/2010/01/emulsifier-e471-tidak-semestinya-haram.html

awatis said...

kalau x salah saya 471 dgn 476 tue syubhah. Kalau dia indicate dr plant ok je =)