Kisah kejadian ni berlaku pada 13.3 2010, masa cuti sekolah baru-baru ni.Alkisahnya,aku ada jemputan kahwin kat Tanah Merah dan kat Kubang Kerian. Yang kat Tanah Merah tu jemputan kahwin pelajar UPSI yang pernah praktikal kat sekolah aku,Ya nama dia. Yang kat KK tu plak jemputan kahwin bekas student aku.So bila dah mendapat persetujuan En Hubby, maka kami anak beranak pun dengan penuh bersungguh-sungguh dan muka ceria aje bersiap-siaplah nak bertolak ke Tanah Merah. Pastu kalau sempat nak ke KK lah pulak.Masatu jam dah pun pukul 1.00 ptg. Tengok cuaca kat luar pun dah mendung. Tak pelah, redah ajelah.
Nak dijadikan cerita....bila sampai aje kat Tanah Merah, kami melilau cari alamat umah si Ya tu. Dahla aku tengok map umah dia kat FB aje...kononnya boleh ingatlah. Siap tunjuk kat En Hubby sebab dia biasa bab-bab jalan kat Tanah Merah ni. Lebih malangnya, sebelum nak bertolak tu kunun nak tengok balikla map tu tapi tenet kat umah plak buat hal.Hadoiii....sudah jatuh ditimpa tangga....Aku plak lupa bawak henpon,so ingat-ingat gitu ajelah. Bila sampai sana, tak jugak jumpa taman perumahan umah si Ya ni. Yang peliknya, bila tanya kat orang-orang yang kami jumpa, semua macam tak tau aje. Tak wujud ke tempat tu? Pelik gak kan! Dahla perut tengah lapar...pusing-pusing aku dah naik hangin! Takkanle seorang manusia pun tak tau tempat tu! Pelik bin ajaib ni...Sudahnya selepas berapa kali kami sekeluarga dok tawaf dalam keta, maka dengan hati yang sebal lagi tension kami pun bertolak balikle ke KB...tak de la merasa makan nasi kenduri...
En Hubby yang dah kelaparan dan kebengangan walaupun tak cakap kat aku terus ajak pi makan. Hahahah...apa sudah jadi?? Hajat nak makan nasi kenduri sudahnya bertukar menu! Hiihihii...tak pelah, dah tak de rezeki kami kan nak wat camne. Maka, dalam kedaan hujan lebat tu, kami pun singgahle kat New Horizon Garden Reastaurant...ala yang kat tepi Highway Tendong tu..jalan nak pi Wakaf Che Yeh...di situlah kami makan...mengisi perut yang dah lapar sejak tadi lagi....hahahahha....
Marilah kita layankan gambar-gambar kami anak beranak kat restoran tu...
Hahaha..gambar coaster pun nak snap jugak ke? Tunggu makanan tak sampai, so segala objek yg boleh dijadikan cerita aku snap!
Syasya dan En Hubby...muka tgh lapor!
Kak Nana yg tersengih paksa rela
Aku dan si bulat Damia...seb baik Damia tak byk ragam hari tu...
Selepas makan dengan jayanya, kami pun balikla ke rumah. Hajat nak pegi umah ex student aku tu sudahnya tak jadi. Time kami dah habis makan, hujan masih lagi lebat menyiram bumi.....Tak de rezeki kami nak ke kenduri kahwin, tapi jadi rezeki New Horizon terima duit dari kami!
Moral of the story, jgn lupa bawak henpon!
2 pengkritik jemputan:
sian dia, nk kene standby betul2 len kali
laaa kesiannya.. takpelah ada ler hikmahnya tu
Post a Comment