RSS

Tuesday, March 30, 2010

Goreng pun sodap!

Jam di lappy kepunyaan Cik A telahpun menunjukkan ke angka 1.00 ptg. Alamak,dah tengah hari rupanya! Dengan menggelabahnya Cik A pun masukla ke dapur,nak start memasak apa-apa menu yang patut...Tetiba terdengar deringan henpon..sapa plak ni?? Oh,En Hubby rupanya...

Dialog antara Cik A dengan En Hubby :

En Hubby : Hello Yang,u dok buat apa?


Cik A : I baru nak masak ni...nape?


En Hubby : Ic, I lapar ni....u masak apa ari ni?


Cik A : (tgh dok memikir nak masak menda) Aa.....I masak siakap cili padi boleh?


En Hubby : Sodap tu! Tak pe, I pun jauh lagi ni, baru kat Lembah Bidong...kul 2.30 ptg kang I sampai le...


Cik A : Wokeh...wokeh...

En Hubby ni macam tetau aje aku nak start masak.Mujur dia call dulu bagitau, kalau dah dekat sampai baru call kata nak makan, alamatnya makan ajelah junk food yang berlambak-lambak beli kat Jom Heboh aritu!Hehehe.... Oleh kerana hari ni aku bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan,maka dapatlah aku masak untuk lunch ..Oleh kerana yang ada dalam fridge cuma ikan siakap dan udang aje, so dapatlah aku applykan  resepi  dari blog Cik Min yang ramai peminat tu,I pun peminat setia u tau Cik Min! Ayu kopipes resepi ni ye Cik Min!

Kat atas tu rupa siakap cili padi Cik Min....

Yang atas ni rupa siakap cili padi aku....buruk aje rupanya...terlebih sudah kuah....eheheheh....

Sesape yang berminat nak try,cubalah resepi yang dah aku kopipes kat bawah ni ye...Cik Min, mintak halal ye!

 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap

5 tangkai cli padi-dipotong halus

3 tangkai cili merah-dipotong halus

1 biji bawang merah-dipotong halus

2 sudu makan sos ikan

1 sudu makan sos tiram

2 sudu cili kering yang sudah dikisar

Sedikit hirisan daun bawang

Karet-dihiris

Tomato-dihiris

Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
Goreng ikan hingga garing dan ketepikan

Panaskan minyak dan tumis cili kering diikuti bahan-bahan yang telah dipotong halus biarkan hingga garing dan naik bau

Tuangkan sos ikan dan kacau rata

Kemudian masukkan sos tiram ,garam dan gula

Taburkan hirisan karet,tomato dan daun bawang

Biarkan masak seketika dan tuangkan ke atas ikan

Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas

2 pengkritik jemputan:

TuYa said...

salam kak..
sodap!!!
telan air liur Tuya tengok..hehehhe..
minta sket..

Cikmin said...

salam ayu..vavava..tahniah kerana berjaya membuat resepi ikan ni..yg dlm folrder resipi byk2 tu..bila la agknya ye..ekekekek..