RSS

Monday, March 1, 2010

Nasib Anak Tong Sampah!

Kesian....menyayat hati bila aku terbaca petikan akhbar dari Metro...luahan hati anak tong sampah!Sudahlah kita baru dikejutkan dengan berita kematian arwah adik Syafiah, ini pula luahan hati anak tong sampah tentang nasib yang menimpa dirinya.....sayu..syahdu....apa nak jadi dengan dunia hari ini??

Anak tong sampah?Tong sampah pun ada anak ke??Apa sebenarnya takrifan anak tong sampah ni? Ini petikan dari akhbar Metro...tentang luahan hati seorang lelaki yang dahulunya dibuang di tong sampah!Masyaallah!Inilah realiti kehidupan zaman serba moden....tapi pemikiran manusianya masih di takuk lama! Masih jumud!Mana pergi rasa kemanusiaan sehingga insan tak berdosa menjadi mangsa?? Siapa yang harus dipersalahkan? Dok tuding jari ke sana, yang diri sendiri macamana??

PUTRAJAYA: “Kalau dilahirkan hanya untuk dihina, dicaci dan ditipu masyarakat, lebih baik kami dibiarkan mati saja. Kadang-kadang saya rasa ada baiknya juga bayi dibuang ibu bapa itu meninggal dunia supaya dia tidak perlu menghadapi kesukaran hidup seperti yang saya alami kini,” luah seorang ‘anak tong sampah’ yang hanya mahu dikenali Khairul, 23.

Khairul yang berketurunan Cina dibuang ibu bapanya ketika masih bayi berhampiran tong sampah di pekan kecil di Mentakab, Pahang, mengakui sepanjang 23 tahun memegang status anak ‘terbuang’, kehidupannya tidak pernah bahagia, malah sentiasa menerima ujian dan cabaran sehingga ada kalanya dia sendiri tidak mampu menanggungnya.


Lebih menyedihkan, lelaki malang yang tidak pernah mengecapi kasih sayang ibu bapa itu turut berdepan kesukaran mencari pekerjaan kerana memegang kad pengenalan merah, status pemastautin tetap (PR) walaupun pada hakikatnya dia dilahirkan di negara ini.

“Saya sudah bosan dicap sebagai pendatang asing walaupun saya dilahirkan di Malaysia. Saya bukan warga Indonesia, Bangladesh atau India, malah tempat lahir yang tertera di kad pengenalan juga dinyatakan Malaysia. Semua perkara susah nak buat, nak minta kerja susah, bila dah dapat kerja, ditipu majikan. Bila nak ambil tindakan kata tak layak sebab bukan warganegara.

“Jika semua anak terbuang menerima nasib seperti saya, tidak mustahil lebih banyak masalah sosial akan berlaku di negara ini. Yang lelaki akan menjadi perompak, perogol, pencuri dan penjenayah, manakala perempuan menjadi pelacur.

“Kalau melakukan kesalahan, kami akan dipenjarakan. Sekurang-kurangnya kami akan diberikan makanan dan minuman secara tetap setiap hari, tak perlu menahan lapar,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Penderitaan Khairul tidak berhenti di situ saja. Lebih menyayat hati satu-satunya harta yang ditinggalkan arwah isterinya, anak lelaki berusia setahun dua bulan, cuba dirampas kakak ipar dengan alasan sama.

Lebih menyedihkan, dia dipisahkan daripada anak kandungnya sendiri sehingga sembilan bulan sebelum mendapat perintah penjagaan sementara daripada Jabatan Agama Islam Selangor.

Dia yang memeluk Islam pada Mei 2007 mendakwa, kakak iparnya pernah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menyatakan dia tidak layak menjaga anaknya kerana dia anak terbuang dan tidak mempunyai ibu bapa.

“Kata-kata itu amat menghiris perasaan saya. Kenapa pertikaikan hak saya sebagai seorang bapa sedangkan anak itu darah daging saya sendiri yang lahir hasil kasih sayang saya dengan arwah isteri.

“Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaganya (anak) kerana itu amanah Allah. Malah, saya mampu dan saya tidak akan mengabaikan anak sendiri kerana tidak mahu kehidupannya menderita seperti yang saya alami selama ini,” katanya.

Mengimbau kehidupan ketika kecil, Khairul mendakwa dia ditemui seorang lelaki Cina dalam keadaan cukup sifat dan sihat berhampiran tong sampah di Mentakab berserta sijil kelahiran yang hanya tertulis namanya sebelum dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Kuantan, Pahang, sehingga berusia tiga tahun.

Dia kemudian dipelihara satu keluarga Cina sebagai anak angkat, namun menjadi mangsa dera keluarga angkat yang juga kaki mabuk termasuk disimbah air panas dan dipukul. Akibat tidak tahan dengan tindakan kejam ibu bapa angkat, dia melarikan diri ke balai polis untuk menyelamatkan diri sebelum dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Cheras, Kuala Lumpur dan dipindahkan ke Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar, Perak.

Khairul berkata, sebaik genap usia 18 tahun, penghuni rumah kanak-kanak berkenaan dibebaskan bagi menjalani kehidupan seperti orang lain, namun akibat tidak pernah didedahkan dengan sebarang kemahiran atau latihan, mereka hidup ibarat layang-layang terputus tali dan terpaksa berdikari untuk meneruskan hidup.

Namun, status yang dipegang serta dokumen pengenalan diri yang mengelirukan menyebabkan kehidupan mereka amat sukar, malah ada antaranya mengambil jalan mudah dengan terbabit dengan kegiatan jenayah.

“Kenapa JKM mengutip puluhan anak terbuang, tapi selepas 18 tahun dibebas dan dibiarkan terkontang-kanting seorang diri. Kalau perkara ini tidak ditangani, perkara sama akan berlaku dan anak yang dikutip ini akan menimbulkan masalah pada masyarakat.

“Justeru, pihak terbabit perlu memikirkan pendekatan terbaik yang boleh diambil bagi membantu golongan seperti kami. Kami tak mahu terus ditindas selama-lamanya sebab kami juga berhak hidup bahagia walaupun ibu bapa membuang kami sejak kecil,” katanya.

Apa peranan kita sebagai warga masyarakat????Tengok saja?? Diam?? Buat tak tahu? JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG??? Apapun dan siapapun kita, setiap yang salah itu harus dicegah...setiap yang susah itu harus dibantu.....
FIKIR-FIKIRKANLAH.......

6 pengkritik jemputan:

Ena said...

Salam..
memg simpati bile bace nie.. susah juge camtu kan!

azieazah said...

Sungguh kesian, kan?

Adakah wajar dipersalahkan JKM sahaja?

Sekiranya anak itu benar pasti warga Msia, kenapa mesti beri kad pengenalan Merah? itulah antara punca kesulitannya juga...

Ayu Cute said...

Tulah,pelik juga bila baca artikel ni....tapi apapun,kena buat sesuatu sebelum masalah yang sama menimpa orang lain pula...

Unknown said...

tsunami sistem sosial
itu istilah terbaru - rapuhnya sistem sosial kita menjadi kan cerita anak tong sampah sebagai satu lagi kelompok ' anak '.....

satu peringatan untuk kita.

Cikgu Hatena said...

sedihnyala mendengar citer nih... beginilah uang terjadi apabila iman di dada tidak kuat... anak di buang merata2... harap2.. anak-anak saya nati tak jadi macam nih...

Unknown said...

Salam. Banyak perkara yang berlaku sekarang ini tidak menggambarkan negara ini bakal menjadi negara berkebajikan...Kecewa benar-benar...