RSS

Thursday, April 15, 2010

Cerita 3H 2M Versi Kopak Kobana - Day1

Ni cerita kejadian yang berlaku 2 minggu lepas. Dek kerana aku peramkan, sibuk dgn keje itu ini baru hari ni aku dapat ngadap dpn lappy terchenta dan sekaligus publish citer ni. Segala citer dan jugak gambar-gambar yang aku tunjukkan kat entry ni bukan untuk menunjuk-nunjuk ye kengkawan....tapi sekadar berkongsi pengalaman aje....

Sempena cuti Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan baru-baru ni iaitu 30 - 31 Mac lalu, aku dan family berkesempatan ke Kuantan sekali lagi selepas hajat nak ke Bukit Gambang masa cuti sekolah hari tu tak kesampaian. Oleh kerana 30 & 31 tu jatuh pada hari Selasa & Rabu, maka sekolah aku dan sekolah anak aku yang sulung ambik cuti peristiwa pada hari Khamis tu..jadinya kami dapatlah bercuti-cuti sakan selama 5 hari, start dari Selasa sampailah Sabtu...So aku dan family pun bertolaklah ke Kuantan pada hari Rabu....

Kami bertolak dari umah pun agak lewat...tapi sebab tau hanya Kelantan aje cuti,so tak de masalahlah rasanya kat jalan raya nanti. Memang pun...jalan raya lengang sungguh! Aku rasa ramai rakyat Kelantan keluar bercuti-cuti masa ni sebab taklah bersesak-sesak dengan orang-orang negeri lain kalau nak pi bercuti kan. Alhamdulillah,perjalanan kami lancar aje....

Nampak ada makcik jual pisang kat tepi jalan....singgah beli kejap..pisang kat atas tu selamat kami beli dgn rege RM7.50 tunai....hutang...

 Dah makan tak kan tak minum plak kan? Teringin le plak nak minum air nyior kata org Kelantan...ternmpk ada gerai jual..ce tgk buah kelapa tu...haddooii..rasa nak rembat sebijik tapi malas nak turun..sudahnya tapau aje air kelapa tu!

 Haaa...ni le yang dinamakan keropok lekor @ versi keropok gotel...hehehe...kenapa panggil gotel??Sebab kena gotel-gotel dulu baru goreng...panassss lagi masa aku beli ni!

Dah siap beli + makan pisang, keropok lekor sambil minum air kelapa muda, perjalanan pun diteruskan ke Kuantan...sebelum tu singgah kat Mesra Mall, Kemaman untuk makan tengah hari dan solat. Tak sah kalau tak singgah Mesra Mall ni...anak-anak le yang paling gembira! Kenapa suka sgt bebudak ni..haa...nanti u ols taule!

Kat Mesra Mall...datang kat sini rasa macam shopping complex kat KL...kurang sikit rindu aku nak balik KL!

Bila sampai Kuantan, hari pun dah gelap. Maklum ajelah berjalan dengan 3 anak dara yang semakin membesar ni selalunya jadi lambat! Sesi menerjah hotel pun terjadilah...dah aku tak buat advanced booking, kononnya sebab hotel tak penuh masa tu. Alhamdulillah, kami dapat jugak check in kat Vistana Hotel....
Kami sekeluarga berposing bagai!!

Dah jadi tabiat aku gamaknya, bila sampai kat hotel mesti nak snap gambar! So ni antara susun atur kat dalam bilik aku tu...Layaannnn....


Selepas bersolat dan mengurus diri, aku pun ajaklah En Hubby ke Tanjung Lumpur. Masa cuti sekolah hari tu tak sempat nak ke sana, so ni kira sesi balas dendamla....kata kengkawan yang biasa pegi situ, memang sedap masakan makanan lautnya...

Anak-anak macam biasala....posing dulu even mata pun dah tak larat nak angkat!

Rambang mata nak pilih seafood weyyyy...dahla segar-segar, banyak pilihan plak tu! So inilah yg menjadi pilihan kami sekeluarga..yang makannya aku dan En Hubby aje! hehehehe...


Seafood yang aku pilih - ketam, lala, ikan siakap dan sotong....penuh meja jugakla...padahal yang makan aku dgn hubby aje! Huhuhuhu...nafsu betul!

Lepas kenyang, tak de aktiviti lain pun untuk malam tu...balik dan lepak bilik ajela....Aktiviti seterusnya sambung keesokan harinya.....Tunggu part 2 pulak ye!

0 pengkritik jemputan: