Best banget!!!! Puas hati!!!
Itu perkataan yang dapat aku zahirkan semalam. Banyak perkara yang berlaku dalam sehari. Perkara pertama : Aku sungguh bertuah dan gembira dapat berjumpa novelis pujaan hati di pesta buku Alaf 21 di pejabat Alaf 21, Seksyen 16, Shah Alam. Terima kasih buat novelis Kak Meen Zulaikha yang telah mewar-warkan berita tentang pesta buku ini di blognya..Tq again Kak Meen!
Setiap tahun, pesta buku nilah yang aku dok tunggu-tunggu. Sebagai peminat novel, aku memang sentiasa beli novel-novel keluaran Alaf 21. Minat membaca memang menjadi hobi aku sejak kecik lagi tapi minat mengumpul novel-novel Alaf 21 bermula semasa aku mengandungkan Nana lagi. Sampai sekarangni, lebih daripada 100 buah novel ada dalam koleksi aku.
Sampainya aku kat pejabat Alaf 21 tu, pengunjung tak berapa ramai. Mudahlah aku nak buat pilihan buku mana yang aku belum beli. MasyaAllah....rambangnya mata aku! Rasa macam semua buku nak dibeli dan jadi koleksi terbaru aku. Kalau ikutkan hati, maunya aku borong semua. Diam tak diam, mata dok melilau tengok buku, tangan pulak dok pilih dan campak buku dalam bakul (jangan tak tau, siap ada bakul disediakan untuk pengunjung!) Aku tengok pengunjung yang datang masing-masing beli penuh 2-3 bakul seorang! Baguslah jika membaca menjadi minat di kalangan masyarakat Malaysia,bak kata pepatah, membaca itu jambatan ilmu. Banyak membaca bermakna banyaklah pengetahuan. Tapi bahan bacaan tu mestilah yang berfaedah!
Aku tak ambil masa lama, takut bila dah rambang mata tak tau nak pilih pulak. So aku pun cepat-cepat ambil buku yang belum lagi ada dalam koleksi aku dan terus bayar. Tahun ni aku kurang beli buku jadi bila ada pesta buku macamni memang aku tunggu-tunggu. Diskaun yang ditawarkan 30%....mana nak dapat! Biasa kedai buku bagi diskaun 10%-20-% aje....Sekali bila dah bayar, rupa-rupanya aku beli 21 buah novel! Buku anak-anak pun aku tak lupa beli....
Anak-anak dara ni pun dok pening memilih buku
Nana berlatar belakangkan timbunan novel
Kebetulan masa aku sampai sana, ada 4 orang novelis-Bikash Nur Idris, Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea dan Wana Amani. Waaaahhhh...hajat aku nak berjumpa mereka tertunai jugak akhirnya. Aku sempat mengabadikan kenangan bersama penulis-penulis pujaan aku tu kecuali Ramlee Awang Murshid yang dah beredar dari meja tu...Huhuhuhu..menyesal tak ambil gambar awal-awal!Tengoklah gambar-gambar aku bersama mereka....Dan tentunya novel terbaru mereka dah pun menjadi koleksi aku sekarang!
Bersama Aisya Sofea
Bersama Wana Amani
Bersama Bikash Nur Idris
Teruskan berkarya buat ketiga-tiga novelis di atas. Semoga lebih banyak karya baru akan terhasil selepas ini...
Selesai urusan di Alaf 21, aku pun singgah kat Plaza Alam Sentral. Elok aje sampai, ada pengumuman pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Apa lagi, aku pun pujuk Nana untuk mencuba nasib dalam pertandingan tu. Syasya? Dah dipujuk masuk sekali dengan kakak dia tapi dia malu.
Peralatan mewarna disediakan oleh pihak penganjur...Lega rasanya sebab kami tak bawak apa-apa pun....Walaupun kualiti pensel warna yang disediakan kurang memuaskan, tapi aku yakin kalau ada rezeki, Nana akan menang.
Nana tekun mewarna
Lukisan yang harus diwarnakan oleh semua peserta
Nana dan hasil kerjanya
Sementara menunggu pengumuman keputusan, macam biasalah bila keluar...acara makan-makan perlu dilaksanakan memandangkan perut masing-masing dah mengalunkan bermacam-macam genre muzik....Kita layankan aje gambar makanan yang kami makan di Garden's Cafe...
Aksi iklan ubat gigi Syasya
Makanan yang berjaya memberhentikan alunan muzik perut kami....
Alhamdulillah...rezeki memihak kepada Nana dan Nana berjaya dapat nombor 2! Ini merupakan kali pertama Nana masuk pertandingan mewarna. Lepas ni, kalau ada lagi pertandingan macam ni, aku nak galakkanlah Nana dan Syasya masuk.
Nana di atas pentas menerima hadiah
Dari Shah Alam, kami singgah pulak rumah cousin aku di Sucasa Corporate Apartment, Jln Ampang. Kak Cik (panggilan aku pada cousin ) buat belated birthday party untuk anak sulung dia, Syaqil. Thank you Kak Cik for the invitation and Happy Belated 2nd birthday to Syaqil!
Dah perangai budak-budak, tengok aje swimming pool..bulat mata sorang-sorang. Anak-anak aku tak lepas peluang mandi walaupun tak bawak pakaian mandi..Mujurlah Mama Cik ada baju mandi untuk diorang pakai...Masing-masing menggelepar macam ikan dilepaskan dalam laut!
Kak Cik and us
Layan pizza dan kek coklat..yummy!
Syasya, Nana dan dua pupu mereka
Ffffuuuuhhhh...penat betul semalam. Mana taknya, buat 3 perkara dalam 1 masa. Tu sebab tajuk entry aku 3 Dalam 1! Tapi apapun ,aku gembira dan puas hati sangat-sangat sebab cuti aku kali ni penuh dengan macam-macam aktiviti!
5 pengkritik jemputan:
bestnye...
ada seorang ust tu tanya,"kenapa kita bole baca novel yg tebal2 tu dlm masa 2 hari je?dan kenapa al-quran yg sama tebalnya dan lebih menarik cerita di dalamnya,kita x pulak pulun nk abeskan dalam masa 2hari?
mmg zouq giler kena kat diri senirik..mari sama2 muhasabah :)just perkongsian,no offense.
to anonymous......antara nak dgn tak nak aje....klu kita nak khatam Quran dlm masa yg singkat, mmg blh..cumanya yg tak jadinya sebab kita tak buat....hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
sronok dpt jumpa ayu.. thnx beli buku saya..
wanajoyz : me too...tak sangka dpt jmpa wana..teruskan berkarya ye!
Post a Comment