RSS

Sunday, December 13, 2009

Cuti-cuti Malaysia : Episod 5 - Dulu, Kini dan Selamanya

Ramai  orang akan datang dan pergi dari kehidupanmu, tetapi hanya sahabat-sahabat sejati yang akan meninggalkan bekas di dalam hatimu.

Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda.
 
Sahabat, rakan, kawan, teman....ada yang datang, ada yang pergi...ada yang hilang tapi kita dapat jumpa kembali. Begitu lumrah alam, setiap yang datang, pasti akan pergi. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti walaupun pengganti itu tak akan pernah sama dengan yang lama....
 
Petang Sabtu lalu aku bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah lamaku..Memang agak lamalah kami tak bersua muka....kalau tak silap aku ada antara kami tak jumpa lebih 10 tahun! Cadangan untuk buat gathering dah lama, tapi hanya terlaksana semalam. Itupun tak semua yang dapat hadir, maklumlah masing-masing dah berkeluarga dan ada alasan tersendiri. Takpelah, next time kita buat gathering lagi harapnya lebih ramai yang boleh join.
 
Pada mulanya rancangan gathering ni nak buat di sekitar kawasan Bangsar...lepas tu tukar plan plak nak buat kat KLCC...sudahnya balik semula ke cadangan asalnya iaitu di rumah Yatie di Green Hill, KGSAAS, Shah Alam. Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak kita jumpa balik kan!Thank you so much Yatie sudi jadikan rumah you tempat kita lepak dan berjumpa...Memang gamatlah suasana semalam! Yang datangnya tak ramai, tapi riuh rendahnya mengalahkan 50 orang! Hahahaha...masing-masing bila dah jumpa tak hengat dunia!


Ni lah tuan rumah yang baik hati...Yatie..Kalau nak tahu, dia ni salah seorang anggota kumpulan Feminin yang fofular tahun 90an dulu

Oleh kerana tuan rumah dah sudi memberikan kerjasama yang baik dalam menyediakan tempat, takkanlah makanan pun tuan rumah kena sediakan ye tak? So kami pun pakat-pakatlah bawak sorang sikit makanan. Kira pot lucklah kan. Layankan aje gambar-gambar makanan kami petang tu...




Hasil air tangan tuan rumah.....

Yang ni Suzy buat

Ni aku bawak....

Lupa nak tanya sapa bawak ni

Minuman plak camne? Haaaa...disediakan oleh tuan rumah....sejuk ada, yang panas pun ada!



Lepas makan, sesi bergambar kenanganlah kan. Yelah, dulu masa zaman muda-muda muka sorang-sorang lain. Sekarangni zaman dah berubah, muka pun dah lain-lain pesen....dah tu siap masing-masing dah ada "hand bag" kiri kanan...hehehe...


Best friend forever!

Mengimbau kenangan lama....tu pasal masing-masing tersengih aje tingat citer dulu-dulu

Our junior aka hand bag..hehehehe

  Ni lah yang hadir memeriahkan gathering kita...semoga ukhuwah yang telah lama terjalin ni akan kekal selama-lamanya...InsyaAllah

 Memang tak puas rasanya kita berborak....banyak lagi kenangan lama yang belum diselongkar....maunya tak cukup 7 hari 7 malam kalau berjumpa ramai-ramai.......Harapnya lepas ni kita akan buat well planned gathering yang boleh libatkan lebih ramai kawan-kawan yang lain....
 
Terima kasih sekali lagi buat tuan rumah, Yatie atas kesudian menerima kunjungan kami....semoga persahabatan yang terjalin antara kita berkekalan selamanya....

7 pengkritik jemputan:

Maiyah said...

gamat le kalo jumpa smula ye

Nida n' Hanafi said...

Salam Ayu..
Macam2 saiz handbag ada ye.. tapi rasanya Ayu punya salah satu handbag kot yang paling kecil....

azieazah said...

Wahhh bestnya... memang seronok kan jumpa kawan2 sekolah yg lama...

ada yg jumpa pakwe lama tak? hehehhe..

MaizaC'Joe said...

salam sis..

bila tengok cmnie.. tetiba rindu kt kwn2.. huhu.. bestnya bila dpt brjumpa.. plan nak gathering selalu tak jadi.. reunion dg ba pa kl postpone.. ya la ada kwn2 further study n krj d overc.. dorng sruh tggu.. tak ckup semua la pl... bila dah brjumpa mst gelak tak hengat dunia.. bestnya... feminin.. maiza minat tue......

-maiza-

insan pendidik said...

salam,

Hari tu teman2 sekolah IP buat jugak gathering. Kemuncaknya kat PWTC. Tapi IP tak pegi pulak. Ade hal. Cari kekawan sekolah pakai facebook senang...

Ayu Cute said...

Salam semua....

Sis Maiyah : mmg gamat tak hengat dunia time berjumpa! Asyik bercerita tak kering gusi dibuatnya!

Sis Nida : Hahaha...mmgpun handbag Ayu yg paling kecik kat situ!

Kak Azie : aritu tak de plak yg terjumpa balik pakwe lama...kalau tak, maunya tingatle plak zaman berchenta monyet dolu2...hehehehe...

Maiza : mmg dik, bila lama tak jmpa kwn2,sekali jmpa hlg sekejap rasa rindu. Yelah zmn sekolahlah zmn yg plg best...skrg bila msg2 dah ada keluarga, lg susah nak jmpa...tu yg bila ada peluang dpt jmpa, walau kejappun tak pela asalkan dpt jmpa kan!hahaha...tulah kwn akak Yatie Feminin...tak sombong..tetap serupa mcm dulu

IP : wah sure bestkan klu IP dpt jmpa kwn2 lama? takpelah, mana tau nanti ada lg gathering blhla IP join sama....dah ramai kwn2 yg Ayu jejak kasih melalui Facebook....

zureen @ mama said...

Terima kasih sbb sudi berkunjung ke blog Kak Zureen..

Nampaknya anak kita ada yg sebayalah..Masuk thn 2 2010 ye..