Beranikah aku? Takut jugak sebenarnya..tapi aku pun tak tahu macamana aku boleh terlebih berani pagi tadi. Gini ceritanya...macam biasalah pagi-pagi aku akan hantar anak-anak ke sekolah sebelum aku sendiri tiba ke sekolah tempat aku mengajar. Nak dijadikan cerita, masa lampu tengah merah, aku stopla...tunggu lampu bertukar hijau plak. Tiba-tiba aku terasa keta aku macam dilanggar orang dari belakang. Aku tanya dengan anak, keta kena langgar ke. Anak cakap aah Mama, nampak ada keta kat belakang langgar tadi.Aku tak puas hati, terus turun tengok apa kebendanya yang berlaku. Aloss....bumper belakang sebelah kanan ada kesan kena gesel....dah tu bumper jadi renggang sikit. Aku dah berhabis banyak untuk cantikkan balik bumper aku tu yang sebelumni memang banyakle kesan-kesan hasil seni aku yang aku tak tau nak apply kat mana...so pas dah elok bumper tu aku pun lebih berhati-hatilah bila memandu...Tapi dek kerana insiden ni, dah cacat balik!
Aku pun tengokla sapelah manusia yang dengan sengajanya menggesel keta kesayangan aku ni...ssuuuppp nampak satu keta Kancil tu yang mulanya kat belakang keta aku tadi dah tukar ke lane kanan dan boleh buat BANGANG aje walaupun tau dia dah menggesel bumper keta aku DENGAN SENGAJANYA!Ini tidak adil!! Tak boleh jadi!! Aku tengok tak de pun tanda-tanda keta tu nak stop mintak maap ke apa ke...menonong aje aku tengok. Aku yang tak puas hati terus tepon En Hubby yang masa tu on the way nak ke Gua Musang, ada court case kat sana. En Hubby suruh sabar, tak payahlah nak memanjang citer...tapi entah dari mana datang darah berani aku....aku kata aku nak kejar keta tu sampai dapat.
Maka, adegan kejar mengejar pun terjadila seperti yang aku mahukan. Waahh...makin laju orang tua ni....hati aku dah panas. Tak pe...tak pe....Aku kasik can lagi...sampailah aku tengok dia membelok ke arah sekolah...arah yang sama aku nak anta anak sulung aku tu. Aku follow lagi...bila dah dekat, aku pun kasik isyarat lampu tinggi pas aku tengok anak dia turun dari keta...Nak tau apa kata dia bila aku tanya betulkan dia yang dah menggesel keta aku? Dia boleh jawab macamni...
"Saya lorat tadi....nak anta anak sekolah. Saya tak berenti sebab jalan sibuk"
Banyakla kau punya lorat! Aku pun nak anta anak aku pi sekolah jugak.Aku sendiri pun nak pi ngajar kat sekolah. Nak lorat apanya, loceng sekolahpun belum berbunyi lagi. Masa kau tukar lane tu lampu dok merah. Amendanya yang ko nak kejarkan sangat? Lainle kalau lampu dah hijau...keta tengah dok jalan,ko nak kejar takut lampu tuka rmerah balik...logik gakla kan...
Aku pun jawab; " Saya pun lorat jugak, nak anta anak pegi sekolah,saya pun keje gak"
Pastu dia tengokla kesan geselan tu kat bumper aku...siap dia boleh kuarkan ayat macamni...
" Oh...kat umah saya ada polish...boleh hilang tu kalau polish balik...."
Nampak sikitkan...tapi bila tengok dekat-dekat..waaaaaaaa.......tak de dah kelicinan yang aku dok jaga selama ini!
Tu dah terenggang sikit..seb baek tadi tolak gitu masuk balik ke posisi asal.....
Haaa...ko trylah polish kalau boleh licin licau tak de kesan calar-balar macam asal! Aci kerat jari pun akan tinggal kesan sebab bila sekali tengok nampak macam ala...tak de menda sangatpun...tapi dua kali tengok, cat metalik keta tu terjejas jugakla....Siap ada calar balar yang dalam gak le tu....huhuhuhu.....
Pastu siap tanya hubby keje apa. Bila aku jawab lawyer, macam terkedu sekejap.Bila aku mintak no tepon dan nama dia bagi.Aku kata nanti aku contact nak setel camne...
Aku bukan apa, kalau korang tengok kat gambar tu nampak sikit aje kan...Aku pun tadi sebenarnya tak kisah kalau dia stop dan mintak maap kat aku....sejuk sikit rasa membara tu. Ini boleh buat dek aje...stop tidak, apa tidak. Sampai ke akhirnya tak de perkataan MAAF pun dari mulut orang tua tu. Aku yang nak kendur jadi tegang balik bila dengan muka selamba tak berenti, tak mintak maap pun dan tak de tanda-tanda rasa bersalah pun. Ke pasal aku ni lady driver, so dia pikir alaaa...apa sangat...Tak de beraninya pompuan ni nak kejar dia. Salah oranglah beb! Darah berani aku tetiba aje datang tadi, tu yang aku kejar sampai dapat...
Tadi En Hubby dah call orangtu, mulalah bagi macam-macam alasan...tak keje la, tak de duit la. Aku ni cepat kesian kat orang, tapi dalam hal macamni, tak boleh nak berlembut sangat. Kalau dia berhati-hati tadi, tak jadi adegan menggesel keta aku tu. So atas dasar percaya, aku tunggu aje orang tu bank in duit dalam akaun aku. Bukan mintak banyak, RM100 aje. Tu pun rasa memang aku kena bayar lebih. Nak suruh dia bayar semua?? Hmmm....aku tak rasa dia akan bayar...So, sekarangni aku akan tunggu ajela sama ada dia bank in duit ke tak. Kalau tak de, SEE U IN COURT!