RSS

Thursday, December 3, 2009

Cuti-cuti Malaysia : Episod 3 - Terjah Lagi!

Salam pembaca dan peminat blogku sekelian (ada peminat ke aku ni?? masuk lif tekan sendiri jap! )

Episod terjah menerjah shopping complex aka pasar raya aku teruskan lagi. Kali ni, aku menerjah Tesco Mutiara Damansara pulak. Punyalah jauh aku pegi, tapi nak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan...hehehe...Lagipun bukan aku yang drive keta, sejak 14 menjak adik aku dah dapat lesen dialah yang bawak kami ke sana ke mari. Aku tukang arah aje. Lagipun kira fairlah sebab sebelum ni kalau aku balik KL, akule yang jadi driver! ( ni kes balas dendamlah ni!)


Perjalanan kami tak lamapun, mujur jalan tak jammed. Walaupun Tesco Ampang lagi dekat dengan umah aku ni, tapi tau-tau ajelah jalan nak ke sana...gerenti jammed punya, tambah-tambah time orang balik keje.


Ada jugak yang jadi model depan entrance Tesco ni

Bila dah sampai tu, aku pun terusla ke tempat yang dituju tapi Nana dok tarik-tarik tangan aku kat tempat ni...Tempat apa lagi....


Dok mengusha beg sekolah Barbie

Aku pun layankan ajelah...

Laaaaaa....tempat beg sekolah rupanya! Nana pujuk aku beli beg sekolah baru dan sudah pastinya pilihan hatinya beg yang ada gambar Barbie! Bukan Mama tak nak beli, agak-agak jugakla kan, kita nak balik KB nanti naik kapal terbang. Seboleh mungkin nak minimakan barang. Macamlah kat KB takde jual beg...hihihihihi...anak aku sorang nih!

Aktiviti mencampakkan barang dalam troli tak la lama sebab aku dah tau apa yang nak dibeli....tapi apasal dalam troli tu banyak benda yang tak terpk pun nak beli ek? Ni keje akak + adik + anak-anak akulah ni! Maklumlah aku tukang bayar, diorang tukang ambik aje....

Syasya dah boring menunggu

Damia tak kesah! Pi memana pun, aktiviti wajib tetap diteruskan

Lepas dah siap beli kat Tesco, anak-anak aku pi terjah pulak kedai jual aksesori wanita. Dah nama pun anak perempuan, pantang nampak kedai cenggitu ada aje yang nak dibelinya walaupun sebelumni dah melambak-lambak benda sama yang dibeli


Nilah kedai yang diterjah dek anak-anak aku

Apa benda yang dibeli kat kedai tu?? Haaaa...nilah dia...


Syasya dengan rantai barunya


Nana beli gelang ni.....

Nana dengan Ashunya

Mana pegi kakak aku?? Hehehehe..dia jadi penunggu troli yang setia.....

Dah siap menghabiskan duit kat kedai tadi, kitorang pun menuju ke tempat parking dan.......


Macam biasa tuan punya tanah pun nak posing.....
jadi tukang angkat baranglah nampaknya!

Kami sampai kat umah pukul 10.00 malam.....letih, penat, ngantuk, nak tido...macam-macam ada!

1 pengkritik jemputan:

Nida n' Hanafi said...

Tulah anak pompuankan... kalau tak menyinggah kedai2 macam gitu memang tak sah.. Anak2 saya pun macam tu... tapi yg geramnya nak beli bukan main memujuk lagi, lepas dah beli pakainya kejap aje...grrrrr