RSS

Wednesday, December 9, 2009

Salah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.


“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

Nota kecik : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….



KahKahKah - Gelak dan Ketawa tak dapat dipisahkan, jika dipisahkan murunglah ia...

6 pengkritik jemputan:

maiyah said...

hehe.. bebudak punya keletah

azieazah said...

Alahaiii...

yang mengajar lum lengkap...
yang diajar langsung tak dapat..

sian betul...

Nida said...

Salam..

Hahaha... aduhhh. rosak2 kalau budak2 tu praktikkan amalan minum arak utk elak cacing.. hehe. Mesti bengang je cikgunya dengan jawapan pelajar yg sungguh kreatif tu..hehe

AYU IDRIS said...

Maiyah : hehehe...g2lah bebdk..diorg bg idea berdasarkan apa yg ditengok...btl jgk tu kan idea diorg tu...

Kak Azie : tulah pasal....nak wat set induksi tp tak sampai apa yg nak diajar aritu...heeheheheh...

Kk Nida : bebudak py pendapat kekdg lbh advance dr kita..tu psl idea2 diorg kreatif2 belaka!yg letihnya cikgula...

Sasha said...

hahaha!! lain yg diajar lain yg diorg paham... nmpknya cikgu2 kena bg penerangan betul2 utk elakkan misunderstanding... utk kes gini sgt merbahaya tuh!

Jasnia said...

:)

Budak-budak memang lurus. Betul la kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya...