RSS

Tuesday, December 15, 2009

Melihat Positif Dalam Negatif...BERSYUKURLAH!









1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur berkaraoke bernyanyi  di waktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur di sisi kita, bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan sudu periuk belanga kuali, BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar itupun kalau kita bayar le...., BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan bukannya jadi penganggur terhormat.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat baju mengecut ke badan mengembang, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita cukup makan dan minum..takkan tak minum plak kan.

5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal ataupun rumah tak kirala rumah apa sekalipun.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar jiran-jiran mengumpat hal kita...tak pun hal orang lain.

7. Untuk timbunan pakaian ala-ala Gunung Everest tu yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja sapulah Yoko Yoko, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif eskalator, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10. Untuk jam loceng yang berdering berkokok pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut... ALHAMDULILLAH!

5 pengkritik jemputan:

Maiyah said...

kita bersyukur akan mudah perjalanan kita

Nida n' Hanafi said...

Alhamdulillah... insaf rasanya dalam diri ni. Kalau tak asyik mengeluh jer trutama past baju yg perlu dilipat tu (kalah dah gunung everest rasanya..hehe)

azieazah said...

Alhamdulillah..syukur pada NYA atas semua nikmat yang diberi..

Selamat meyambut Maal Hijrah AYU... moga diberi kesejahteraan dan kebahagiaan di tahun baru..

zureen @ mama said...

Sebenarnya banyak perkara yg kita perlu syukuri tanpa kita sedar..

Zureen pun nak cuba berhenti merungut lepas ni..

fzi said...

Salam Ayu...
Pendekkata kena sentiasa bersyukur kan ayu....terlalu banyak nikmat dari Allah Taala buat kita...Alhamdulillah... :)