RSS

Monday, December 7, 2009

Andai Itu Takdirnya.....


INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUNN.......

DARIPADA DIA KITA DATANG, KEPADA DIA KITA KEMBALI...ANDAI SUDAH TERSURAT BEGITU CARANYA KITA KEMBALI KEPADA-NYA, MAKA KEMBALILAH KITA TANPA LEWAT WALAU SESAAT PUN...

Sedih...pilu....terkasima...begitu perasaan aku apabila mendapat tahu kejadian kemalangan di KB Mall yang berlaku petang semalam yang mengakibatkan dua orang pelajar Kolej Kejururawatan Masterskill Kota Bharu meninggal dunia, seorang lagi rakan mereka dan pemandu kereta terbabit cedera parah. Aku mula-mula mendapat tahu berita tersebut daripada pelajar-pelajar aku ketika  mereka sedang berbincang di Facebook. Salah seorang pelajar aku yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut memberitahu kereta tersebut mengalami kerosakan dan telah terjunam dari tingkat 3 lot parking sehingga ke tingkat bawah dan menghempap pelajar-pelajar kolej itu yang sedang turun menggunakan eskalator...MasyaAllah....begitu cepat kejadian berlaku sehingga meragut nyawa kedua-dua pelajar yang masih muda. Andai itu takdirnya cara kematian mereka, siapalah kita untuk menidakkan apa yang telah dijanjikan Allah tentang ajal kita...Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin....Al Fatihah!


Tembok di tingkat 3 lot parking yang dirempuh oleh
pemandu perempuan tersebut sehingga terjunam ke tingkat bawah



 




Beginilah keadaan kereta yang terperosok di tengah-tengah eskalator
selepas gagal dikawal lalu menghempap dua orang pelajar
kolej sehingga menyebabkan maut

Pelajar kolej yang parah dalam kejadian tersebut

Berita selanjutnya tentang kemalangan tersebut:



8 pengkritik jemputan:

azieazah said...

Alfatihah... tumpang simpati kepada keluarga mangsa..

begitulah, sebab dan alasan punca kematian. Ajal tiba tak dapat dianjak waktunya...

armouris said...

elak kemalangan, jangan SMS ketika memandu! - Bahaya SMS (Ketika Memandu)

- jinggo - said...

kalau itu cari ' perginya ' - kita sedekahkan Al FatihaH.
kita ambil pengajaran dari semua yang berlaku........

maiyah said...

al fatihah.. ketentuan Allah

Nida said...

Masya Allah.. sedihnya membaca n3 ini. Terbayang bagaimana saat kita dijemput olehNya kelak..

Al-Fatihah buat yg terkorban

Jasnia said...

Al-Fatihah...Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan roh orang beriman. Insyaallah.

Softtouch [Hanim] said...

Al fatihah..

terkejut jugak bila jadi mc tu..yang peliknya mcm mana lah boleh tembus dinding batu tu yer unless kontraktor tu guna bahan yang tak betul atau memang laju kereta tu..entahlah...

Love Says it All~ said...

UPDATE MAKEUP CLASS:


20/12 : PERSONAL MAKEUP DI S.ALAM

15/1 : PERSONAL MAKEUP DI TERENGGANU
16/1 : PERSONAL MAKEUP DI KELANTAN

23&24 JANUARY : BRIDAL MAKEUP CLASS WITH EYRA RIZAL & AMY-AMEERA (2 DAYS)
TO REGISTER EMAIL: EYRARIZAL@GMAIL.COM/INFO@EYRARIZAL.COM
OR
SMS FULL NAME + IC AND SEND IT TO 016-2128740

HTTP://WWW.EYRARIZAL.COM
HTTP://WWW.LOVESAYSITALL.BLOGSPOT.COM

REGARDS,
EYRA RIZAL =)