RSS

Saturday, February 27, 2010

Jom Join Contest (Contest Meneka Perkataan Terbalik)

Contest lagi....lagi-lagi contest!Jom kawan-kawan kita memeriahkan


anjuran Adik Aiman


Syaratnya ialah:
* letak banner kt atas ni ye kt blog korang,bleh mempopularkan Aiman SC&kwn2 !!!hahaha (sengal je bunyi) xtually tuk meramaikn blogger tuk join,senang ckit nmpk.



*adalah seorang blogger dan ada blog sendiri



Cara-Cara Nak join:



Buat entry pasal contest ni (contest meneka perkataan terbalik) dan tulis jawapan itu dalam entry pasal contest ni.



tajuk: Jom Join Contest (contest meneka perkataan terbalik)



Letak banner di atas di sidebar dan entry



Tarikh Tutup :12 March 2010



10 March 2010

Okies Adik Aiman...ni jawapan Akak Ayu ye...

perjalanan kehidupan seorang budak kecil.. steady!hebat!mantap!dasyat!smart!cool beb. dalam menggapai bintang ke puncak kejayaan.hye
semua.follow blog aiman yeh.. tolong doakan aiman berjaya dalam
upsr 2010 pada 12 september 2010.smart & cool.hidup biar slumber.



Pesanan akak sebagai seorang cikgu : Mulakan ulangkaji dari sekarang.Mana-mana tajuk/topik yg kurang faham,buat nota ringkas agar senang nak faham.Bykkan buat latihan topikal dan juga try set2 soalan UPSR sebenar...All the best to u...semoga berjaya dgn cemerlang dlm UPSR 2010 nanti ye....InsyaAllah!

Giveaway Dari New Zealand

Giveaway dari Nida yang sekarang ni bermastautin di New Zealand sempena hari kelahirannya

Happy Birthday Nida!

Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki & bahagia hingga ke hujung nyawa

Tumpang seronok baca kisah kehidupan Nida dan family kat Albany,NZ


Dan sekarang Nida buat giveaway plak untuk rakan-rakan blogger

Mari kawan-kawan kita memeriahkan giveaway Nida

Kata Nida :


Syaratnya:

  1. Perlulah@wajib menjadi followers blog ini.-I DAH LAMA FOLLOW U...

  2. Letakkan blog ini dalam blog list anda.-PUN DAH LAMA LETAK

  3. Kalau rajin buatlah entry dalam blog anda tentang "giveaway" ini, KALAU TAK BUAT PUN TIDAK MENGAPA.- OLEH KRN AYU RAJIN,MAKA AYU DAH BUAT N3

  4. Perlulah@wajib meletakkan banner di atas di sidebar blog anda (di'link'kan ke blog ini).- DAH LETAK &  LINK BACK

  5. Tinggalkan komen dalam entry ini yang menyatakan anda berminat untuk menyertainya.-DAH LETAK KOMEN DAH..MMG MINAT JOIN

  6. Tiga cabutan bertuah akan dilakukan.-CABUT NAMA AYU YE!HEHEHE

  7. Tarikh tutup akan diberitahu kelak
Nak tgk tak hadiah-hadiah yang akan diterbangkan khas dari New Zealand...



Menarik kan kawan-kawan hadiahnya? Jadi kepada peminat contest, apa tunggu lagi, silalah KLIK SINI untuk join giveaway ni....

Akhirnya kita bertentang mata!

Salam kawan-kawan.....semoga sentiasa ceria di hujung minggu. Aku nak berkongsi cerita yang berlaku hari Khamis baru ni.....Aku berkesempatan bertentang mata, bersua muka dengan salah seorang rakan blogger iaitu Kak Chik sempena perasmian kedai bukunya yang berpindah ke tempat baru. Aku kenal Kak Chik ni sejak tahun lepas, tapi tak pernah dapat peluang nak berjumpa....padahal sama-sama di Kota Bharu.Macam tulah bila masing-masing sibuk dengan keje kan...jadi bila aku terbaca berita yang Kak Chik akan mengadakan majlis perasmian sempena pembukaan kedai bukunya tu jadi aku rasa inilah kesempatan terbaik untuk aku mengenali Kak Chik dengan lebih dekat.

Memandangkan lokasi kedai buku Kak Chik iaitu Mari Baca terletak di Billion Shopping Complex, maka berkobar-kobarlah semangat aku nak menjengah. Dekat sangat dengan sekolah tempat aku mengajar, jadi wajarlah lepas waktu sekolah aku singgah kejap. Jadi, habis aje waktu ngajar, aku pi ambik anak-anak dan terus menuju ke Billion...

Sampai aje, aku terus ke tingkat 3 dan tercari-cari kedai Kak Chik...aha,tak susah sangat nak cari sebab dari jauh dah nampak signboard kedai yang cantik sangat tu.

Pemandangan hadapan kedai buku Kak Chik-Mari Baca

Tapi masa tu Kak Chik tak sampai lagi, jadi aku pun putuskan nak jalan-jalan dulu. Pukul 3 lebih baru aku turun balik ke Mari Baca...alhamdulillah...akhirnya setelah sekian lama kenal dalam blog,akhirnya aku dapat bersua muka dengan Kak Chik.Patutpun kawan-kawan panggil Kak Chik..memang kecik dan cute sungguh! Hehehe....lepas acara berpeluk-pelukan aku dan anak-anak pun menjamu mata dengan memilih buku-buku yang ingin dibeli. Lepas puas memilih, kami dijamu dengan makanan yang pelbagai....MasyaAllah...sedap sungguh menu yang disajikan petang tu....semuanya aku try...

Kat bawah ni gambar-gambar sekitar majlis tersebut....layankan aje ye kawan-kawan...
Sekitar pemandangan dalam kedai Mari Baca...


Himpunan buku-buku yang terdapat di Mari Baca..

Anak-anakku tak lepas peluang posing jugak

Pelbagai pilihan buku untuk dibeli...tak rugi datang sini tau!

 Posing lagi setelah kekenyangan....

Suasana di kaunter bayaran

Posing masa nak bayar

Alhamdulillah...finally we met....aku dan anak-anak serta Kak Chik...

Kat bawah ni buku-buku yang aku beli kat kedai Kak Chik...

Yang  ni harga asalnya RM7.00..tapi dpt less 50%..

Buku-buku kat atas tu harganya campur,tapi yang penting anak-anak aku suka!
Yang ni imported books from India tau..RM6.50 satu....kata Nana, dia suka sgt baca buku ni sebab senang faham dan menarik
Buku cerita untuk tambah koleksi anak-anak aku
Untuk aku...sebuah novel Bukan Yang Pertama...aku baca review novel ni kat blog CK Lah
Haaaa...biz card yang eksklusif dgn signature Kak Chik..pasni kalau aku beli buku,aku akan dapat diskaun lagi

Kepada kawan-kawan yang singgah ke Kota Bharu,jengahlah kedai Kak Chik -Mari Baca di tingkat 3, lot 20 ye! Banyak pilihan buku untuk dibawa pulang tau!Kepada Kak Chik, semoga sentiasa sukses dalam bisnes...sentiasa bahagia dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan ye!

Friday, February 26, 2010

Yeaaaayyy...hadiah dari Yanadzul dah sampai!

Alhamdulillah...penantian aku dah berakhir...Terima kasih banyak-banyak pada Yanadzul yang dah menganjurkan giveaway dan memilih aku sebagai pemenangnya!Hadiah yang masih panas-panas ni aku terima petang semalam dan hanya sempat nak publish n3 ni pagi ni....

Muka depan parcel dari Yana...

Muka belakang parcel...Yana,kalau akak pi SP akak cari Yana eh!Hehehe...

Taraaaaaa...nilah baby elephant yang aku menang tu! Tomei...tomei.....TQ Yana & Aivee emart!

Sampai tertidur baby Damia dengar music dari baby elephant ni

Sigma Online Shop Giveaway

 
Giveaway yang amat mudah untuk disertai anjuran


Syarat-syarat sgt senang & mudah :
  1. Terbuka kepada semua blogger
  2. Buat 1 entry ngan tajuk sigma online shop giveaway
  3. Add banner di atas di sidebar blog anda
  4. Pastikan ada link mica-tetty
  5. wajib menjadi follower mica-tetty dan sigma online shop
  6. Seramai 3 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
  7. Sila tinggalkn link entry anda di cini
  8. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
Hadiahnya?? 2 sport mp3 headset dan 1 sport watch

Cepat kawan-kawan....silalah JOIN giveaway ini!

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum rakan-rakan Muslim sekelian....untuk kesekian kalinya, alhamdulillah kita dapat sama-sama mengingati dan meraikan hari keputeraan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi s.a.w

Petikan dari sebuah artikel di www.iluvislam.com yang ingin dikongsi bersama :

Kita mengaku cintakan Rasulullah...tapi adakah kita bendar-benar cintakan Baginda? Macamana cara untuk kita tunjukkan rasa cinta pada Rasulullah? Di bawah ini merupakan beberapa perkara yang perlu kita amalkan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah s.a.w

BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).

MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).

BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).

MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
PENUTUP
Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini pihak iLuvislam.com ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

"I love Rasulullah S.A.W."

Wallahualam

Thursday, February 25, 2010

Krochetshop 1st Giveaway

Mood tengah elokni walaupun  hari ni  aku amat letih...


Cuba kawan-kawan tengok hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang bertuah akulah hendaknya...amin..


Pemenang boleh request nak warna apa untuk topi ni....cute kan!

Jom kawan-kawan yang minat nak join giveaway ni....terjah SINI ok!

Tarikh tutup giveaway ni  on 11 Mac 2010 sempena besday tuan kedai yg ke -2x

Sunday, February 21, 2010

Keluarga Mifzal Arsyad Giveaway



Terasa nak set cadar barula....sebab tau cadar ni 100% cotton....mesti best kalau dapat kan....


Ni dia hadiah yang ditawarkan oleh Keluarga Mifzal Arsyad untuk giveawaynya

Hadiah Cabutan Bertuah Pertama - 1 set Cadar Fantasy Saiz Queen
Hadiah Cabutan Bertuah Kedua - 1 set Cadar Fantasy Saiz Single
 
ps : Jika penyertaan menggalakkan..hadiah-2 mungkin akan ditambah..Insya Allah

Nak menang cadar tu, kenalah join giveaway ni ye kengkawan! Apa syarat-syarat penyertaannya?Senang aje weyyy....
V
V
V
V
V
1). Terbuka kepada kawan-kawan blogger sahaja
2). Wajib menjadi follower & senaraikan blog Keluarga Mifzal Arsyad di dalam bloglist memasing-done
3). Buat satu entry di blog memasing mengenai giveaway ini.-done
4). Pamerkan banner Blog Keluarga Mifzal Arsyad di dalam entri tersebut.-done



5). link back Blog Keluarga Mifzal Arsyad -done
6). Tinggalkan link penyertaan kawan2 di entri ini..link yang ditinggalkan di entri lain tidak diambil kira.-done
7). Hadiah ditentukan berdasarkan kepada cabutan bertuah yang akan dilakukan oleh Mifzal Arsyad & Abah Mifzal

Apa tunggu lagi fren....silalah JOIN giveaway ni ye.....

AAAwwww......cunlah mata you!!!


Ketika aku berkunjung ke sebuah pusat membeli belah di KB ni, aku terdengar curi-curi dengar perbualan dua orang remaja perempuan tentang perihal mata salah seorang remaja tu...

"Fuuyyyoooo...cunlah mata mung! Mung beli mano mata kala gitu??"

Dengan muka berseri-seri ditambah pulak dengan senyuman kambing, si kawan yang kena puji pun terus menayangkan matanya yang dah bertukar warna-dari warna mata asli kalau tak hitam, coklat kot  kepada warna kelabu. 

"Aku beli kat XXX lah! Muroh jah! Mung nok gak, gi lah beli!"

 Isu pemakaian contact lens bukanlah satu isu baru. Bagi pemakai contact lens, tentu ada sebab kenapa anda memakainya. Cubalah tanya pada si pemakai kaca mata macam aku ni....yang mana lebih selesa, kaca mata atau contact lens? Ini pendapat aku sendiri, sebagai orang yang pernah memakai contact lens...aku tetap memilih KACA MATA! Aku cukup tak selesa bila pakai contact lens. Memanglah orang tak tau pun aku ni rabun bila spek yang biasa aku pakai dah tak tergantung kat hidungni...tapi setiap kali aku pakai, tiap kali itulah mata aku akan berair, macam orang mati suami gayanya! Sudahnya, aku tak nak dah pakai contact lens, biarlah payah sikit pun asalkan aku lebih selesa. Tapi apapun, terpulang kepada individu.....ni pengalaman aku sendiri....

Jadi, apa sebab utama anda memakai contact lens, terutamanya contact lens yang berwarna? Dari mata asal warna hitam, dah bertukar jadi biru, hijau, hazel, chestnut (sekadar menyebut beberapa warna) Lawa kan?? Tapi pernah tak kita tahu dan ambil kisah hukum pemakaian contact lens berwarna untuk perhiasan dan fesyen? Meh kita baca sedikit pengetahuan yang ingin aku kongsi bersama....

Shaikh Shalih b Fauzan pernah ditanya tentang hukum memakain contact lens yang berwarna dengan alasan untuk perhiasan dan fesyen.....maka dijawabnya:

Memakai contact lens untuk tujuan keperluan, tidak ada masalah padanya. Jika dilakukan tanpa ada keperluan, maka meninggalkannya tentu lebih baik, terutama apabila harganya sangat mahal kerana dianggap perbuatan berlebih-lebihan yang diharamkan.

Syeikh Ibnu Uthaimin pula berkata : Untuk contact lens maka dimestikan supaya berbincang terlebih dahulu dengan doktor, apakah akan berpengaruh buruk pada mata atau tidak? Jika berpengaruh buruk, maka dilarang penggunaannya mengundang bahaya yang akan menimpa mata dan setiap bahaya yang menimpa tubuh, maka mesti dilarang berdasarkan firman Allah s.w.t :

 
Janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu ( Surah An Nisa ayat 29)

Namun begitu, jika doktor menetapkan bahawa tidak ada pengaruh buruk terhadap mata dan tidak membahayakannya, maka mesti menimbangkan perkara ini, adakah lensa ini menjadikan mata wanita seperti mata haiwan, seperti mata kibasy. Jika ya, maka hal ini tidak boleh kerana termasuk perbuatan menyerupai haiwan kerana dalam hal ini tiada kompromi sebagaimana firman Allah s.w.t :

Bacakanlah kepada mereka khabar tentang orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab) kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (hingga dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjatnya) dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkan ia menjulurkan lidahnya juga.  (Surah Al-A'raf, ayat 175-176)

Oleh itu, jika dengan pemakaian contact lens itu menjadikan mata seperti mata binatang, maka pemakaiannya adalah HARAM.Tetapi jika tidak membawa perubahan pada mata, hanya mengubah warnanya sahaja  dari hitam pekat misalnya kepada agak hitam maka tidak ada masalah dan hal ini bukan termasuk perbuatan mengubah ciptaan Allah, kerana lensa ini sifatnya tidak tetap dan boleh ditanggalkan bila-bila masa.

Wallahualam......

Sumber : Ensiklopedia Fiqh Wanita Muslimah

Saturday, February 20, 2010

N3 yang tertangguh!

Lama betul aku dok peram entry ni...bukan apa,dok cari kat manalah aku save gambar yang dah aku ambik.Puas dok cari, mujur jugak jumpa...Bukannya apa,cuma nak share aje hadiah yang aku dapat dari lucky draw yang aku join aritu...Hadiah dari Lucky Draw Blog With Yan...
V
V
V
V
V
V
Sampul surat kiriman dari Yan yang mengandungi hadiah lucky draw tu...Yan,dah selamat sampai ke tangan akak!

Ni hadiahnya
V
V
V
V
V
V
V
V

2 keping slimming patch untuk buang toksin....aku akan guna pas ni

Mekasih banyak-banyak buat Yan yang sudi anjurkan lucky draw tu ye....semoga murah rezeki pas ni boleh buat lagi lucky draw lain plak!hehehehe.....

Dan ada dua lagi berita gumbira untuk aku share....aku menang 2 lagi giveaway! Alhamdulillah....giveaway yang ketiga aku menang ialah giveaway Yanadzul....rezeki baby Damia aku dapat benda ni...


Nanti dah sampai kat tangan aku, aku snap pic realnya plak ek.....

Dan giveaway yang ke 4 aku menang.....Cloth dNz giveaway..dapat ni plak


Voucher RM20 utk membeli belah di blogshop Nik Ha

Mekasih semua!Alhamdulillah....semoga kalian sentiasa maju jaya dalam biz dan apa jua yang dilakukan ye!Rajin-rajinlah anjurkan lagi giveaway/lucky draw/contest untuk aku sertai ;-D

Di Sini Hatiku:My 1st Giveaway

Pn Fawa sudi menganjurkan giveaway pertamanya

Kata Pn Fawa :

1. jadi follower saya!
2. link kan blog saya dalam blog list anda
3. buat satu post/n3 dalam blog anda tentang giveaway ini, jangan lupa letakkan gambar diatas dan dan letakkan link n3 ini pada n3 anda.
4. tinggalkan komen pada n3 ini dan link anda yang anda telah buat tentang giveaway ini.
5. saya akan up date dari semasa ke semasa.

Hanya seorang sahaja pemenang bertuah yang akan terpilih nanti. Tarikh tutup penyertaan ialah

1 MAC 2010

Sila KLIK SINI untuk keterangan lanjut!

Name My Baby Contest

Pn Ida dari Wansenaribiz menganjurkan Name My Baby Contest

Syarat2 Penyertaan



1. Mestilah menjadi "Follower" blog ida


2. Letakkan banner contest di atas di sidebar blog anda


3. Letak tajuk entry " NAME MY BABY CONTEST" dan mestilah link back to my blog ok.


4. Setiap sorang dibenar memberi 2 cadangan nama bayi. 1 nama lelaki dan 1 nama perempuan


5. setiap penyertaan hanya dibenarkan mencadang 2 nama tersebut sahaja.


6. Setiap nama yang dicadangkan mestilah disertakan maksud dan ulasan anda ( kenapa anda mencadangkan nama tersebut).


7. Dan akhir sekali tinggalkan jejak penyertaan di petak komen.


8. Tarikh Tutup penyertaan adalah pada 24 Feb 2010 ( tarikh birthday Arwah Ibuku)


Hadiah :


Memandangkan ida ni penjual CD.. so hadiahnye juga berupa 1pc Babyland Cloth Diaper (Plain Color/printed - depend pada pilihan pemenang) untuk anda yang bertuah memenangi Peraduan ini.. so jom la sertai...

CADANGAN NAMA :

BABY BOY : NAUFAL DARWISY

NAUFAL - DERMAWAN

DARWISY - BIJAK, BERPENGETAHUAN

Saya memilih nama NAUFAL DARWISY  kerana makna nama ini yang amat baik dan adalah menjadi harapan kita sebagai ibu bapa untuk mempunyai anak yang bersifat dermawan (menggunakan wang ke jalan Allah) dan juga bijak.


BABY GIRL : NURIN AMANDA

NURIN - CAHAYA

AMANDA - PENYAYANG

Saya memilih nama NURIN AMANDA kerana apabila digabungkan makna nama ini, ia membawa maksud cahaya penyayang. Semoga kehidupan bayi yang akan dilahirkan nanti sentiasa dilindungi Allah dengan cahaya keimanan dan juga sentiasa bersifat penyayang kepada sekelian makhluk ciptaan Allah.

Contest Seindah Nama Secantik Wajah


Pn Ada Ayrissa menganjurkan Contest Seindah Nama Secantik Wajah untuk  mencari nama-nama pilihan untuk babynya yang bakal dilahirkan (InsyaAllah semoga selamat ya)

Ada dua kategori yang boleh disertai oleh rakan-rakan blogger:
 
Kategori Nama Baby Perempuan~ Mesti huruf N.. A........
Kategori Nama Baby Lelaki~ Mesti huruf N.. Z........
 


Syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah:
  1. Terbuka kpd semua pelawat di blog saya. (x kesah silent reader ke anonymous ke...)
  2. Setiap peserta boleh menyertai kedua-dua kategori
  3. Nama-nama pilihan yg mempunyai makna yg baik akan mendapat markah tambahan!
  4. Setiap penyertaan hendaklah DIEMAILKAN ke alamat: adhoney18@yahoo.com SAHAJA! (x perlu tinggalkan nama2 pilihan anda di ruangan komen).
  5. Tinggalkan NAMA & EMAIL anda diruangan komen & memaklumkan kpd saya bahawa anda telah menyertai contest ini
  6. Tiada paksaan utk add blog/jd follower saya tp kalo nak jd pon apa salahnya. Hehehe....
  7. Pemenang hanya SEORANG sahaja bagi setiap kategori
  8. Dan akhir sekali promotekan contest ini di blog post anda (ini kpd blogger2 sahaja..)
Hadiah-hadiah menarik menanti pemenang bertuah :
Hadiah-hadiah menarik menanti anda iaitu : 





Voucher percutian ke Genting Highlands for 2D1N (Kategori Nama Baby Lelaki)


Sepasang kain kebaya sulam dr Bandung, Indonesia (pink colour+bermanik) + Voucher Genting Highlands Theme Park (Kategori Nama Baby Perempuan)


 Pada kawan-kawan yang punya idea nak menamakan baby Pn Ada Ayrissa ni, silalah JOIN contest ni ye!