Salam kawan-kawan.....semoga sentiasa ceria di hujung minggu. Aku nak berkongsi cerita yang berlaku hari Khamis baru ni.....Aku berkesempatan bertentang mata, bersua muka dengan salah seorang rakan blogger iaitu Kak Chik sempena perasmian kedai bukunya yang berpindah ke tempat baru. Aku kenal Kak Chik ni sejak tahun lepas, tapi tak pernah dapat peluang nak berjumpa....padahal sama-sama di Kota Bharu.Macam tulah bila masing-masing sibuk dengan keje kan...jadi bila aku terbaca berita yang Kak Chik akan mengadakan majlis perasmian sempena pembukaan kedai bukunya tu jadi aku rasa inilah kesempatan terbaik untuk aku mengenali Kak Chik dengan lebih dekat.
Memandangkan lokasi kedai buku Kak Chik iaitu Mari Baca terletak di Billion Shopping Complex, maka berkobar-kobarlah semangat aku nak menjengah. Dekat sangat dengan sekolah tempat aku mengajar, jadi wajarlah lepas waktu sekolah aku singgah kejap. Jadi, habis aje waktu ngajar, aku pi ambik anak-anak dan terus menuju ke Billion...
Sampai aje, aku terus ke tingkat 3 dan tercari-cari kedai Kak Chik...aha,tak susah sangat nak cari sebab dari jauh dah nampak signboard kedai yang cantik sangat tu.
Pemandangan hadapan kedai buku Kak Chik-Mari Baca
Tapi masa tu Kak Chik tak sampai lagi, jadi aku pun putuskan nak jalan-jalan dulu. Pukul 3 lebih baru aku turun balik ke Mari Baca...alhamdulillah...akhirnya setelah sekian lama kenal dalam blog,akhirnya aku dapat bersua muka dengan Kak Chik.Patutpun kawan-kawan panggil Kak Chik..memang kecik dan cute sungguh! Hehehe....lepas acara berpeluk-pelukan aku dan anak-anak pun menjamu mata dengan memilih buku-buku yang ingin dibeli. Lepas puas memilih, kami dijamu dengan makanan yang pelbagai....MasyaAllah...sedap sungguh menu yang disajikan petang tu....semuanya aku try...
Kat bawah ni gambar-gambar sekitar majlis tersebut....layankan aje ye kawan-kawan...
Sekitar pemandangan dalam kedai Mari Baca...
Himpunan buku-buku yang terdapat di Mari Baca..
Anak-anakku tak lepas peluang posing jugak
Pelbagai pilihan buku untuk dibeli...tak rugi datang sini tau!
Posing lagi setelah kekenyangan....
Suasana di kaunter bayaran
Posing masa nak bayar
Alhamdulillah...finally we met....aku dan anak-anak serta Kak Chik...
Kat bawah ni buku-buku yang aku beli kat kedai Kak Chik...
Yang ni harga asalnya RM7.00..tapi dpt less 50%..
Buku-buku kat atas tu harganya campur,tapi yang penting anak-anak aku suka!
Yang ni imported books from India tau..RM6.50 satu....kata Nana, dia suka sgt baca buku ni sebab senang faham dan menarik
Buku cerita untuk tambah koleksi anak-anak aku
Untuk aku...sebuah novel Bukan Yang Pertama...aku baca review novel ni kat blog CK Lah
Haaaa...biz card yang eksklusif dgn signature Kak Chik..pasni kalau aku beli buku,aku akan dapat diskaun lagi
Kepada kawan-kawan yang singgah ke Kota Bharu,jengahlah kedai Kak Chik -Mari Baca di tingkat 3, lot 20 ye! Banyak pilihan buku untuk dibawa pulang tau!Kepada Kak Chik, semoga sentiasa sukses dalam bisnes...sentiasa bahagia dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan ye!
4 pengkritik jemputan:
alhamdulillah.
nama kedai pun sudah cukup menarik.....
saya pasti akan cari bila balik KB nanti....
Salam:)
Suka tgk ..warna hijau..nampak tenang dan sejuk mata memandang..:)
salam..
ayu..akak jugak plan nak pi jumpa kak chik bila kelik kelate...
Kak Kam org sini ke?klu kelik kelate,bgtaulah ye..blh gak jmpa klu ada kesempatan...
Post a Comment