RSS

Saturday, February 20, 2010

Name My Baby Contest

Pn Ida dari Wansenaribiz menganjurkan Name My Baby Contest

Syarat2 Penyertaan



1. Mestilah menjadi "Follower" blog ida


2. Letakkan banner contest di atas di sidebar blog anda


3. Letak tajuk entry " NAME MY BABY CONTEST" dan mestilah link back to my blog ok.


4. Setiap sorang dibenar memberi 2 cadangan nama bayi. 1 nama lelaki dan 1 nama perempuan


5. setiap penyertaan hanya dibenarkan mencadang 2 nama tersebut sahaja.


6. Setiap nama yang dicadangkan mestilah disertakan maksud dan ulasan anda ( kenapa anda mencadangkan nama tersebut).


7. Dan akhir sekali tinggalkan jejak penyertaan di petak komen.


8. Tarikh Tutup penyertaan adalah pada 24 Feb 2010 ( tarikh birthday Arwah Ibuku)


Hadiah :


Memandangkan ida ni penjual CD.. so hadiahnye juga berupa 1pc Babyland Cloth Diaper (Plain Color/printed - depend pada pilihan pemenang) untuk anda yang bertuah memenangi Peraduan ini.. so jom la sertai...

CADANGAN NAMA :

BABY BOY : NAUFAL DARWISY

NAUFAL - DERMAWAN

DARWISY - BIJAK, BERPENGETAHUAN

Saya memilih nama NAUFAL DARWISY  kerana makna nama ini yang amat baik dan adalah menjadi harapan kita sebagai ibu bapa untuk mempunyai anak yang bersifat dermawan (menggunakan wang ke jalan Allah) dan juga bijak.


BABY GIRL : NURIN AMANDA

NURIN - CAHAYA

AMANDA - PENYAYANG

Saya memilih nama NURIN AMANDA kerana apabila digabungkan makna nama ini, ia membawa maksud cahaya penyayang. Semoga kehidupan bayi yang akan dilahirkan nanti sentiasa dilindungi Allah dengan cahaya keimanan dan juga sentiasa bersifat penyayang kepada sekelian makhluk ciptaan Allah.

1 pengkritik jemputan:

Ida Kaiza said...

tahniah..awak pemenang!