RSS

Sunday, February 21, 2010

AAAwwww......cunlah mata you!!!


Ketika aku berkunjung ke sebuah pusat membeli belah di KB ni, aku terdengar curi-curi dengar perbualan dua orang remaja perempuan tentang perihal mata salah seorang remaja tu...

"Fuuyyyoooo...cunlah mata mung! Mung beli mano mata kala gitu??"

Dengan muka berseri-seri ditambah pulak dengan senyuman kambing, si kawan yang kena puji pun terus menayangkan matanya yang dah bertukar warna-dari warna mata asli kalau tak hitam, coklat kot  kepada warna kelabu. 

"Aku beli kat XXX lah! Muroh jah! Mung nok gak, gi lah beli!"

 Isu pemakaian contact lens bukanlah satu isu baru. Bagi pemakai contact lens, tentu ada sebab kenapa anda memakainya. Cubalah tanya pada si pemakai kaca mata macam aku ni....yang mana lebih selesa, kaca mata atau contact lens? Ini pendapat aku sendiri, sebagai orang yang pernah memakai contact lens...aku tetap memilih KACA MATA! Aku cukup tak selesa bila pakai contact lens. Memanglah orang tak tau pun aku ni rabun bila spek yang biasa aku pakai dah tak tergantung kat hidungni...tapi setiap kali aku pakai, tiap kali itulah mata aku akan berair, macam orang mati suami gayanya! Sudahnya, aku tak nak dah pakai contact lens, biarlah payah sikit pun asalkan aku lebih selesa. Tapi apapun, terpulang kepada individu.....ni pengalaman aku sendiri....

Jadi, apa sebab utama anda memakai contact lens, terutamanya contact lens yang berwarna? Dari mata asal warna hitam, dah bertukar jadi biru, hijau, hazel, chestnut (sekadar menyebut beberapa warna) Lawa kan?? Tapi pernah tak kita tahu dan ambil kisah hukum pemakaian contact lens berwarna untuk perhiasan dan fesyen? Meh kita baca sedikit pengetahuan yang ingin aku kongsi bersama....

Shaikh Shalih b Fauzan pernah ditanya tentang hukum memakain contact lens yang berwarna dengan alasan untuk perhiasan dan fesyen.....maka dijawabnya:

Memakai contact lens untuk tujuan keperluan, tidak ada masalah padanya. Jika dilakukan tanpa ada keperluan, maka meninggalkannya tentu lebih baik, terutama apabila harganya sangat mahal kerana dianggap perbuatan berlebih-lebihan yang diharamkan.

Syeikh Ibnu Uthaimin pula berkata : Untuk contact lens maka dimestikan supaya berbincang terlebih dahulu dengan doktor, apakah akan berpengaruh buruk pada mata atau tidak? Jika berpengaruh buruk, maka dilarang penggunaannya mengundang bahaya yang akan menimpa mata dan setiap bahaya yang menimpa tubuh, maka mesti dilarang berdasarkan firman Allah s.w.t :

 
Janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu ( Surah An Nisa ayat 29)

Namun begitu, jika doktor menetapkan bahawa tidak ada pengaruh buruk terhadap mata dan tidak membahayakannya, maka mesti menimbangkan perkara ini, adakah lensa ini menjadikan mata wanita seperti mata haiwan, seperti mata kibasy. Jika ya, maka hal ini tidak boleh kerana termasuk perbuatan menyerupai haiwan kerana dalam hal ini tiada kompromi sebagaimana firman Allah s.w.t :

Bacakanlah kepada mereka khabar tentang orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab) kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (hingga dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjatnya) dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkan ia menjulurkan lidahnya juga.  (Surah Al-A'raf, ayat 175-176)

Oleh itu, jika dengan pemakaian contact lens itu menjadikan mata seperti mata binatang, maka pemakaiannya adalah HARAM.Tetapi jika tidak membawa perubahan pada mata, hanya mengubah warnanya sahaja  dari hitam pekat misalnya kepada agak hitam maka tidak ada masalah dan hal ini bukan termasuk perbuatan mengubah ciptaan Allah, kerana lensa ini sifatnya tidak tetap dan boleh ditanggalkan bila-bila masa.

Wallahualam......

Sumber : Ensiklopedia Fiqh Wanita Muslimah

2 pengkritik jemputan:

zureen @ mama said...

Zureem pun lebih suka dan selesa pakai kaca mata..

Pernah cuba contact lense tapi macam tak sesuai jer..(mcm ada habuk masuk mata jer rasanya..he3)

Ayu Cute said...

Samalah kita Zureen...ayu pun pnh try jugak dulu...mmg tak selesa.dari yg harga murah smpilah harga mahal,pun tak sedapla rasa...sudahnya,stick pd spek...lagi senang!