Salam rakan-rakan....rasanya sekarangni ramai rakan-rakan sedang bercuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina...Ayu pun tak lepas peluang balik KL berjumpa keluarga tercinta. Sesekali nak hilang tension dan berubah angin kata orang....
Ayu nak berkongsi sedikit ilmu tentang sahabat. Ada yang panggil kawan, ada pulak yang panggil teman, rakan, kawan....Apa yang pasti,sahabat/teman/kawan/rakan itu adalah seseorang yang rapat dengan kita selain daripada ahli keluarga kita sendiri..
Memetik daripada Hadis Riwayat Al-Hakim :
"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya"
Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenehui ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya : "Wahai anakku,sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa diri kamu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
11. Jika engkau merancang sesuatu nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
13. Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
14. Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan sahabat. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan. Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin kerana sahabat mewakili suatu kekuatan.
Sumber : Majalah Midi
1 pengkritik jemputan:
Salam. Susahnya mencari kawan yang sejati. Ciri-ciri yang dinyatakan sukar nak ciri pada kawan-kawan yang ada. Sebab itu,kawan yang sejati sudah hampir tidak ada...
Post a Comment