RSS

Wednesday, April 28, 2010

Hadiah sudah dipos tadi....Saya tak paksa awak,kalau tak minat sila jangan hit ok!


Tadi lepas keje,aku bergegas pegi pejabat pos untuk pos hadiah kemenangan Ieyza dan Anin yang dah berjaya hit jackpot nombor 3855 dan 4941. Sekarangni aku tengah tunggu sapelah agaknya yang berjaya hit nombor 8881...ke banyak sangat aku suruh hit??? Tak pelah,aku bukannya suruh u ols dok berumah tangga kat blog aku ni pun kan...sape yang kebetulan jadi rezeki dia...maka dapatlah hadiah yang aku tawarkan tu. Aku tak paksa pun. Sape yang berminat aje ok!


Bila aku online, check ada komen yang kena moderated...so ada satu insan ni anta komen ni....tengok komen si anonymous tu..

Ingin aku jelaskan kat sini....aku tak paksa pun u ols untuk berumah tangga kat blog aku ye...aku tak mengharapkan apa-apapun...aku cuma sekadar nak berkongsi rasa suka dan gembiranya aku bila aku berblogging. Kebetulan rezeki aku murah sikit setelah aku berhabis banyak bulan ni tapi alhamdulillah, Allah tetap limpahkan rezekiNya kat aku.Tiada langsung unsur nak paksa u ols hit counter aku tu. Kalau siapa yang berminat,silakanlah..kalau yang tak berminat, tak payahlah cuba. Macam kata si anonymous tu...orang yang penat hit banyak-banyak kali tak dapat hadiah, yang hit 2-3 kali dapat. Percayakah anda pada rezeki, qada' dan qadar Allah? Kalau nak jadi rezeki, adale rezeki anda. Kalau dah nama memang tak ada rezeki, maka memang anda tak de rezekilah hari tu. Tak gitu???

Jadi,aku tak nak memanjangkan ayat....siapa yang masih lagi berminat, silakanlah mencuba...siapa yang rasa membuang masa,kehadiran anda tidak dialu-alukan....tak payah membuang masa mencuba hit ye. Saya tak paksa pun, anda yang minat sendiri. So jangan salahkan sesiapa kalau anda tak berjaya mendapat hadiah.....

Kalau tak de sapa yang hit nombor 8881 tu, hadiah tu akan aku bawa ke giveaway ke 2 aku pada bulan depan...tak de masalah pun!

5 pengkritik jemputan:

Nea Flerida said...

besnya dyaorg dpt adiah..

azieazah said...

Mak aiii... isu hit counter pun ANOM tu nak kecoh... Jom kita pakat gelakkk...!

Kak Azie ni, tak da contest pun, masuk baca juga. Kita dah kira bersahabat, berkawan-kawan, hadiah tu tak fikir pun. Kalu nasib baik, ada rezeki Alhamdulilah..

Yang si ANOM tu pi tunggu sampai tak jadi keja, sapa suruh tuh? hikhikhik! gelakkkkk...

Ayu Cute said...

Memang dah gelak guling2 ni Kak Azie oiii....tu pun nak jadi isu..Ayu rasa dia frust menonggeng kot sebab punya baek tunggu tapi apa pun tak dak!tu yang dinamakan rezeki!mekalu tak dak rezeki,nak wat lagu mana kan!

ieyza said...

kahkahkah...gelak beso niee...
"anom" tu jeles dgn iza laa kak
pe hal laa dgn "anom"
yg ko tak wat keje lain tu saper suruh...kak ayu tak suh pun ko hit number dier...kalau ko nak wat...wat jer la..kalau taknak...tekan je "X" kat atas belah kanan blog nie..apee daaaa

anin said...

alamak si anom ni..mano ko tahu anin ngn ieyza tak hit? igt 2-3 kali je ke boleh dpt? kes jeles la ni..tu ade peluang lagi kn.. kak.. mtk blurkan alamat..kes sensitip la.. kang papehal blaku..malas mak nak jwb..hihi