RSS

Friday, December 11, 2009

C.I.N.T.A OH C.I.N.T.A !!



C.I.N.T.A
APA ITU CINTA??




Cinta membawa rasa bahagia....cinta juga membawa rasa derita...cinta datang, cinta pergi...Kerana cinta, diri binasa...kerana cinta, keluarga dilupa...kerana cinta, yang hitam itu putih, yang buruk itu indah, yang busuk itu wangi....semuanya kerana satu perkataan : CINTA!

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Hebat sangatkah penangan cinta? Apa yang diharapkan pada cinta? Bahagiakah bila kita dicintai? Bagaimana pula jika kita yang mencintai? Cinta...cinta...cinta....Persepsi tentang cinta berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Ada yang kata cinta itu membahagiakan, ada pula yang kata cinta itu amat memeritkan!

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.Inilah dasyatnya cinta!

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.



 P/S : Cinta pada bunga, ia akan layu
Cinta pada manusia, ia akan pergi
Cintalah pada Allah kerana ia cinta sejati dan abadi!


8 pengkritik jemputan:

Unknown said...

cinta.
semua kita dilahirnya diatas kapasiti cinta.
membesar dan seterusnya - semua ada asas yang sama.
apa itu cinta.dimana mulanya.
dalam satu buku menyatakan : cinta bermula dari perkataan CARE.
semua asas dari sikap dan keinginan yang berkait dengan CARE....

MaizaC'Joe said...

salam..

CINTA
kadang amat mendamaikan,
kadang menyejukkan,
Cinta buat kita macam2 rasa...
fitrah manusia akan rasa cinta bila tiba masanya..

insan pendidik said...

salam,

Cinta tu meliputi sarwajagat. Kene pasrah kalau dh terlepas cinta tu. tapi jangan lupa mencintai Allah. Kerana cinta akan Allah tu cinta hakiki.

zureen @ mama said...

Cinta perlu kena dengan caranya..

Salam ukhwah ...

Maiyah said...

bersyukurlah menikmati cinta

goodgirlgee said...

kan best kalau ckgu ajar psal cinta2 ni dlm kelas,bru la xngntuk..hahahah!

E-na Zarina said...

Indahnya bila diri dicintai dan mencintai! Salam kenal...

Nida n' Hanafi said...

Salam...

Cinta datang tanpa dipaksa, luhur dari hati... namun jangan disalah gunakan pada cinta yang hadir... kelak membinasakan diri