RSS

Tuesday, December 1, 2009

Cuti-cuti Malaysia : Episod 1 - Jalan-jalan Cari Pasal

Alhamdulillah...akhirnya perjalananku dari KB ke KL telah selamat dilaksanakan dengan selamat dan jayanya....Aku sekeluarga sampai di KL, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat aku bermain-main teng teng, main konda kondi, main polis sentri...main semua permainan masa zaman kanak-kanakku dulu lah tepat jam 7.00 malam hari Sabtu sebagaimana yang telah ku nyatakan dalam entryku yang terdahulu...

Untuk Episod 1 ni, (ececececehhh...mcm drama telenovelalah pulak!) aku memulakan cerita cuti di KL pada hari Ahad. Sebenarnya aku tak de plan nak pegi mana so hubby ajak jenjalan kat 1 Utama Shopping Complex...nak beli barang katanya. Aku tau sangat kalau dia nak ke sana tu, tak de benda lainla tu melainkan nak beli minyak pelincir keta jenama Eneos buatan Jepun. Maka kami pun memulakan perjalanan ke sana tepat jam 12.30 tengahari...

Dalam perjalanan, punyalah banyak kereta atas jalan. Yelah, dahla hari Ahad ditambah pulak dengan cuti sekolah lagilah melambatkan pergerakan. Mujurlah tak lama jammednya, jadi kami sampai di 1 Utama lebih kurang 30 minit kemudian.

Sampai aje kat situ, perut yang sedia lapar mulalah mengalunkan bermacam-macam irama lagu..sebut aje nak lagu apa semuanya ada! :-D Kami tak tunggu lama, terus cari food court dan apa lagi, aktiviti wajib iaitu aktiviti makanle yang tentunya! Layankan ajelah gambar-gambar kat bawah ni ye!


Nana dengan favourite food dia-Chicen Chop n milo ice
 
Errrmmmmm sedapnya sehingga menjilat ibu jari!

Satu-satunya kakak ku dunia dan akhirat!

Tuan punya tanah pun nak jugak ada kenangan kat sini
 
Ni nasi hubby aku...pegi memana tak sah tak makan nasi!
Nasi beriani + tempe goreng...tak padan langsung! heheheh
 
Ni plak ikan pari bakar
 
Haaaa...ni juadah aku, Kuehtiaw Kung Fu
 
Ni plak favourite akak aku, tah apa tah nama dia
 
Yang paling kesian si kecik Damia...org lain makan sedap, ni aje yang dia
minum tiap-tiap hari....hehehehehehe

Gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati

Bila perut dah kenyang, barulah boleh buat perkara seterusnya. So kami pun pusing-pusing Jusco dan macam biasa anak-anak daraku akan histeria bila tengok benda ni!


Dua beradik posing dulu...
 
Masa untuk memilih yang berkenan di hati
 
Haaaaa...nilah Barbie The Three Musketeers
yang menjadi idaman hati
 
Kakak-kakak dok bz memilih, Damia tetap tenang
dengan aktiviti wajibnya-TIDO!

Lepas menghabiskan masa di 1 Utama, hubby ajak singgah Mid Valley pulak. Macam orang mengantuk disorongkan tilam Vono yang empuk tu,aku angguk aje. Jadi destinasi seterusnya ialah Mid Valley.

Di MV, kami pusing-pusing aje.Kalau diikutkan hati memang banyak benda yang menarik perhatian tapi semuanya terbantut dek tangisan nyaring Damia. Risau aku dibuatnya sebab Damia tak penah nangis sekuat tu! Ni mesti ada yang tak kena.  Tak tunggu lama, kami bertolak balik.

Sepanjang perjalanan balik, Damia tetap tak berhenti menangis. Alahai, apa  yang tak kena ni ye....Diapers dah tukar, susu dah habis sebotol. Agaknya tak selesa kot. Ni kenabuat Edisi Siasat ni nak tau apa puncanya!

Turun aje dari kereta, anak-anak dara aku ikut mak saudara dia pegi AEON Setiawangsa pulak. Tak penat agaknya budak-budak ni..maklumla tenaga banyak lagi. Tinggallah aku dan hubby memulakan siasatan kenapa Damia menangis sekuat hati dia...

Ada 3 hipotesis yang perlu disahkan kebenarannya :


1. Damia menangis sebab kepala dia terantuk kat lutut kakak dia tadi. (mujur tak kuat mana)

2. Damia tak selesa sebab belum mandi petang.

3. Damia sakit perut aka kembung perut.

Jadi nak mula yang mana dulu? Aku check kepala dia tak de plak benjol ke bengkak ke...Ok, then aku pun mandikan Damia. Now dia dah selesa. Lepas sapu minyak Yuyi Cap Limau ( aku memang gunakan minyak ni sejak anak pertama ) kat perut dia, dengan penuh terperanjatnya aku dan hubby bila dengar Damia sendawa kuat macam orang tua! Haaaa...ni le puncanya dia menangis, sakit perut rupanya! Sure perut dia masuk angin tadi....kesian anak mama...Lepas dah berjaya keluarkan angin tu, barulah Damia berhenti menangis dan tido dengan lenanya. Alhamdulillah...kalau tak peningla kepala Mama dok pikirkan puncanya.

Anaka-anak dara aku yang 2 orang tu?? Hmmmmm...sukala bila berjalan dengan mak-mak saudara dia yang dipanggil Mama Ila (kakak aku) dan Ashu (adik aku). Sempat lagi diorang ambik gambar time tengah main kat AEON...Jom kita layankan aje gambar diorang..

 
 Anak daraku yang semakin membesar....kena kurus sikitla Kak Nana oi...
 
Layannnn......

Syasya yang nakal
 
Apala yang menarik perhatian Nana ni?

Memang aktiviti kami hari ni JALAN-JALAN CARI PASAL sebabnya bukan aje Damia sakit perut tapi aku dan hubby betul-betul keletihan akhirnya!

Nota kecik : Segala gambar-gambar dalam entry aku tiada niat untuk menunjuk-nunjuk cuma nak sedapkan cerita aje....:-)


4 pengkritik jemputan:

Tirana said...

Rajin Ayu keluar berjalan dengan anak kecil ye..hehehe..Kak tirana jarang keluar masa anak2 kecil dulu. Tak larat nak layan kerenah anak-anak yang lasak. Sekarang ni anak-anak dah besar..pun tak keluar rumah jugak..hehehe..

s a r a r u s y d i n said...

siap ade hipotesis lagi ek cicer?hehe

teringat plak mase kene wat report bio dulu..hehe

Akak-Klang said...

Salam...Mak Dara!! Susah tul aku nak terima hakikat kita ni dah jadi MAMA. Biasalah bila beranak kecil...memanglah a bit huru-hara here and there. Aku yg ada sorang ni pun asik huru-hara, inikan pulak ko n the 3 daras. Tgk org punya blog, rasa cam teringin. Tapi masalah aku ni aku xleh commited lahh...confirm org menyampah nk baca...sebab asik x update!!

Ayu Cute said...

Akak...aku pun memula malas gak nak layan blogni...tapi terpaksa curi2 masa nak update. Hehehehe..kekadangtu ngelat gak nak update,asyik tertangguh aje....tapi bila dah lelama ok aje....trylah buat blog!