RSS

Thursday, February 18, 2010

Must buy!Mesti baca!

Salam pagi Khamis.....aku masih lagi bercuti panjang sedangkan ada sesetengah sekolah telahpun dibuka semula selepas bercuti 4 hari...dalam keadaan yang masih lagi penat sebab aku baru aje sampai KB ni pukul 7.30 malam semalam dari KL...tapi hati nak jugak post entry ni yang sepatutnya dah pun aku buat minggu lepas lagi.

Ok, aku nak ceritakan pasal buku ni INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT. Pertama kali aku tengok kawan aku review pasal buku ni..nampak macam menarik. Pastu plak tengok ada sorang lagi blogger cakap macam tu jugak...so kebetulan ada book seller datang sekolah minggu lepas bawa buku ni. Aku tak tunggu lama, terus grab buku ni dengan harga RM50.00 aje. Harga asal RM55.00. Buku ni ada 7 bab semuanya yang menceritakan tentang topik-topik penting dalam kehidupan kita. Meh kita tengok apa yang ada dalam buku ni ye...

Ni muka depannya...tulisan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab Hamid
Bab 1 Syariat Kelahiran
Bab 2 Pendidikan Awal Kanak-kanak
Bab 3 Syariat Berkaitan Remaja
Bab 4 Fardhu Ain Asas
Bab 5 Munakahat
Bab 6 Syariat dalam Bermasyarakat
Bab 7 Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa

Haaa...amacam??Menarik tak? Aku tak naklah cerita habis-habisan pasal buku ni, nak tau kenalah beli sendiri.Tak gitu?? Hehehe...Aku rasa ramai yang dah tahu pasal perkara-perkara dalam buku ni tapi apa salahnya kita mantapkan lagi pengetahuan kan.Bukan apa,kekadang tu ada jugak perkara-perkara yang kita anggap kecil tapi sebenarnya yang kecil itulah selalunya kita alpa dan ambik mudah.Jadi, dengan membaca buku ini aku rasa sedikit sebanyak dapat membantu kita memahami sesetengah perkara. Lagipun bahasa yang digunakan amat mudah untuk difahami. Lebih menarik dengan ilustrasi bergambar yang berwarna-warni. Jadi, aku sarankan pada sesiapa yang masih lagi belum beli,silalah dapatkan buku ini di kedai-kedai buku yang berdekatan ye!!

Pesanan tuan rumah :MEMBACA JAMBATAN ILMU

2 pengkritik jemputan:

zureen @ mama said...

Nampak bestlah buku tu..teringin nak mendapatkannya juga..

insan pendidik said...

salam,

elokla tu cuti2 ni pun diisi ngan aktiviti membaca