Pon...pon....ni citer yang berlaku 25hb aritu...actually aku dah buat entrynya, cuma pic aje tak siap lg. Kisah kejadian sambutan hari jadi aku yang ke 32 tahun kat sekolah. Malam sebelumnya tu En Hubby bawak balik kek dia beli kat restoran Resepi Rahsia...pecan butterscotch cake. Belasah ajelah! Ingat jugak dia nak beli kek kat aku dan dia tapau keepsi.
Maka dipendekkan cerita, aku dan kawan-kawan kat sekolah pun berpakatlah nak sambut birthday aku kat sekolah. Memasing bawak makanan sendiri...pot luck style la macam biasa kami buat. Memula tu ingatnya nak buat kecil-kecilan...ajak kawan-kawan rapat ajelah tapi sudahnya jadi besar-besaran plak! Ramai pulak yang tak confirm nak bawak makanan tetau hari ni dah penuh meja! Siap kena tambah side table gitu untuk letak makanan yang mabeles!
Puding aiskrim dan puding roti...Ni hasil air tangan kawan aku, Kak Zie..
Yang ni..biasala..puding caramel...PK Ko yang buat...TQ Kak Ni!
Sesekali cikgu cikgi menyinsing lengan....ada lg lauk, tapi tak muat meja daa....
Terharu sungguh aku bila tengok banyak makanan terhidang atas meja! Tengkiu kengkawanku tersayang! Lagipun dah lama jugak kami tak layan makanan yang pelbagai macma tu. Biasanya kalau aku sebut nak makan, kami akan pakat-pakatlah masak. Ni dah lama dapur memasing tak berasap untuk buat pot luck, so sebab tu gamaknya bila ada peluang macam ni, habis semua makanan yang ada. Sekarangni pun tengah mood exam, so at least cikgu-cikgu rasa relaxlah sikit sebelum berperang menanda kertas jawapan pelajar pulak nanti....
Kepada kawan-kawan seperjuanganku...terima kasih banyak-banyak atas bantuan kalian....Semoga ukhuwah antara kita berkekalan dan sentiasa dipermudahkan dalam apa jua yang kita lakukan....Amin....
Kepada kawan-kawan seperjuanganku...terima kasih banyak-banyak atas bantuan kalian....Semoga ukhuwah antara kita berkekalan dan sentiasa dipermudahkan dalam apa jua yang kita lakukan....Amin....






















