RSS

Sunday, May 16, 2010

Hari bahagia untuk diriku dan kamu juga!

Salam kawan-kawan. Hari ni, 16 Mei 2010, hari untuk kami kaum guru.. Tema tahun ni :GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. Bangga sekejap menjadi salah seorang guru, atau lebih tepat lagi seorang pendidik anak bangsa. Aku masih teringatkan bait-bait puitis sajak karya Usman Awang, Guru Oh Guru..

BERBURU ke padang datar

Dapat rusa berbelang kaki

Berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

 

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Diam tak diam, tahun ni masuk tahun ke 10 aku bergelar seorang guru. Bila sudah bergelar guru, baru aku tahu betapa perit dan payahnya mahu memanusiakan manusia...Bukan satu pekerjaan yang enteng! Kalau sebut aje pasal guru, yang terlintas di fikiran orang, BEST JADI CIKGU! KEJE SEPARUH HARI! Ayat-ayat macam tu mungkin boleh digunakan 20 tahun yang lalu tapi tidak kini. Dalam situasi aku, tiada istilah keje separuh hari. Hakikatnya, aku bekerja ibarat 2 sesi persekolahan ~ keluar rumah ketika hari masih gelap, balik rumah hari dah pun gelap! Kadang-kala kerjaya guru menuntut sebuah pengorbanan...nampak aje cuti sekolah banyak saban tahun, tapi kami masih lagi boleh dipanggil untuk bertugas. Bukannya aku mahu mengeluh dengan pilihan ku untuk menjadi seorang guru, namun mahukan masyarakat memahami kerjaya seorang guru tidaklah semudah yang disangkakan...

Apapun, aku amat bersyukur walaupun kerjaya untuk menjadi seorang guru ini tidak pernah aku impikan dulu. Namun kini, aku sangat mencintai dunia pendidikan dan sentiasa berusaha untuk memajukan diriku dalam bidang ini. Walaupun aku tak nafikan kerjaya sebagai guru ini banyak cabaran dan halangannya, namun aku yakin dengan semangat yang kental dan jiwa pendidik yang ada pada semua guru, InsyaAllah semua halangan itu akan dapat diatasi dengan baik....

Buat guru-guru yang pernah mengajarku sewaktu di :

SRK JLN HANG TUAH 2 (1984 - 1987)
SK BDR BARU SENTUL (1988- 1990 )
SM BDR BARU SENTUL ( 1991 - 1993 )
MRSM SERTING, N.SEMBILAN ( 1994 - 1995 )
MATRIKULASI SAINS DGN BIOLOGI UKM-SESMA, TERENGGANU ( 1996 - 1997 )

Jazakallah khairan kathiraa...

Budi, bakti dan ilmu yang kalian curahkan kepada diriku sehingga aku menjadi sepertimana aku kini...amat aku hargai...Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kalian...di dunia dan di akhirat

Buat kawan-kawan blogger yang bergelar guru, bekerjalah dengan penuh ikhlas dan dedikasi....Semoga apa yang kita berikan akan dilimpahkan pahala dan rahmat oleh Allah swt.....

SELAMAT HARI GURU 2010!


6 pengkritik jemputan:

azieazah said...

Selamat Hari Guru AYU. Semoga terus menjadi guru yang cemerlang.

Kerjaya yang sangat mulia, yang sangat menuntut pengorbanan, tetapi sungguh puas hati bilamana seorang yang tidak tahu apa2 menjadi sangat bijaksana hasil tunjuk ajar seorang yang bergelar guru..

Ena said...

Selamat Hari Guru kak Ayu.. sowee.. lambat singgah sini..

see! kate2 seorang yg bergelar guru sungguh power kan!.. ^_^

Ena ni tak sesuai jadi guru sbb kurang sabar. adeihhh!!

sonata anak kancil said...

selamat hari guru - semoga terus cemerlang

Nida n' Hanafi said...

Ayu, selamat menyambut Hari Guru...

"Amanah yang diberi,
kami tak persiakan,
Ap yg kami janji,
tunai tetap kami tunaikan..."

Bait lagu ini amat menyentuh perasaan andai dihayati sedalamnya..

nad said...

happy teacher's day :)

Sricahaya said...

Selamat Hari Guru Kak Ayu... :)