Salam kawan-kawan....n3 hari ni bunyinya macam serius aje aku aje yang perasan serius,padahal biasa aje! saje nak kupas persoalan ni-merajuk....bila tanya pendapat ramai, mesti akan kuar ayat-ayat macam ni...
Dialog si lelaki : "Ala..orang pompuan sikit2 nak merajuk,sikit2 nak merajuk..tak kose dahle nak mujuk!"
Dialog si wanita : " Kita tengah merajuk ni...bukannya reti nak pujuk!" sambil mengharapkan sang suami pujuk dia....ala2...kesian....
Kisah pertama :
Seorang kawan sekolah aku mahukan seutas jam tangan GUESS sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke tut...tak plak disebutkan berapa...maka dibagilah hint2 kat suami...ajak pegi shopping complex dan bila sampai kat depan kedai jam, si kawan ni pun bagilah isyarat nak jam tu...tapi malangnya,si suami buat donno aje....tak pahamla plak kehendak si isteri...si isteri harapkan si suami sendiri pahamle...takkan tu pun nak kena bagitau memang pun suami dia spesies tak tahu kalau tak dibagitahu! maka baliklah mereka dengan perasaan si isteri yang kacau bilau ditambah dengan mulut moncong 18! Si isteri bersikap dingin...pening lak si suami tak tau hujung pangkal tengokkan keadaan isteri yang tetiba melancarkan perang dingin ala-ala lagu Akak Zianalah plak!
Kisah kedua :
Anak yang berkehendakkan sebuah kamu Bahasa Melayu....balik aje sekolah terus mintak dibelikan kamus tu. Mak kata...tunggu malam nanti lepas kelas mengaji pegi kedai buku belilah kamus tu...tapi anak tetap berkeras, nak jugak kamus tu on the spot macamle tak sempat nak tunggu hari...kot iye pun pagi esoknya baru nak guna kamus tu Maka anak pun memulakan adegan seperti biasa-MERAJUK le apa lagi! Mulut macam kebiasaannya dimoncongkan 18 panjang moncong tu siap blh buat penyangkut baju!
Persoalannya....perlu kah kita merajuk? Agak-agak kalau kita merajuk ada ke orang nak tolong pujuk?? Itu kena tanya pengalaman masing-masinglah kan...Tapi bagi aku, merajuk ni ada baik dan buruknya....tapi banyak yang buruk laa...adakalanya orang pompuan suka merajuk sebab nak dimanjakan...tapi bukan semua lelaki punya daya memujuk yang baik. Kalau dapat suami yang pandai memujuk, beruntunglah si isteri. Tapi kalau dapat suami yang buat tak tau aje, rasanya tak de pekdah kita merajuk, ye tak?
Ada sesetengah tu suka merajuk mengada-ngada. Yang ni aku tak suka. Benda kecik lagi sempoi pun nak dimerajukkan. Taktik nak suh pujukla tu....Bukan apa, kalau perkara kecik yang boleh diselesaikan elok-elok, tak payahlah buat perangai merajuk ni...takut kang meluat plak orang lain. Lagipun kalau merajuk lama-lama, bukannya dapat apa pun. Buat penat diri aje...harapkan kena pujuk, sudahnya pujuk diri sendiri!
Bukannya tak boleh nak merajuk, tapi biarlah berpada-pada ye tak?? Benda yang kecik tak payahlah dipanjang-panjangkan....Memang kita ada ego masing-masing tapi dalam beberapa perkara, kita kena ketepikan jugak rasa ego ni. Jangan diturutkan sangat rasa ego tu, nanti kelak binasa diri.Belajarlah untuk memaafkan kesilapan orang lain (kalau pihak tu buat salah la kan)
Kepada yang sedang merajuk tika ini, tak payahlah merajuk lama-lama...nanti yang penat kita jugak...tak berbaloi rasanya..tapi apapun, hak individu untuk merajuk ke tak bergantung kepada situasi ........seelok-eloknya, merajuk kejap aje dan cubalah senyum kembali.Buruk bebenau rasanya tengok rupa dok moncong sedepa gitu!Hehehehhee....
7 pengkritik jemputan:
tatau la orang lain....
pada saya orang pompuan ni kalau merajuk - rugi sendiri! kita jugak la akan terhegeh2 semula....mau dia nak pujuk? tak ade nya!!!
jadi - tak yah la nak rajuk2 sangat
( kadang2 merajuk gak!!!)
kalo pasangan berkasih ni tak sah kalo x majuk.. pas tu kene pujuk.. mmg le sonok becinta
tp ada gak lelaki yg tak suka ngan pompuan yg kuat majuk :D
Salam. Merajuk adalah satu naluri semulajadi untuk menarik perhatian satu pihak lain. Ia merupakan reaksi kecewa kerana apa yang diharapkan tidak terlaksana. Yang positifnya, merajuk boleh mengeratkan ikat perhubungan yang sedia erat. Tetapi,jika sikap suka merajuk menjadi kronik, ikatan yang erat akan terlerai kerana akan lahir pula perasaan meluat. Hebatnya kejadian manusia...
Kak Azie dah lama tak merajuk. Tak ingat dah bila kali akhir merajuk... sebab terbiasa tidak pernah ada yg pujuk...
so kalu nak apa-apa untuk diri sendiri, usaha dapatkan sendiri, puas hati..
Merajuk ni buang karan jerrr.. Nampak cengeng dan lemahh...
Sesekali merajuk best juge.. lg2 lau ader yg nak pujuk.. tp lau selalu sgt.. hu3x..
Sonata : Ayu setuju tu...merajuk sorang wat rugi diri sendiri aje...kena2 tak de sapa nak pujuk...hehehehe....sendiri pujuklah jawabnya!
Kak Maiyah : mmg zmn bercinta dolu2 syok ada org pujuk bila kita majuk...tp bila dah kawin, lain yg jadi!huhuhuh....
Mybabah : itulah perangai manusia yg pelbagai ragam....ada baik dan buruknya merajuk ni kan!
Kak Azie : hahaha...kita serupalah kak!ayu pun xingat bila last time merajuk...sbb hubby pesen buat dek aje...hihihihi...wat letih diri klu majuk ni!
Ena : moral of the story,kalau ada org nak pujuk,blhla kita merajuk.klu tak de...hmmm..tak yahla...heheheheeh
hahah.. setuju.. merajuk adalah perkara yang paling tidak berfaedah apabila dapat suami yang jenis dunno...
Post a Comment