RSS

Friday, January 15, 2010

Sesi jemput menjemputlah puloks!

Salam kengkawanku sekelian.....waaah,dah lama rupanya blogku ini tersadai tanpa n3 baru. Kesibukan bekerja mengajar dan mendidik anak bangsa membuatkan aku tak cukup masa nak mengadap blogku ini...idea mencurah-curah, masa aje yang tak de.Sesekali aku sempat jugak menjengah blog kawan-kawan...tapi mintak maaf bebanyak kalau tak sempat nak mengomen! aku suka bebenau bab-bab mengomen nih!


So dok tengah pikir, nak wat n3 apale plak hari ni. Pegi kat dapur sekali tengok ada benda yang boleh aku jadikan n3...haaa...ada gak idea kan! Maka dengan itu aku pun menaiplah n3 ini bermodalkan benda-benda kat bawah ni....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haha...ada idea! Aku nak wat jemput roti petang ni! Resepi ni aku belajar daripada arwah mak (Al Fatihah buat arwah mak) kalau tak silap arwah belajar buat jemput ni masa aku tadika KEMAS tahun 1984, lama gakla resepi ni..So inilah bahan-bahannya ye puan-puan......



Udang basah , telur & roti sandwich ( tak kisah brand apa pun ye!)



Bawang merah yg dihiris, garam, serbuk lada hitam

Sempoi aje kan bahan-bahannya??Memang tersangatlah senang nak buat jemput roti ni...tapi kalau malas nak buat, bahan yang senangpun jadi payah!hehehehe....

Cara- cara nak buat?? Lagi sempoi....



Roti dipotong dadu


Campurkan dengan hirisan bawang merah & udang tadi yang dah dipotong kecik-kecik


Tuangkan telur untuk melekatkan roti dan bahan-bahan tadi...resepi ni tak gunakan tepung ye kawan-kawan...Pas dah curah telur tu, kita kepal-kepalkan comey-comey....saiz ikut suka ye...Dahtu apa lagi, kasik goreng! Goreng dengan api sederhana sebab roti cepat hangit!

Dan hasilnya.......taraaaaaaaaaa.....


Bolehlah dimakan dengan sos...sos cili boleh, sos buat sendiri pun boleh...tapi oleh kerana tahap kemalasan melanda diriku ini,aku just pakai sos pencecah ni aje yang memang terkenal kat Kelantan ni....banyak gak sos pencecah yang sedap-sedap kat sini....ni antara yang bestla...

Resepi ni bolehlah kengkawan modified sket menggunakan bahan-bahan yang kengkawan suka....selamat mencuba ye!

P/S : habis licin jemput roti Mama dimakan anak-anak dan En Hubby!

3 pengkritik jemputan:

azieazah said...

Wahh nampak memang enak dan sempoi.. Bleh ler buat utk sarapan anak2 nak pi skulah..

cuma musykil skit, roti ni biasanya kalu goreng, akan serap banyak minyak..

Tak ker nanti berminyak sangat? Minyak banyak ker minyak skit tu?

Deep fry ek?

Abd Rahim said...

Nampak pun dah cam sedap..nak suru bini ler buatkan..hehehe

Ayu Cute said...

Kak Azie...bukan deep fry,guna minyak setakat boleh gorenglah roti tu...jemput roti ni tak serap minyak....

Mr Kamikaze....silakan...apa lagi,pas ni bolehlah beli roti n suruh isteri tersayang buat ye!