RSS

Friday, May 14, 2010

Tersentuhnya aku!

Aku rasa ni bukan kali pertama kawan-kawan tengok gambar kat bawah ni kan? Aku jugak pernah tengok gambar ni kat blog sape tah. Dan pagi ni bila aku check email, ada sorang kawan aku anta gambar ni. Betapa tersentuhnya aku untuk kali yang keberapa tah aku pun tak ingat...melayan perasaan. Cuba meletakkan diri aku pada tempat dalam gambar tu....


Cukup memilukan hati.....
Gambar murah, nilai berjuta!

Terserlah betapa kasihnya abang pada adiknya....Dalam keadaan kesempitan macamtu, masih ada rasa kasih sayang antara adik beradik. Masih adakah kasih sayang sebegitu dalam dunia yang semakin rakus ditenggelamkan arus pemodenan? Aku rasa masih ada, cumanya sejauh mana rasa kasih itu, hanya yang empunya diri yang tahu!

Terkedu sejenak aku...bila cuba merungkaikan makna gambar ni....Aku dapat bayangkan betapa si abang sanggup bersusah demi seorang adik...Dalam keadaan tiada ibu bapa ( anak-anak yatim barangkali ) mereka berusaha sendiri demi mendapatkan sesuap nasi. Ini katalah dalam gambar..tapi hakikat kehidupan, memang ada yang mengalami nasib sebegini!

Aku kalau balik KL, aku suka tengok gelagat orang ramai. Kalau pegi kat Jalan Masjid India tu, aku dapat tengok ramai orang buta yang minta sedekah. Ada yang menjual tisu, tak kurang jugak yang menjual gula-gula sesambil minta sedekah. Aku ni tak boleh tengok situasi macam tu, cepat sangat nak kesiankan orang. Tapi terfikir jugak, ke mana anak-anak mereka ni....sanggup biarkan ibu bapa yang tak de keupayaan macam tu berhujan panas minta sedekah? Ye...aku tau. Bukan semua bernasib baik...tapi sekurang-kurangnya, anak-anaklah yang jadi pelindung kepada ibu bapa apabila mereka dah tua. Bukan membiarkan ibu bapa terkontang kanting tanpa arah tujuan. Aku cukup hangin dengan anak-anak yang biarkan ibu bapa mereka.....entahla...Mungkin bagi aku yang dah kematian mak ni, cukup sensitif dan cepat tersentuh bila tengok keadaan macamni.....

Bahagiakan orang tua semasa mereka masih ada.....bila dah tiada, semua yang kita lakukan takkan bermakna melainkan doa anak-anak yang soleh dan solehah.....

Kekadang Allah menyempitkan

Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan

Kekadang Dia melapangkan

Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan

Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya

Supaya tidak bergantung kepada sesuatu

selain-Nya!

Thursday, May 13, 2010

Selamat tinggal Temerloh! KL....tunggu kedatangan kami!

Masa u ols baca entry ni, aku dan keluarga dah selamat bertolak ke KL dari Temerloh. En Hubby tak nak dok sini lama-lama, tak de benda katanya. So hajat nak bertolak ke KL yang sepatutnya dijadualkan esok terpaksa dipercepatkan! Aku pun suka jugak sebenarnya...dah banyak bulan jugak tak balik ke tanah tumpah darahku...hehehehehe....

So hajat nak makan ikan patin masak tempoyak akan aku usahakan juga sebelum balik ni...Maybe dalam perjalanan ke KL ni aku akan jumpa restoran yang dah semestinya ikan patin tu jadi antara menu utamakan!

Apa lagi yang nak diberitahu?? Apa-apa ajelah ye! Nanti aku hapdate citer-citer aku di KL plak ye!!

Ok...doakan perjalanan kami ke KL selamat sampai dan tiada sebarang gangguan...Amin....

"MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST"

Aku sangat teruja bila tengok senarai hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang! Bukan 1, bukan 2...tapi hadiah untuk 10 orang pemenang bertuah!!  Macamana nak dapat hadiah-hadiah yang cukup menarik lagi mabeles tu??? Jom kita join sambil memeriahkan contest ni



Jom check syarat-syaratnya yang simple :
( ni syarat utk blogger ye! yang lain2 boleh jugak join...KLIK SINI)

1. Find your BEST LOOK-ALIKE photo (must include one parent and one child) -DONE

2. Blog about it with the title "MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST" (other title will be disqualified) - DONE

3. Mention about the contest in your blog with links back to this contest page. - DONE

4. Add our contest banner on your blog's sidebar/top page -DONE
5. Be MOBS follower on blogspot, tweeter and/or Facebook (either one or all) - DONE

6. Leave a comment HERE with

PARENT NAME

KIDS'S NAME and AGE :

Tell us about the pics....
- DONE

 Your blog link + email address (no email will be disqualified - DONE
 
 
Ini gambar yang aku pertandingkan..harap-harapnya ada rezeki kami....amin...

PARENT NAME : WAN FARID B WAN ISMAIL
KIDS'S NAME and AGE :  WAN DAMIA AMANDA BT WAN FARID, 7 MONTHS

Tell us about the pics....

Gambar ni adalah gambar puteriku yang ke 3, Damia bersama Papanya yang diambil di Pantai Irama, Bachok, Kelantan. Wajah Damia banyak ikut muka Papa...terutamanya pada bahagian mata, pipi, kening dan hidung! Sebab tu masa mula-mula lahir, semua orang ingatkan aku dapat baby boy sebab muka Damia yang photostate habis muka Papa! 



So kawan-kawan yang minat nak join contest ni, jengahlah SINI YE!

Wahai orang Temerloh....kami dah datang!!

Salam kengkawan...rindu betol...lama tak hapdate blog. Bukannya apa, last entry hari Ahad rasanya..pastu aku terpaksa menyepikan diri. Bukan kerana dah tak sudi nak berblogging, tapi En Streamyx kat umah buat hal! Dah buat report tapi sampai semalam line masih tak ok...

Ni aku dapat buat entry ni pun atas belas ihsan wireless internet kat Seri Malaysia, Temerloh..Apa, ko tak keje ke Cik Ayu oiiii??? Memang aku tak keje sejak semalam...dapat MC 2 hari...batuk tak habis-habis. Anak yang sulung plak demam, tu yang semalam pegi klinik,  mak dengan anak dapat MC 2 hari. Orang dapat MC dok umah diam-diam, ni ko kemain berjalan bagai ye! Hihihihi..terpaksalah sebab aku menemankan En Hubby yang ada court case pagi ni kat Mahkamah Temerloh ni haaa....Dia pun tengah demam, risau plak aku nak biarkan dia drive sorang-sorang datang Temerloh ni...tu yang sedang elok aku pun tengah bercuti, dapatlah temankan dia....

Temerloh yang pemes dengan gelaran bandar ikan patin....

Ihsan Pak Cik Yahoo....kat sinilah aku anak beranak melepak sementara tunggu En Hubby

So aku nak jugak tau, kat Temerloh ni apa yang best ye?? Selain daripada ikan patin?? Tempat makan mana yang syiookk?? Habislah diet aku! Hihihihi....Aku tak penah lagi datang Temerlohni...tu pasal over excited bila En hubby kata nak kena datang sini...Sesapa yang sudi kasik respon,sila-silalah ye tinggalkan kat komen ni....

Pun ihsan En Yahoo.....kecur air liur aku tengok ikan patin masak tempoyak nih!

Oh ye...aku akan umumkan giveaway sempena besday aku minggu depan ye...Harap-harapnya dapatlah sambutan untuk giveaway tu nanti...Tunggu!!!! 

Monday, May 10, 2010

Rezeki ku murah pagi ini!Alhamdulillah...terima kasih ya Allah!

Salam kawan-kawan...selamat pagi Isnin..pada yang bekerja,selamat bekerja dan bekerjalah dengan ikhlas dan penuh bersemangat macam aku! Hihihihi..hari ni mana tak semangatnya sebab kelas pun tak banyak...jadi jangan terkejutlah aku dapat hapdate blog aku ni pepagi buta....(buta ke?)

Aku jengah blog contest aku...tengok-tengok ada 1 unmoderated comment dari Mama Zharfan yang duduk kat Notts tu...comment tu buatkan aku tersengih memanjang! Patut pun hari ni aku pakai baju colours of ranggooli...ceria kemain...rupa-rupanya memang pun patut aku ceria! Sape yang join For Your Lovely Baby Contest angkat tangan??? Hihihihi...hadiah tu alhamdulillah selamat jadi milik aku! Erti kata lain, akulah manusia yang bertuah untuk dapat hadiah yang ditawarkan....Ni entry aku untuk lucky draw tu...

Masa aku join contest tu,memang aku harap sangat dapat wallet tu...tapi dalam dok berharap, aku dah dapat wallet Bonia dari En Hubby sempena Hari Ibu. So aku kira oklah dah dapat apa yang aku nak. Cumanya, kalau menang contest tu lagilah bermakna! And yes,aku menang! Rezeki di pagi Isnin...alhamdulillah....


Ni wallet yang aku baru dapat dari En Hubby sempena Hari Ibu

Dan ni plak wallet yang aku menang dari blogshop For Your Lovely Baby! Tq dear....akak suka!!Akak suka!!

Tq jugak kat Mama Zharfan sebab sudi bagitau akak menang! Heheheh...tak sempat tengok result contest tu....

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day!

Salam kengkawan! Hari ni Hari Ibu kan...so aku nak ambik kesempatan untuk ucapkan



Selamat Hari Ibu



kepada semua ibu kat luar sana tu....




zwani.com myspace graphic comments




zwani.com myspace graphic comments




Semoga pengorbanan kita sebagai IBU dan ISTERI dirahmati Allah dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.....Amin...

Al Fatihah untuk arwah Mak yang dah meninggalkan aku sejak 7 tahun yang lepas..Mak, Ayu sayangkan Mak...andainya Mak masih ada...tentunya pada hari ini Ayu dapat lagi ucapkan kata-kata ini...

SELAMAT HARI IBU BUAT MAK!

Saturday, May 8, 2010

Follower Bonda ke 100

Tak sangka...tak sangka...aku insan bertuah itu rupanya! Masa aku join giveaway Bonda aritu, aku ingatkan tak de rezeki nak menang hadiah dari Dubai....tapi rupa-rupanya rezeki tetap menyebelahi aku! Aku terpilih sebagai follower ke 100 yang bertuah...dan dapatlah hadiah yang diterbangkan jauh dari Dubai tu...Tq banyak-banyak ye Bonda aka Aida...rupa-rupanya Aida pun orang Kelate jugak! Nak tengok ke apakah bendanya yang aku dapat tu....

Pos Express yang dibawa khas oleh Mr Postman Pat

Drawing set dari Dubai! Anak-anak dah siap berebut dah.....

TQ sekali lagi kat Aida aka Bonda yang sudi bagi hadiah ni....

SukmaOn9Shop 1st Year Giveaway

Saje suka-suka nak join giveaway ni,
Manalah tahu kot-kot ada rezeki,
SukmaOn9Shop nama diberi,
 Tudung sopan dan trendy untuk dimiliki.

Tudung An Nurul nama diberi,
Menjadi pilihan idaman suri,
Semuanya cantik memikat hati,
Aduh Sukma, akak dah pening kepala ni!

An Nurul Printed Exclusive RM45.00




Amacam kengkawan dah terminat,
Kalau berkenan cepatlah cepat,
Jengah SukmaOn9 Shop jangan terlambat,
Takut orang lain yang dapat rembat!

An Nurul Plain Thai Silk Exclusive RM35.00

 

Tak dapat kat atas yang ini pun ada,
Sebut aje nak kaler apa,
Banyak pilihan untuk semua,
Apa tunggu lagi cepatle order!

 An Nurul Plain Eclusive RM25.00

 

 

 

 

Tak minat Thai Silk, printed pun bukan,
Pilih yang plain pun ok jugak kan,
Apa yang penting sentiasa sopan,
Bila dah pakai terserlah keanggunan,

Sekianlah sudah madah pujangga,
Review dah dibuat untuk dinilai,
Harap-harapnya Sukma terima,
Doanya menang tudung sehelai!

Kalau nak join janganle segan,
Ringan-ringankan ajelah tangan,
Klik sini untuk syarat dan peraturan,
Selamat mencuba ye kawan-kawan!

RedComel Giveaway

Semangat untuk join giveaway datang kembali!!!

Kali ni aku dengan suka dan rela hatinya nak join


Inilah senarai 4 barang yg bakal bertukar milik aku

1. pearl bracelet( original pearl)

2. 1 box milk mask ( 4 pcs)

3. 1 bottle of cheery blossom mist

4. bag organizer( cantikkan? :D ini contoh bag organizer yang telah di isi barang2.. )

Bukan setakat cantik, tapi kalau dapat beg ni, tersusun elokla segala khazanah aku yg bersepah2 tu!

 
Kalau u ols minat nak join,jengahlah blog RedComel ye untuk baca syarat-syarat penyertaan!

Cepat..cepat..tarikh tutup
11 Mei 2010

Friday, May 7, 2010

Sesi terapi minda...dapat hadiah in advanced!

Hihihii....sukanya rasa di hati..apa taknya, dalam kepala otak ni dok pikir nak beli purse/wallet baru..tapi dok tunggu time yang sesuai. Maklumlah, kalau nak guna duit sendiri ni, aku pikir 2-3 kali. Lainlah kalau ada orang nak belikan, kan..laju aje aku mengangguk!

Nak dijadikan rezeki, pucuk dicita ulam mendatang...orang mengantuk disorongkan tilam....En Hubby ajak pegi KB Mall malam semalam....nak cari wallet katanya. Aku kata ok aje....penat keje siangnya nak jugak berjalan malam..So sampai aje kat KB Mall tu, tercari-cari kedai yang jual wallet. En Hubby terus masuk kat butik Bonia...jengah-jengah ada le plak wallet yang dia berkenan. Aku pun curi-curi intaile purse kat situ....tengok ada sale...50% lagi tu! Dalam hati dok berkira-kira...rasa macam nak beli. Ala...kalau guna duit sendiri, tak dapatlah aku nak beli benda lain untuk bulan ni. Hati berdetak, harap-harap En Hubby paham....Sekali tu telinga aku menangkap suara seseorang yang bercakap dari arah belakang aku...

" Ala yang..kalau u nak purse tu, ambik ajela...Dok terjenguk-jenguk dari tadi! "
Uissshhh....agaknya En Hubby dengar kot monolog aku tadi...bagus betullah isyarat  tak langsung  aku tu dah sampai kat dia. Apa lagi, aku pun pilihlah french wallet ( ye ke french wallet ) yang sungguh sempoi sesempoi aku tapi aku suka. Ok jugakla kan...yang penting tempat nak letak membership/kredit kad-kad banyak dalam tu. Itu antara kriteria utama bila aku membeli purse/wallet.

Apakah isi di dalam??? Hehehehe.....

Ini dia....
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Tara.....sempoi sesempoi aku!


See...banyak sungguh tempat letak kad.....seb baek ada watermark tu...boleh wat cover gambar IC  aku yang tersangatlah "cutenya"


Bubye wallet lama!! Aku sayang lagi sebenarnya, tapi condition kat dalam tu memang layak sangatlah kena tukar!


En Hubby sempat berpesan, french wallet tu kira hadiah untuk Mother's Day...kiranya aku dapat hadiah in advancedlah ni....Aku tengah tunggu lagi 2 hadiah~hadiah Hari Guru dan hadiah hari jadi aku! Hihihihii...bila tiba bulan Mei, memang aku tersangat suka! Harap-harap En Hubby tak le kira purse ni hadiah 3 in 1 plak!



Apapun, mekasih bebanyaklah kat En Hubby....tu yang aku bertambah sayang tu kat dia...kalau tak beli hadiah,tak sayang ke???heheheh...

Tuesday, May 4, 2010

Dah 7 bulan pun

Hari ni baby debok aku, WAN DAMIA AMANDA ~ bijak, penyayang... dah pun cukup 7 bulan...tiap-tiap bulan bila tiba tarikh 4 hb, aku akan hapdate...biasalah camtu kan..selagi belum cukup setahun, tiap-tiap bulan kena hapdate...


Ni gambar terbaru Damia yang kami ambik hari Sabtu baru ni....

Pose dengan cekak rambut...kes kena paksa dan baru nampak girl Papa!
Membulat dah Mama tengok Damia nih!

Selamat ulang bulan ke 7 sayang!

Semoga Damia membesar sebagai anak yang solehah...

Amin...

Monday, May 3, 2010

Tercabarnya aku kerana.........

Aku rasa tercabar! Betul-betul tercabar! Kenapa dia??? Kenapa bukan aku yang jadi seperti dia??? Kenapa?? Why, why tell me why??? Dah macam lagu cina plak aku rasa! Aku tak layakkah?? Tak layakkah aku?? Aku teringin jadi seperti kau...jadi seperti diri aku yang dulu....apa yang ko merepekkan ni Cik Ayu woi!

Hehehehe....mukadimah untuk bebelan aku hari ni. Apsal ko ni Ayu, tetiba aje start ayat camtu?? Bukan apa, aku rasa tercabar sebab dapat tau wife kazen aku dah turun 20kg dalam masa 2 bulan! Huhuhu..tu yang rasa tercabar tu! Setakat dapat tau aje aku tak kesah, ni pas tengok gambar terbaru dia yang dah memang nampak banyak ketaranya...huhuhuhuhuh....nangis jugak aku dibuatnya!  Sebab antara azam aku tahun ni ialah nak kuruskan body! Kunun ari tu pas bersalin 3rd baby, aku nak startle kurus...kununlaa....ni baby Damia dah 6 bulan eh masuk 7 bulan esok aku tak gak kurus-kurus....makin melebar aje aku tengok ada le!

Bila aku tanya kat dia, apa petua sampai boleh turun 20 kg, katanya wife kazen aku tu...menu dia hanyalah minum susu + nestum..tu lah yang dia ngadap untuk 1 bulan pertama...pagi, tengahari,petang-hanya itu aje. Nasi langsung tak de dalam agenda. Lauk-pauk pun tak de jugak. Mak ai....kagum kejap aku bila dengar cara dia berdiet....Tapi aku rasa tak cukup nutrien kalau berdiet macamni....maklumlah,aku ni kan cikgu Sains...dahla ajar anak murid balanced diet....kena ambik semua kelas makanan dalam kuantiti yang betul...tup tup aku plak skip-skip menu...drastik plak tu! Tapi aku betul-betul kagum bila dia punya keazaman dan tekad yang begitu tinggi untuk kurus! Tabik sring toing toing kejap aku kat dia!

Aku ni tak de lah sebesar ini dulu...tapi pas bersalin anak sulung, body aku ni macam tak segan silu dok mengembang semacam aje....orang tengok kata aku bahagia...tu pasal body cenggitu. Alhamdulillah, memanglah bahagia...tapi kalau nak bawak body pun rasa berat....nak beli baju ready made pun asyik tak de saiz bukan saiz yg tak de, aku yang besor!hihihihih...  Aku rasa dah sampai masa kot untuk aku pun ikut jejak langkah dia...tapi camne ek? Memang kena tekad betul-betullah camni.

Bukan aku tak pernah try nak kurus....aku pernah makan Herba****...turun 7 kg dalam masa 2 minggu...pastu aku dah tak boleh terima...tekak kembang semacam....aku stop...naik mendadaklah plak body aku! Pastu aku malas dah nak pikir..Kang jadi tension. Tapi bila dalam gelak-gelak member sempat lagi bagi sedas desyum desyum sindir aku gebu...besar..tension gak...aku tak ambik port pun...wat dek aje. Tapi kalau dah selalu sangat orang menegur, terasa kecik aje orang tu aku tengok!Hihihihi.....


Masa form 4 kat MRSM Serting....zmn anak dara sunti gitew....slimla lagi

Ni masa tgh peknen 2nd baby (2005)..ketembaman aku terserlah....peknenlah katakan...

 
2006..posing ala-ala pengetua gitew kata kawan aku.....dok tembam situla even dah bersalin pun!

Peknenkan Damia...Jun 2009...huhuhu...aku yg membesar bagai johan!

Dec 2009....aku dgn best fren, Yatie Feminin...dia sejak sekolah dulu body maintain cenggituuuu jugak....aku aje yg mengembang!

Ni bulan 3 aritu....tgkle kelebaran lengan aku!

Ni pic Jumaat baru ni....terserlah double trouble chin aku!

Sudahnya...jadi beginilah body aku...En Hubby tak pernah komplen aku gemuk...ala, pasal dia pun besau jugak! Tapi kata dia, kesian kat lutut aku ni...Aku pernah buat arthroscopy tahun 2007 aritu kat lutut...so kalau berat naik, aku akan terasa sakit sangat kat lututni....Kurus sebab nak cantik?? Tak de dalam agenda aku sebab aku rasa aku dah cantik!kuang kuang kuang Tapi aku lebihkan kurus untuk kesihatan....

Pelikkan peel manusia ni...yang kurus, nak gemuk...yang gemuk macam aku ni, nak kurus plak...tak pernah nak puas hati....bukan tak puas hati...tapi demi untuk kesihatan. Umur muda lagi...penyakit nak datang jengah tak kira usia...Aku takut jugak, kang tak pasal-pasal ada sakit itu..ini....ngeri..ngeri....So....AKU KENA KURUS!

p/s : dah 3 hari tak makan nasik...issk....isskk....

Ambik dan jawab tag Nida!

Salam pagi Isnin...Cik Ayu tak banyak keje ari ni, so sempatlah nak menjengah blog kengkawan. Macam terasa diri ini dipanggil-panggil aje,rupa-rupanya dalam entry Nida ada sebut nama aku!Heheheh...kes belum bayar utang aku le tu...Tak pe Nida...take your time. Ada masa Nida buatlah ye! Ayu tunggu..hihihih....

Ni lah gambar Nida dan family yang kini bermastautin di NZ...

Ok....ni tag yang aku ambik dari blog Nida...Nida...Ayu  ambik dan jawab ye!

1. Siapakah anda di rumah?
Seorang Mama kepada 3 orang anak dara yg montel....juga merangkap seorang bibik apabila khidmat diperlukan oleh anak-anak dan suami

2. Siapakah diri anda di samping rakan?

Yang aku tahu, aku ni seorang pelawak.....suka buat orang lain hepi biarpun hati sendiri tengah tak tenteram...hehehe...pandai berlakonlah kata orang!

3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?

1. Nak jadi tetamu Allah di Tanah Haram.....

2. Nak pegi Bandung..tah bila tahunla aku nak sampai!

3. Nak berjaya dalam kerjaya aku sebagai pendidik....target nak jadi Guru Cemerlang

4. Nak dapat baby boy...maklumlah aku dah 3 kali operate, doktor kasik satu aje lagi chance...tapi kalau dapat girl jugak, aku pasrah ajelah...syukur

5. Nak kurus!!!! Uwaaaaaa....sensitip betul aku bab kurus nih!


 4. Siapakah nama pasangan anda?

Insan yang terpilih antara berjuta......WAN FARID B WAN ISMAIL yang aku panggil Ayang

5. Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?

1. Paham jiwa aku

2. Rajin berkemas....kalau tiba time rajin tu, habis semua benda yang elok lagi pun dibuangnya!

3. Penyabar...memang berlawananlah dengan aku yang bengkeng ni

4. Suka nak tolong aku time aku dok kalut...tetau aje khidmatnya diperlukan walaupun aku hanya jeling...hehehe...

5. Bila aku membebel, dia akan diam.....pastu dia akan tanya, DAH HABIS DAH YANG??

6. Bila tarikh couple?

20 MAC 2000....1st time jumpa kat bus stop depan umah aku kat KL tu....

7. Kenangan pahit anda bersama rakan anda?

Ada ke patut dituduhnya aku perampas bf dia? Wallawey...tak kose eh aku nak rampas! Sudahnya tak plak ko kawin dengan bf ko tu..

8. Lagu tema cinta anda?

Kasih Kekasih by InTeam....syahdu syahdan sungguh tiap kali dengar lagu tu dulu!

9. Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?

Kitorang ni sama-sama tengah membesar bagai johan! So memasing tengah berusaha untuk kasik kecikkan sikit body....hehehe..cabaran nih!

10. Tag 10 rakan lain:

Sesapa yang belum buat tag ni dan rajin nak buat,silakanlah ambik...jangan memalu..jangan segan......

Sunday, May 2, 2010

Aku yang bertukar profession kejap!

Jengah-jengah blog Ena~Teratak Milikku....aku pikul tanggungjawab yang diberi sekaligus aku terpaksa bertukar profession kejap untuk hari ini...Tak pe, ahkak rela! Kuang kuang kuang!


Meh check dulu syarat-syaratnya sebelum aku jadi penggembala lembu plak nih!

1.Thank & link the person that gave you the cik Cow (JGN LUPA COPY PIC)



2. bg balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active or 7 paling tak

active..hahaha

3. bagi tau dorng ni yg dorng dapat wasiat dari orng kaya kg sepening lalat

4. cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

5-Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan

6-cuba bg tau brp orng dah kawan anda kat FACEBOOK

7-paberet soalan ni.....camner korng berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...

 
Wokeh...ni ahkak nak jawab soklan:
 
 
 
1. Mekasih kat Ena kasik Cik Cow ni
 
2. Nak kasik Cik Cow ni kat :
 
Anin
Ieyza
Nil
Nida
 Noor Afzan
Norliana
Fiera Comey
 
dan sesape yang suka nak bela Cik Cow ni silalah dan sudi-sudikanlah ambik ye....
 
3. Kepada kawan-kawanku sekelian....sudilah kiranya menjaga wasiat ini....Sesungguhnya Cik Cow ini datangnya dari Orang Kaya Kg Sepening Lalat (ada ke kampung ni ek?kehkehkeh!)
 
4. Lipat kain...layan anak-anak dara 3 orang ni...tak de wat pape,terbaring depan tv..hihihih
 
5. Makanan pelik? Nama pelik adale...TAHI ITIK, JALA EMAS, BUNGA TANJUNG
 
6. Kawan kat Fesbuk ye...jap...ada 1,307 orang aje....
 
 
7. Ni soklan cepu cemas nih! Kami ni cyber love...jumpa dalam chat....hihihih...tak sangka ada jodoh...