RSS

Thursday, May 13, 2010

Wahai orang Temerloh....kami dah datang!!

Salam kengkawan...rindu betol...lama tak hapdate blog. Bukannya apa, last entry hari Ahad rasanya..pastu aku terpaksa menyepikan diri. Bukan kerana dah tak sudi nak berblogging, tapi En Streamyx kat umah buat hal! Dah buat report tapi sampai semalam line masih tak ok...

Ni aku dapat buat entry ni pun atas belas ihsan wireless internet kat Seri Malaysia, Temerloh..Apa, ko tak keje ke Cik Ayu oiiii??? Memang aku tak keje sejak semalam...dapat MC 2 hari...batuk tak habis-habis. Anak yang sulung plak demam, tu yang semalam pegi klinik,  mak dengan anak dapat MC 2 hari. Orang dapat MC dok umah diam-diam, ni ko kemain berjalan bagai ye! Hihihihi..terpaksalah sebab aku menemankan En Hubby yang ada court case pagi ni kat Mahkamah Temerloh ni haaa....Dia pun tengah demam, risau plak aku nak biarkan dia drive sorang-sorang datang Temerloh ni...tu yang sedang elok aku pun tengah bercuti, dapatlah temankan dia....

Temerloh yang pemes dengan gelaran bandar ikan patin....

Ihsan Pak Cik Yahoo....kat sinilah aku anak beranak melepak sementara tunggu En Hubby

So aku nak jugak tau, kat Temerloh ni apa yang best ye?? Selain daripada ikan patin?? Tempat makan mana yang syiookk?? Habislah diet aku! Hihihihi....Aku tak penah lagi datang Temerlohni...tu pasal over excited bila En hubby kata nak kena datang sini...Sesapa yang sudi kasik respon,sila-silalah ye tinggalkan kat komen ni....

Pun ihsan En Yahoo.....kecur air liur aku tengok ikan patin masak tempoyak nih!

Oh ye...aku akan umumkan giveaway sempena besday aku minggu depan ye...Harap-harapnya dapatlah sambutan untuk giveaway tu nanti...Tunggu!!!! 

1 pengkritik jemputan:

~aSHa~ said...

ala dah dtg ke tloh...sy balik tloh last week..uhuhuhu...kalo idak leh ar jumpa2an..

ikan patin mmg best sgt2...i like..

dulu sy praktikal kat seri malaysia tu la..