Salam pagi Isnin...Cik Ayu tak banyak keje ari ni, so sempatlah nak menjengah blog kengkawan. Macam terasa diri ini dipanggil-panggil aje,rupa-rupanya dalam entry Nida ada sebut nama aku!Heheheh...kes belum bayar utang aku le tu...Tak pe Nida...take your time. Ada masa Nida buatlah ye! Ayu tunggu..hihihih....
Ni lah gambar Nida dan family yang kini bermastautin di NZ...
1. Siapakah anda di rumah?
Seorang Mama kepada 3 orang anak dara yg montel....juga merangkap seorang bibik apabila khidmat diperlukan oleh anak-anak dan suamiYang aku tahu, aku ni seorang pelawak.....suka buat orang lain hepi biarpun hati sendiri tengah tak tenteram...hehehe...pandai berlakonlah kata orang!
1. Nak jadi tetamu Allah di Tanah Haram.....
2. Nak pegi Bandung..tah bila tahunla aku nak sampai!
3. Nak berjaya dalam kerjaya aku sebagai pendidik....target nak jadi Guru Cemerlang
4. Nak dapat baby boy...maklumlah aku dah 3 kali operate, doktor kasik satu aje lagi chance...tapi kalau dapat girl jugak, aku pasrah ajelah...syukur
5. Nak kurus!!!! Uwaaaaaa....sensitip betul aku bab kurus nih!
4. Siapakah nama pasangan anda?
Insan yang terpilih antara berjuta......WAN FARID B WAN ISMAIL yang aku panggil Ayang
5. Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?
1. Paham jiwa aku
2. Rajin berkemas....kalau tiba time rajin tu, habis semua benda yang elok lagi pun dibuangnya!
3. Penyabar...memang berlawananlah dengan aku yang bengkeng ni
4. Suka nak tolong aku time aku dok kalut...tetau aje khidmatnya diperlukan walaupun aku hanya jeling...hehehe...
5. Bila aku membebel, dia akan diam.....pastu dia akan tanya, DAH HABIS DAH YANG??
6. Bila tarikh couple?
20 MAC 2000....1st time jumpa kat bus stop depan umah aku kat KL tu....
7. Kenangan pahit anda bersama rakan anda?
Ada ke patut dituduhnya aku perampas bf dia? Wallawey...tak kose eh aku nak rampas! Sudahnya tak plak ko kawin dengan bf ko tu..
8. Lagu tema cinta anda?
Kasih Kekasih by InTeam....syahdu syahdan sungguh tiap kali dengar lagu tu dulu!
9. Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?
Kitorang ni sama-sama tengah membesar bagai johan! So memasing tengah berusaha untuk kasik kecikkan sikit body....hehehe..cabaran nih!
10. Tag 10 rakan lain:
Sesapa yang belum buat tag ni dan rajin nak buat,silakanlah ambik...jangan memalu..jangan segan......
7 pengkritik jemputan:
Wahhh... macam best jer taq ni... hehehehe.
penuh dengan semangat...
Kak Azie...mmg best pun!ayu tgh bersemangat nak jawab tag..hiihihihi...sape yg nak kasik tag, tag aje ayu...sure jawab!kalau minat, jawabla kak!
Uik.. siap dah.. bagus3x..hehe
Tahun lepas Nida ditawarkan jadi GC Sains.. namun kegembiraan itu sementara cuma apabila ianya ditarik balik disebabkan diriku Cuti Tanpa Gaji.. sedih memang sedih, tapi kini Nida yakin ada hikmah disebaliknya.. dan kini Nida reda atas apa yg menimpa, Allah maha mengetahui setiap yg berlaku:)
Nanti Kak Azie nak try jawab juga. Sebab ada soklan yang sangat bestttt..! hehehehe
Kadang2 main taq ni macam budak2 kan? Tapi bleh buat release tension juga...
wah..jauhnya dia duk..moga berjaya menjadi guru yang cemerlang & terbilang yer.
Nida : tak pe Nida,ada rezeki lainlah tu.....InsyaAllah, ada rahmat di sebalik semua yg berlaku ni kan!
Siti : aah, jauh benar ayu duduknya!mekasih ye!
Kak Azie: jawab jgn tak jawab kak!ayu nak baca plak jawapan akak!
salam kenal dari ieda ..
nice blog .. rajin buat taq .. huhuh ieda msih banyak terhutang TAQ .. maleh tul nak jawab .. huhuh
Post a Comment