Aku rasa ni bukan kali pertama kawan-kawan tengok gambar kat bawah ni kan? Aku jugak pernah tengok gambar ni kat blog sape tah. Dan pagi ni bila aku check email, ada sorang kawan aku anta gambar ni. Betapa tersentuhnya aku untuk kali yang keberapa tah aku pun tak ingat...melayan perasaan. Cuba meletakkan diri aku pada tempat dalam gambar tu....
Cukup memilukan hati.....
Gambar murah, nilai berjuta!
Terserlah betapa kasihnya abang pada adiknya....Dalam keadaan kesempitan macamtu, masih ada rasa kasih sayang antara adik beradik. Masih adakah kasih sayang sebegitu dalam dunia yang semakin rakus ditenggelamkan arus pemodenan? Aku rasa masih ada, cumanya sejauh mana rasa kasih itu, hanya yang empunya diri yang tahu!
Terkedu sejenak aku...bila cuba merungkaikan makna gambar ni....Aku dapat bayangkan betapa si abang sanggup bersusah demi seorang adik...Dalam keadaan tiada ibu bapa ( anak-anak yatim barangkali ) mereka berusaha sendiri demi mendapatkan sesuap nasi. Ini katalah dalam gambar..tapi hakikat kehidupan, memang ada yang mengalami nasib sebegini!
Aku kalau balik KL, aku suka tengok gelagat orang ramai. Kalau pegi kat Jalan Masjid India tu, aku dapat tengok ramai orang buta yang minta sedekah. Ada yang menjual tisu, tak kurang jugak yang menjual gula-gula sesambil minta sedekah. Aku ni tak boleh tengok situasi macam tu, cepat sangat nak kesiankan orang. Tapi terfikir jugak, ke mana anak-anak mereka ni....sanggup biarkan ibu bapa yang tak de keupayaan macam tu berhujan panas minta sedekah? Ye...aku tau. Bukan semua bernasib baik...tapi sekurang-kurangnya, anak-anaklah yang jadi pelindung kepada ibu bapa apabila mereka dah tua. Bukan membiarkan ibu bapa terkontang kanting tanpa arah tujuan. Aku cukup hangin dengan anak-anak yang biarkan ibu bapa mereka.....entahla...Mungkin bagi aku yang dah kematian mak ni, cukup sensitif dan cepat tersentuh bila tengok keadaan macamni.....
Bahagiakan orang tua semasa mereka masih ada.....bila dah tiada, semua yang kita lakukan takkan bermakna melainkan doa anak-anak yang soleh dan solehah.....
Kekadang Allah menyempitkan
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!
2 pengkritik jemputan:
Ya Kak Azie pun pernah tulis tentang gambar ini >
http://azieazah-aa.blogspot.com/2010/05/siapa-sebenarnya-pelukis-gambar-ini.html
Memang sungguh tersentuh kita. Menginsafkan betapa anak-anak kita sangat beruntung.
Ye..baru tingat Kak Azie ada buat n3 pasal pic ni..sedih btol kan tgk gambar ni? Begitu terkesan sekali bila tgk...syahdu...menitik air mata!
Post a Comment